assalamualaikum!! since ramai yg bg respons kat topik nie, apa kata kita buat mcm satu gathering @ perjumpaan yg tak rasmi bg membincangkan permasalahan bangsa melayu kita nie. dalam perjumpaan tue boleh la kita bincangkan dan kenalpasti apa masalah2 org melayu, kemudian boleh la kita susun tahap teruknya (severe) masalah2 tersebut. kemudian boleh la kita bincangkan apakah langkah2 yg boleh dan patut kita ambil untuk atasi masalah2 yg ada samada secara jangka pendek ataupun jangka panjang. kemudian kita boleh la bincangkan kalau nak buat program2 yg boleh membawa kearah nak menjana bangsa melayu yg lebih berjaya. kita juga boleh bincangkan ttg soal mewujudkan networking org melayu supaya org melayu tak perlu terlalu mengharap bantuan drpd kerajaan. maka disinilah perlunya org2 mcm saudara-saudari yg mempunyai kelulusan tinggi serta kemudahan utk ascess channel yg boleh membantu memajukan lagi ekonomi org melayu. mungkin ada yg akan berpendapat parti politik yg ada boleh memainkan peranan2 yg diatas. tapi masalahnya, kalau kita biarkan peringkat parti yg buat, saya rasa mcm payah la sikit psl bangsa melayu agak sensitif pasal parti. kalau parti umno buat xtvt, belum tentu org parti PAS nak join. begitu jgk sebaliknya. so, kat perjumpaan tue nanti, kita abaikanlah parti2 punya hal. kita tumpukanlah kita sbg anak melayu.
tentang tempat perjumpaan, tarikh, masa serta agenda .... saya berharap saudara-saudari boleh la bg cdgn. boleh jugak dijemput kenalan, rakan ataupun saudara mara yg boleh memberikan idea2 yg bernas serta sudi nak membantu. kalau perlu, mungkin kita boleh la buat sedikit collection untuk tujuan makan-minum dan tempat (mcm dewan ke atau hotel). anggaplah pengorbanan utk anak bangsa. tujuan nak buat perbincangan nie bukan apa, psl bukan semua kumpulan sasaran yg kita harap berubah nie baca apa yg dikomen oleh geng2 yahoogroup nie. walhal, ada beberapa komen yg membina yg saya rasa perlu disampaikan kpd kumpulan sasar. semoga melayu gemilang di bumi malaysia. --- [EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote: > kalau ada kesedaran baru ada lonjakan pemikiran dan > tindakan, orang putih kata paradigm syift. > sekarang ni identity melayu tu pun hampir hilang, > teringat lagu WARISAN > > 'indahnya bumi kita ini, warisan berkurun lamanya, > hasil mengalir ke tangan yang lain, pribumi merintih > sendiri.... > > nak cari kedai makan; habis warung pun tukang > masaknya indon, hantar anak ke nursery lagi haru > baby sitter 90% indon; maid pun 95% indon, buat > rumah tak dapat indon dpt bangla..yg towkeh dia cina > pulak. > > dulu british bawa masuk india dan cina utk meraih > keluar hasil kekayaan malaysia, now we are doing the > same thing, tak lama lagi 100000 pakistani pulak nak > masuk, soon susah nak cari orang melayu ramai dah > mixed marriage agaknya, mana pegi orang melayu yang > 50%++ penduduk malaysia ni? > cuba intai kat UNIVERSITY SERENTI- university yang > paling banyak branch kat malaysia hampir semua state > ada cawangan dia....tah bila nak pass students kat > situ dok buat phd bertahun2 keluar masuk, kut thesis > kena reject ke viva tak pass? > nak kata orang melayu tak nak mencuba ni dah > terlebih cuba. > > kalau dari sektor pekerjaan pulak nak kongsi cerita > husband yang selalu kena interview cari pekerja > baru. dia kata bukan tak nak tolong orang melayu > sendiri tapi bila sampai kat dia english sepatah > haram pun tak reti macam mana? kalau depan dia ada > dua orang yang sorang speaking berabuk, sorang cakap > melayu pun terketar2 nak ambil yang mana? company > milik orang putih nak tolong bangsa sendiri atau nak > tingkatkan produktiviti? > kadang2 dia pejam mata gak lepaskan satu dua, tapi > bila dah kerja, suruh tulis report hancur....dia > pulak kena baiki report tu...bukan nak mengagongkan > bahasa inggeris...tak rugi belajar benda baru yang > melayu phobia sangat..dia jadi one great advantage, > u know more than others. > ni ada peralihan bahasa dari melayu ke inggeris utk > mathematics dan sains, ramai yang lihat dari > negative side, think positive kan bagus. > my own experience with ETEMS of course ada baik dan > buruknya. yang baiknya lebih banyak dari yang buruk. > at least we are forcing the students to learn > english. memang ada perubahan especially di sekolah > kampung2 yang dulu rata2 cikgu english kena ajar > english dalam bahasa melayu. pelik? tak pelik > cubalah intai. kalau dulu sebut 15 - fiveteen now > dah boleh sebut fifteen. > kenapa bila sampai part bahasa selalu aja orang > bangkang nak menjatuhkan bahasa ibunda etc..belajar > bahasa arab tak ada pulak orang sebut. belajar > bahasa apa pun..kalau pergi interview, rasa2 orang > yang interview tu nak hire sape antara orang yang > hanya reti cakap melayu or yang pandai banyak bahasa > ni. my kids are learning arabic, as well as english > and malay. sorang lagi tambah lagi japanese. > 2bcont after this.. > > [EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED] wrote: > Saya pun ada soalan untuk anjang. Kenapa Melayu > selalu tanya apa yang kerajaan, agensi NGO ataupun > individu lain buat atau nak buat untuk baiki nasib > bangsa Melayu. Kenapa tak tanya apa yang individu > Melayu itu sendiri buat atau nak buat untuk ubah & > perbaiki diri sendiri & keluarga? > > Kerajaan dah sediakan terlalu banyak peluang dan > kemudahan. Berapa ramai Melayu yang sambar peluang? > Takkan sampai makan pun nak harapkan orang suap? > Berapa banyak tanah milik orang Melayu yang terbiar? > Padahal pertanian itu boleh menjana ekonomi & > pelbagai khidmat nasihat percuma & bantuan telah > disediakan. > > Sedarlah Melayu, kita tak boleh berharap pegawai > Kerajaan datang mengetuk setiap pintu rumah Melayu > "ada apa-apa masalah Encik, boleh saya bantu Encik, > bantuan apa yang Encik perlukan?". Sebaliknya > kitalah yang perlu panjat tangga pejabat kerajaan > "Encik, saya ada tanah pusaka yang tidak diusahakan. > Saya minat nak bertani tapi tak ada pengetahuan, > bolehkan Encik bantu". Dari situlah, orang boleh > bantu kita. > > Masuk TV, keluarga daif, miskin. Keadaan rumah, > masyaallah, bersepah. Adakah kemiskinan jadi alasan? > Rumah tak terurus? Sekeliling semak samun? Sebagai > orang Islam, bukankah kita mesti jaga kebersihan. > Susunatur rumah kita yang buruk dan sempit agar > sentiasa kemas dan sedap mata memandang. Bersihkan > kawasan sekitar, cucuk ubi kayu, tanam pokok betik, > tanam sayur pegaga, pokok cili, pokok terung, > tomato. Ternak ayam 3,4 ekor. Makan pun tak cukup > nak bagi ayam makan??? Pergilah kat kedai kopi > kampung, minta sisa makanan untuk diberi kepada > ayam-ayam tu. Bila bertelur, dapatlah makan telur. > Tinggalkan 3,4 biji untuk dieramkan. > > Kalau nak cerita panjang. 10 kertas kajang tak > cukup. Fikir sendirilah. > > Ingatlah, kalau setakat berlonggok kat kedai kopi, > kat tepi jalan, kat egroup, hatta dimasjid > sekalipun, tak ada apa keuntungan yang kita dapat. > > "anjang bin awang awang"@yahoo.com wrote: > Cuma satu jea nak, tanya penulis yang dah berjalan > sehingga 5 negeri. Apa > yang dilakukannya kearah membaiki nasib bangsa > Melayu???????? > > >From: Rozali Abdullah Reply-To: > [email protected] > >To: [email protected] > >Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] CUTI-CUTI > MELAYU > >Date: Mon, 6 Jun 2005 01:22:10 -0700 (PDT) > > > >Saudara orang Kedah memperkatakan tentang sikap > orang Melayu di 5 negeri > >yang saudara lalui. Orang Pahang? Orang Pahang > pemalas. Ini diperkaui > >sendiri oleh pensyarah saya orang Melayu Pahang. > Katanya orang Melayu > >Pahang malas kerana banyak tanah. Lepas kerbau > banyak-banyak. Masa nak duit > >tangkap kerbau dan jual. Silap beliau cakap > silaplah saya. Orang Kedah juga > >pemalas. Datanglah ke Sungai Petani. Cuba cari > kalau restoran dan kedai > >runcit Melayu. Yang ada cuma ada milik Melayu > Mamak. Kalau ada yang > >berniaga makan pun warong tepi jalan. Lebih sikit > kedai makan ala Thai > >milik Melayu Pattani. Ini belum lagi bisnes lain > yang lebih besar. Kalau > >ada pemaju Melayu mereka ambil tender sahaja lepas > itu sub kepada > >kontraktor bangsa Cina. > > > >[EMAIL PROTECTED], > [EMAIL PROTECTED] > >wrote:good article to share! > > > >Nurazura Suria <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > Bacalah kalau nak tahu....... > >CUTI-CUTI MELAYU > > > >Baru-baru ini penulis sengaja mengambil cuti > setelah beberapa minggu > >tidak dapat bercuti dengan sebenar-benarnya, > walaupun di hujung minggu. > >Cuti yang pendek itu, lebih tepat dikatakan sebagai > cuti untuk memandu > >pergi dan balik ke Kuantan, bukannya cuti untuk > berehat di Kuantan. > >Walaubagaimanapun, penulis tidaklah terasa sangat > penatnya kerana > >penulis memang suka memandu jauh-jauh, tenangkan > fikiran sambil > >menikmati pemandangan. Lebih-lebih lagi, penulis > sebenarnya hanya ingin > >lari sekejap dari memikirkan soal kerja. > > > >Bermula dari Kedah, penulis memandu melalui Perak, > bermalam di rumah > >saudara di Kuala Lumpur kemudian ke Kuantan, Pahang > dan tinggal dua > >malam di sana. Tujuan? Tidak ada tujuan sama > sekali. > > > >Perjalanan balik pula, penulis melalui Cherating, > terus ke Kuala > >Terengganu > >(PAS) kemudian masuk Kelantan (PAS), melalui > Jalanraya Timur Barat, > >tembus ke Baling (PAS) sebelum melalui Lunas (ADIL) > untuk pulang ke > >rumah penulis. Penulis telah berhenti di beberapa > tempat sekadar untuk > >menikmati pantai yang indah sepanjang Terengganu > dan ada kalanya penulis > >juga berhenti untuk membeli belah dan makan. > > > >Sengaja penulis menekankan tempat-tempat 'jajahan' > pembangkang itu di > >sini kerana penulis teringatkan satu kain rentang > di Terengganu mengenai > >Seminar bertajuk "Ke Arah Mengekalkan Kemenangan" > dengan 'penampilan > >khas', Wan Azizah. Mata penulis terpaku ke arah > tajuk itu kerana penulis > >tak dapat membayangkan bagaimana mungkin terdapat > rakyat === message truncated === ____________________________________________________ Yahoo! Sports Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football http://football.fantasysports.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
