[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Tarian bogel di Melaka bukti kerajaan tidak serius cegah maksiat
Tuesday, June 14 @ 13:26:55 MYT
Oleh Omar Saidi
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman mendakwa kejadian pihak Polis membuat serbuan ke atas satu pesta tarian bogel di Pusat karaoke di Taman Melaka Raya Melaka, membuktikan Kerajaan Melaka tidak bersungguh-sungguh untuk mencegah maksiat.
Dalam kejadian tersebut , lebih 30 pengunjung yang asyik menonton persembahan tarian lucah oleh lima penari separuh bogel bertempiaran lari menyelamatkan diri apabila diserbu polis pada awal pagi kelmarin.Mengulas kejadian itu Ustaz Abdul Ghani, menyatakan rasa kesalnya dengan kejadian yang berlaku akibat kelalaian pihak berkuasa dalam memastikan elemen yang bertentangan dengan Islam tidak wujud di negeri yang didakwa sebagai tempat pertama di Tanah Melayu menerima Islam.
Selain itu Ustaz Abdul Ghani turut mendakwa kejadian yang memalukan itu berlaku akibat keterbatasan pihak berkuasa agama yang dilihat kurang menumpukan soal pencegaham maksiat.
Dalam masa yang sama katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) terus diberikan kuasa untuk meluluskan lesen pusat hiburan kepada pengusaha pusat hiburan untuk beroperasi.
"Pihak berkuasa seperti jabatan agama negeri sendiri terbatas dalam melaksana dan menguatkuasakan undang-undang serta pihak PBT pula berleluasa memberikan lesen pusat hiburan.
"Natijahnya kejadian yang amat memalukan terjadi walaupun Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka ialah Ketua Menteri Melaka sendiri, Dato'Sri Mohd Ali Rustam,"katanya apabila dihubungi oleh Harakahdaily pagi tadi.
Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan, lebih 30 pengunjung karaoke di Taman Melaka Raya di sini yang asyik menonton persembahan tarian lucah oleh lima penari separuh bogel bertempiaran menyelamatkan diri apabila diserbu polis awal pagi kelmarin.
Berikutan itu,lima penari yang hanya bercoli dan seluar dalam itu ditahan dalam serbuan yang diketuai Cif Inspektor Idris Rejab dari Bahagian Pencegahan, Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata dua pengunjung perempuan bawah umur turut ditahan kerana menyaksikan tarian memberahikan itu.
Katanya,kejadian itu berlaku kira-kira jam 12.50 pagi apabila polis menerima maklumat mengenai adanya kegiatan tarian separuh bogel berkenaan di karaoke tersebut.
Beliau berkata,kegiatan tarian separuh bogel itu dipercayai sudah dijalankan sejak tiga malam berturut-turut sebelum polis bertindak menyerbunya.
Berikutan itu,lima penari wanita berumur antara 18 dan 22 tahun ditahan kerana melakukan tarian memberahikan kepada pengunjung karaoke berkenaan. - mks
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
- To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football