Assalamualaikum,
 
Sebagai pengetahuan saya dan tuan/puan untuk kita amal dan sampaikan Insya Allah..
 
Hadith 1
 
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma katanya Rasullullah SAW bersabda; "Sesiapa yang mengumpul 2 solah tanpa sebarang keuzuran, sesungguhnya dia telah tiba ke salah satu pintu dosa besar." (HR Imam Hakim) 
 
Hadith 2
 
Hazrat 'Ali r.a. berkata bahawa Rasullullah SAW telah bersabda; "Jangan melambat-lambatkan dalam 3 perkara. Pertama solah, apabila telah masuk waktunya. Kedua pengebumian mayat, apabila jenazah telah disiapkan. Ketiga mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai telah didapati." 
 
Hadith 3
 
Diriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Amr r.anhuma katanya, suatu hari Rasullullah SAW bersabda; "Sesiapa yang menjaga solah, maka pada hari kiamat, solahnya akan menjadi nur, pembela dan penyelamat baginya. Sesiapa yang tidak menjaga solahnya, tiadalah baginya cahaya, pembela dan penyelamat. Pada hari kiamat, dia akan bersama-sama Firaun, Haman dan Ubai bin Khalaf"
(HR Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)
 
Keterangan
 
Ramai orang yang menganggap diri mereka soleh dan mereka juga dianggap sebagai mengambil berat tentang solah. Namun disebabkan oleh alasan yang kecil seperti safar (perjalanan), mengurus kedai, atau membuat lain-lain pekerjaan maka banyak solah ditinggalkan. Setelah sampai ke rumah, barulah mereka mengqadakan solah-solah yang ditinggalkan itu. Tidak menunaikan solat pada waktunya tanpa sebarang uzur adalah dosa besar. Walaupun dosa menangguh solat tidaklah sebesar meninggalkan solah, namun dosa tidak menunaikan solah pada waktunya amat berat dam masih tidak mencukupi hanya dengan mengqadakan solah (kecuali dengan bertaubat).
 
Dalam kitab Azzawajir yang dikarang oleh Ibnu Hajar rah., menyebut bahawa Qarun juga disebut bersama dengan Firaun dan lain-lain. Beliau menulis bahawa mereka yang melengah-lengahkan solah akan dibangkitkan di padang mahsyar bersama-sama dengan Firaun dan lain-lain kerana alasan mereka yang melengah-lengahkan solah sama seperti yang terdapat pada Firaun dan lain-lain. Sekiranya solah dilengahkan disebabkan harta, maka nanti akan dibangkitkan bersama Qarun. Jika disebabkan pemerintahan dan kekuasaan, makan nanti akan dibangkitkan bersama Firaun. Jika disebabkan kedudukan sebagai menteri dan sebagainya, maka nanti akan dibangkitkan bersama Haman dan jika kerana peniagaan, maka nanti akan dibangkitkan bersama Ubai bin Khalaf. Apabila seseorang dibangkitkan bersama-sama mereka maka pasti dan pastinya seseoarang itu akan diazab dengan pelbagai jenis pengazaban neraka yang amat pedih. Namun lantaran iman yang dimiliki oleh seseorang Muslim, maka lambat laun dia akan dibebaskan daripada azab neraka. Manakala Firaun dan lain-lain kekal di dalamnya. Walaubagaimanapun tempoh masa sebelum mereka akan dibebaskan daripada neraka bukanlah satu perkara yang remeh. Kemungkinan tempoh tersebut akan memakan masa beribu-ribu tahun. Ingatlah 1 hari di neraka bersamaan dengan 1000 tahun di dunia.. masya Allah, Semoga Allah ampunkan dosa saya dan tuan/puan..
Jangan kita menyesal selepas mati nanti, Allah tidak akan beri peluang kedua....Nauzubillah............
 
Dikatakan bahawa Allah SWT membenci 3 jenis manusia, pertama, imam yang tidak disukai oleh makmum, kedua, isteri yang dimurkai oleh suaminya dan ketiga, seseorang yang tidak ke masjid/surau atau lain-lain tempat solah untuk mengerjakan solah apabila azan telah diazankan. Ini jelas bahawa solah pada waktunya amat dituntut. Azan yang diazankan oleh muazzin adalah sebenarnya seruan Allah Ta'ala, Tuhan sekalian alam supaya kita bersedia menunaikan kewajipan yang diperintahkanNya.
 
Wallahu a'alam. 
 
 
Astagrafirullah... Subhanallahi wabihamdihi Subhanakallahumma wabihamdika ashadu alla ilaha illa anta astagrafiruka waatubu ilaikh..

__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke