Apa Darurat Itu?
Secara literal beberapa ulama mendefinisikan dharurat (darurat) sebagai berikut;
Al-Jurjani menyatakan: Darurat itu berasal dari kata al-dharar yang bermakna sesuatu yang turun tanpa ada yang boleh menahannya. (Al-Jurjani, al-Tariifaat, hal. 120).
Imam Ibnu Mandzur berkata: Makna dari idhthiraar ialah, memperlukan sesuatu. (Ibnu Mandzur, Lisaan al-Arab). Al-Laits menyatakan: Idhthaara bermakna, bahawa seseorang itu benar-benar memperlukan sesuatu.
Dalam kamus Muhith disebutkan bahawa, makna dari idhthiraar adalah al-ihtiyaaj ila al-syaai (memerlukan sesuatu).
Secara syariy yang disebut dengan darurat adalah sebagai berikut:
Al-Hamawiy dalam catatan pinggir atas Kitab Al-Asybah wa
al-Nadzaair,
Sebuah keadaan dimana seseorang berada dalam suatu batas apabila ia tidak melanggar sesuatu yang diharamkan maka ia boleh mengalami kematian atau nyaris mati.
Sebahagian ulama mazhab Maliki menyatakan:
Darurat adalah mengkhuatirkan diri dari kematian berdasarkan keyakinan atau sekadar sangkaan kuat. (Syarah Kabiir Maa Hasyiyaat al-Dasuqiy, jilid II/85).
Menurut ulama madzhab Hanafi, makna darurat yang berkaitan dengan rasa lapar, ialah seandainya seseorang tidak mahu mengkonsumsi (mengguna) barang yang diharamkan dikhuatirkan ia boleh mati atau setidaknya ada anggota tubuhnya yang akan menjadi cacat. Seorang yang dipaksa akan dibunuh atau dipotong salah satu anggota tubuhnya, apabila tidak mahu memakan atau meminum sesuatu yang diharamkan, itu bererti ia sedang dalam keadaan darurat. Tetapi, kalau ancamannya tidak terlalu berat, seperti hanya dipenjara
setahun atau dihukum dengan diikat, namun tetap diberi makan dan minum, itu bererti ia masih punya pilihan. Dengan kata lain ia tidak sedang dalam keadaan darurat. (Dr. Abdullah Ibn Mohammad Ibn Ahmad al-Thariqiy, al-Idhthiraar Ila al-Athimah wa al-Adwiyah al-Muharramaat. Lihat pula Kasyful Asraar, jilid IV, hal.1517).
Dalam kitab Ahkaam al-Qur'an, Abu Bakar al-Jash-shash disebutkan, bahawa makna darurat adalah rasa takut seseorang kepada bahaya yang dapat melenyapkan nyawa, atau boleh mencelakai salah satu anggota tubuhnya, kerana ia tidak mahu makan atau meminum sesuatu yang diharamkan. (Abu Bakar al-Jash-shash, Ahkaam al-Quran, jld. I, hal. 159).
Walhasil, selama kita masih memiliki pilihan dan tidak berada dalam kondisi darurat sebagaimana definisi di atas, maka kita diharamkan sama sekali untuk melanggar aturan Allah SWT, meninggalkan kewajiban mahupun mengerjakan tindak yang diharamkan Allah
SWT.
Memahami Istithaah (Kemampuan)
Benar, al-Qur'an telah mengkaitkan antara kewajiban untuk menjalankan hukum Islam dengan kemampuan (istithaah).
Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu, dan dengarlah serta taatlah
(Qs. at-Taghaabun [64]:16).
Ayat ini memberikan penjelasan kepada kita bahawa, kewajiban untuk menjalankan perintah Allah akan gugur jika kita tidak memiliki kemampuan. Sebab, Allah SWT mengkaitkan kewajiban untuk mengerjakan perintahNya dengan kemampuan. Dalam sebuah hadis, Rasulullah Saw bersabda:
Jika aku memerintahkan kepada kalian suatu perkara, maka kerjakanlah apa yang kalian mampu. (lihat catatan pinggir dalam, Al-Hafidz Suyuthiy, al-Asybah wa al-Nadzaair).
Atas dasar itu, apa yang kita tidak mampu mengerjakannya maka kita tidak diwajibkan untuk memikulnya.
Ibadah haji adalah wajib. Namun, bagi mereka yang tidak mampu secara kewangan
mahupun fizik, diberi keringanan untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut. Begitu pula zakat dan puasa. Zakat hanya diwajibkan bagi orang yang memiliki kemampuan secara kewangan dan telah terpenuhi syarat-syaratnya. Puasa diwajibkan bagi mereka yang mampu melaksanakannya. Orang sakit, mahupun orang yang sudah tua bangka diberi keringanan untuk tidak mengerjakan ibadah tersebut.
Ulama fiqh membahagi istithaah (kemampuan) menjadi tiga.
1. Kemampuan secara materi (istithaah maaliyah)
2. Kemampuan secara fizik (istithaah jasadiyah)
3. Kemampuan secara pemikiran (istithaah fikriyah)
Kemampuan materi adalah kemampuan material yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT.
Apabila perintah disertai dengan syarat istithaah maaliyyah, maka siapa saja yang tidak memiliki kemampuan maaliyah, maka ia diberi keringanan untuk tidak melaksanakan kewajiban
tersebut. Contohnya, ibadah haji, zakat, dan lain-lain. Orang yang tidak memiliki kemampuan kewangan, maka dirinya diberi keringanan untuk tidak melaksanakan ibadah tersebut.
Kemampuan fizik, adalah kemampuan dari sisi fizik yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya ibadah haji, jihad, dan lain sebagainya. Ibadah haji tidak dibebankan bagi orang yang tidak memiliki kemampuan fizik yang prima. Demikian juga jihad. Jihad tidak dibebankan kepada orang yang sakit, anak kecil mahupun tua bangka.
Kemampuan fikriyah, adalah kemampuan dari sisi pemikiran yang memungkinkan seseorang mengerjakan perintah Allah SWT. Contohnya, ijtihad. Ijtihad adalah suatu aktiviti menggali hukum yang memerlukan kemampuan secara pemikiran. Orang bodoh yang tidak memahami Islam dengan benar tidak dibebani untuk melakukan ijtihad. Ijtihad hanya diwajibkan bagi orang-orang yang memiliki kemampuan pemikiran.
Akan tetapi, jika kita mencermati nas-nas
syariat, kita akan mendapatkan bahawa, kemampuan (istithaah) selalu dikaitkan dengan perintah untuk menjalankan hukum Allah.
Berbeza dengan konteks meninggalkan larangan Allah. Setiap orang pasti mampu meninggalkan perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Oleh kerana itu, dalam konteks meninggalkan larangan Allah, al-Qur'an tidak mengkaitkannya dengan istithaah (kemampuan). Sebab, setiap orang pasti mampu meninggalkan larangan Allah. Atas dasar itu, tidak ada alasan bagi seseorang untuk tidak meninggalkan zina, riba, mahupun perbuatan yang dilarang oleh Allah.
Meskipun demikian, seluruh penjelasan di atas tidak boleh dipersepsi bahawa ada ajaran Islam yang tidak boleh dipikul oleh umat manusia. Sebab, taklif (ajaran Islam) yang dibebankan kepada kita merupakan taklif yang seluruh manusia boleh memikulnya. Allah SWT berfirman:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (Qs. al-Baqarah [2]:
286).
Ayat ini merupakan bukti nyata bahawa, Islam merupakan ajaran yang mudah, dan seluruh manusia pasti boleh memikulnya. Kita sama sekali tidak boleh menganggap ada sebahagian ajaran Islam yang manusia tidak sanggup untuk memikulnya, meskipun dalam pelaksanaannya selalu dikaitkan dengan istithaah. Menuju Islam kaffah merupakan kewajiban setiap muslim. Menuju Islam kaffah adalah perkara yang mudah dan pasti boleh diwujudkan dalam kenyataan hidup kita, selama kita memahami thariqah (jalan) untuk menuju ke
WSL
Ahmad Mustafa <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Darurat oleh sebuah Negara.
===========================
Sering kita dengar istilah 'Darurat membolehkan perkara yang dilarang", itu satu kaedah Fiqh yang benar tapi telah dijaja tanpa satu standard yang betul. Banyak contoh yang kita boleh lihat, Seorang yang inginkan rumah, tapi terpasa menggunakan wang pinjaman, maka sekali lagi mereka akan mengolah isu Darurat. Sekali lagi istilah darurat digunakan bukan pada tempatnya.
Isu penyelewengan istilah darurat ini lebih bahaya dari penyakit AIDS kerana penyakit AIDS adalah penyakit yang berjangkit kerana sebab-sebab tertetu. Tetapi "penyakit Darurat ini" sering diwar-warkan bila sesuatu agama itu ingin dilanggar atau diubah dan diolah.
Persoalan yang ingin saya tanya betulkan statistik AIDS itu telah melayakkan kita mengatakan bahawa "Darurah Tabihul Mahzur" Berilah jarum percuma kepada penagih dan kondom percuma, (redha dengan aktiviti) kongsi jarum. Nak tanya mat pit atau bekas mat pit adakah mereka masih lagi memikirkan soal jarum kongsi tak kongsi bila nak suntik? Apakah mereka akan meninggalkan budaya mereka berjemaah dengan jarum yang satu itu?
Betulkah kita berada dalam darurat atau sebenarnya kerajaan ini melepas tangan dalam kes yang agak parah ini? Si pesakit kusta ingin disolek oleh pakar solek, sedangkan penyakit sebenarnya tidak diusahakan diubat?
Adakah layak pemimpin atau orang yang berautoriti berkata "Darurat". Kenapa tidak diisytiharkan sahaja undang-udang darurat? Negara sendiri takut ingin mengistiharkan darurat, kerana takut pelabur asing lari. Tapi kita selalu menDARURATKAN hukum Allah.
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
HIV di tahap darurat - PM -- Program beri jarum, kondom percuma tetap dilaksana Oktober
Daripada: AZNAN BAKAR
DOHA, Qatar 16 Jun - Kerajaan akan tetap meneruskan pelaksanaan program perintis pemberian jarum suntikan dan kondom percuma kepada penagih dadah bagi mengawal penyebaran HIV/AIDS memandangkan keadaan sudah sampai ke tahap darurat.
Program itu akan bermula Oktober ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
``Dari segi agama, kalau berlaku sesuatu darurat atau yang akan jadi darurat maka untuk pencegahan boleh ambil tindakan yang dicadangkan itu.
``Tetapi kalau ada pihak lain ada cadangan lebih baik lagi, maka Kementerian Kesihatan mesti bersedia menimbangkannya,'' kata beliau pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia di Sidang Kemuncak Selatan Kedua, Kumpulan 77 (G77) campur China di sini, hari ini.
Abdullah menambah, pelaksanaan Oktober ini hanya di peringkat percubaan dan kerajaan melalui Kementerian Kesihatan masih sedia menerima cadangan-cadangan lain jika ia lebih baik untuk membendung penularan penyakit itu.
Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung cadangan Kementerian Kesihatan itu yang mencetuskan kontroversi dan mendapat bantahan daripada beberapa kerajaan negeri, mufti dan pertubuhan agama Islam. Mereka menganggap cadangan itu bukan sahaja akan menyumbang kepada masalah sosial, tetapi juga membazir wang rakyat.
Pada 2 Jun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Chua Soi Lek mengemukakan cadangan supaya projek itu dijalankan secara percubaan selama enam bulan ke atas 1,200 penagih dadah yang menggunakan kaedah suntikan.
Jelas Soi Lek, pelaksanaannya turut melibatkan 10 klinik kerajaan dan swasta di setiap empat zon yang ditetapkan iaitu di utara, selatan, tengah dan timur setelah semua kakitangan perubatan yang terlibat diberi latihan secukupnya.
Melalui projek itu penagih akan diberi jarum suntikan, kondom dan dadah gantian yang dikenali sebagai metadon.
Menurut Soi Lek, usaha itu merupakan inisiatif klinikal dan perubatan ekoran kadar jangkitan HIV di negara ini yang semakin meningkat dari semasa ke semasa akibat kegagalan program sebelum ini.
Sehingga September lalu, sejumlah 61,486 jangkitan HIV dilaporkan di negara ini, termasuk 8,955 kes AIDS yang melibatkan 7,083 kematian dengan 75 peratus atau 46,292 penagih dadah dijangkiti HIV akibat menggunakan jarum suntikan.
Mengulas lagi rasional projek ini dijalankan Abdullah berkata, langkah memberi jarum dan kondom percuma itu terpaksa dilakukan kerana Soi Lek telah mengesahkan pada mesyuarat Kabinet baru-baru ini bahawa keadaan sudah sampai ke tahap darurat memandangkan golongan terbabit masih aktif mengamalkan penagihan dadah dan seks.
``Kalau mereka tidak diberi apa-apa bantuan seperti yang dikatakan oleh Soi Lek, mereka akan menjadi kumpulan yang menjangkitkan penyakit ini kepada orang lain terutama isteri mereka.
``Maka penyakit ini akan membiak dan ia amat berbahaya kepada masyarakat. Soalnya apa pendekatannya (untuk kawal), dan pendekatan itulah yang dicadangkan,'' katanya.
Menurut Abdullah, walaupun ada pihak mengatakan ia hanya membazir tetapi Kementerian Kesihatan telah membuat kajian terperinci dan mendapati ia dapat menjimatkan wang kerajaan dalam usaha membendung penularan penyakit itu.
Dari segi reaksi pelbagai pihak termasuk rakyat yang berbelah bahagi berhubung cadangan itu, Abdullah berkata, beliau telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdullah Md. Zin supaya mengadakan pertemuan dengan pertubuhan agama Islam dan juga bukan Islam supaya boleh diberikan penerangan sejelas-jelasnya.
``Pada pertemuan itu Menteri Kesihatan boleh memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai perkara ini.
``Kalau sudah sampai ke peringkat yang membahayakan masyarakat maka ia menjadi satu desakan kepada kita untuk guna pendekatan yang dicadangkan itu sebagai satu pendekatan untuk atasi masalah yang mungkin bawa darurat kepada kita.
``Kalau tak mahu, maka akibatnya jangkitan (HIV/AIDS) akan bertambah kalau mahu jangkitan dapat dikurang itu pilihan yang perlu difikirkan bersama,'' kata Perdana Menteri.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
[EMAIL PROTECTED]
