Assalamualaikum Sebagai orang ISLAM memamg kita meecam perbuatan yang tidak bermoral, tidak berakhlak, merusakkan diri, apatah lagi perzinaan. Saya tidak megetahui pandangan umum, tetapi saya sebagai saorang pengamal perubatan kerap didatangi orang islam yang melkukan sex rambang(zina) samada bujang mahupon yang dah kahwin untuk mendapatka raeatan STD.Perbuatan ini berluasa...tidak dapat dinafikan. Ada juga penagih dadah yang muda/ mudi telah mendapat Hep B, C, dan HIV. Apakah cara bagi kita untuk membantu umat Islam yang lain supaya tidak terkena penyakit ini. Berbagai program /kaedah telah kerajaan mahu pon NGO lakukan, hasil nya... Maka itu saya turut meyokong Kem Kesihatan untuk menmberikan jarum suktikan dan kondaom bagi menjaga umat yang laian. Kita mestilah memikirkan keselamat orang sayang sihat. sedikit pendangan drkamarudin --- Maszlee Malik <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> ---------- Forwarded message ---------- > From: Jalur Tengah <[EMAIL PROTECTED]> > Date: Jun 19, 2005 7:11 PM > Subject: [hadith 40] Memorandum (Jarum & Kondom) > To: [EMAIL PROTECTED] > > Memorandum : > > Memorandum ABIM Terhadap Cadangan Program Perintis > (Pilot Programme) Kementerian Kesihatan Malaysia > Untuk > Mengurangkan Jangkitan HIV/AIDS di Malaysia > > Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) difahamkan > menerusi media cetak dan elektronik bahawa > Kementerian > Kesihatan Malaysia mengusulkan satu cadangan untuk > melaksanakan program perintis bertujuan mengurangkan > jangkitan HIV/AIDS di Malaysia. > > Cadangan tersebut ialah mengagihkan secara percuma > jarum suntikan, kondom dan sejenis dadah "methadone" > untuk mengurangkan ketagihan dadah, kepada sejumlah > 1,200 orang penagih dadah menerusi 10 klinik > kerajaan > dan 10 klinik swasta di empat (4) zon di Semenanjung > Malaysia iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan > dan > Zon Timur., mulai Oktober 2005 nanti selama enam (6) > bulan. > > 2. Media juga melaporkan bahawa seandainya program > perintis ini berjaya, program ini akan dilaksanakan > secara lebih menyeluruh. Cadangan ini dilaporkan > media > akan dibincangkan di mesyuarat Jawatankuasa > Pemulihan > dan Rawatan Majlis Tindakan Membasmi Dadah yang > dipengerusikan oleh Y.A.B. Dato' Seri sendiri, > sebelum > dikemukakan ke Mesyuarat Jemaah Menteri. Pengumuman > cadangan ini secara terbuka dikatakan bertujuan > untuk > mendapatkan maklumbalas (feedback) dari masyarakat > Malaysia. > > 3. Berdasarkan kepada fakta cadangan tersebut dan > maklumbalas dari rakyat Malaysia pelbagai agama, > budaya dan kaum, serta para pemimpin masyarakat, > ABIM > merasa bertanggungjawab untuk mengemukakan pendirian > dan pandangannya seperti berikut: > > a. Ada yang menganggap bahawa pengagihan kondom > adalah > langkah pragmatik kerana hakikatnya manusia akan > terus > melakukan amalan seks. Bagi mereka yang bersetuju > dengan kaedah ini, pemberian kondom untuk > menggalakkan > seks rambang perlu dibezakan dengan pemberian kondom > untuk mencegah wabak jangkitan HIV. > > Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya menggalakkan > gejala maksiat dan perzinaan, khususnya di kalangan > penagih dadah dan/atau pelaku seks yang tidak > bernikah. Bagi mereka ini, sememangnya tidak ada > perbezaan langsung sama ada pemberian kondom > tersebut > adalah untuk pencegahan HIV atau meningkatkan > aktiviti > perzinaan. Mereka akan tetap melakukan seks rambang; > yang bezanya ialah kali ini mereka dibekalkan dengan > kondom secara percuma dari sumbangan dana rakyat > (public funds) seperti pembayaran cukai pendapatan > dan > pelbagai bentuk cukai lain. Statistik yang ada belum > cukup kuat untuk membuktikan progam ini berjaya > mengurangkan pesakit ini. > > Kaedah ini akan hanya akhirnya membina sebuah > masyarakat permisif, yang terpaksa berkompromi dan > merelakan sesuatu kemungkaran atau keburukan untuk > menjustifikasi sesuatu yang belum terbukti kebenaran > dan keberkesanannya. > > b.Ada juga yang mengatakan bahawa sudah ada kajian > yang membuktikan penurunan jangkitan HIV di > bandar-bandar yang melaksanakan program pengedaran > jarum berbanding dengan bandar-bandar yang tidak > melaksanakan program ini. Menurut pandangan ini > lagi, > pengedaran kondom di kalangan penagih dadah HIV > positif dapat mengawal jangkitan HIV daripada > merebak. > Di antara negara-negara yang berjaya mengawal wabak > HIV melalui pendekatan ini ialah Australia dan > Thailand. Negara Iran dan Bangladesh juga dikatakan > telah melaksanakan kaedah ini berdasarkan beberapa > prinsip asas Islam seperti prinsip darurat yang > terpaksa dilaksanakan dalam keadaan luar biasa di > mana > ratusan ribu insan terkorban. Turut dikemukakan > bahawa > 75% daripada mereka yang dijangkiti HIV (yang > setakat > ini melebihi 61,486 orang) ialah penagih dadah. > > Pendirian ABIM: Kerajaan perlu mengenalpasti > terlebih > dahulu apakah punca utama merebaknya wabak HIV ini > di > negara kita. Sekiranya yang dijangkiti HIV itu > majoritinya adalah penagih dadah, maka barangkali > program perintis ini boleh dipertimbangkan untuk > dilaksanakan dengan pemberian jarum suntikan > terlebih > dahulu secara terkawal, sepertimana yang diutarakan > oleh Dato' Dr Ismail Ibrahim, Pengerusi Majlis Fatwa > Kebangsaan. Tetapi kaedah ini perlu dilaksanakan > dengan menekankan aspek-aspek kaunseling, nasihat > dan > pendidikan kerana aspek-aspek ini lebih penting > untuk > keberkesanan jangka panjang. > > c. Mereka yang mendokong cadangan ini menyatakan > bahawa kaedah pengagihan kondom secara percuma telah > berjaya di negara-negara luar, dan dengan demikian > perlu ditiru pelaksanaannya di Malaysia. > > Pendirian ABIM: Kaedah pengedaran kondom percuma > kepada penagih dadah kononnya berjaya dilaksanakan > di > negara-negara luar kerana majoriti yang dijangkiti > HIV/AIDS adalah mereka yang mengamalkan seks > rambang. > Tetapi gejala ini agak berlainan dengan keadaan dan > budaya di negara kita. Hakikat ini juga telah > diperakui oleh YB Datuk Noh Omar, Timbalan Menteri > Keselamatan Dalam Negeri. Meniru eksperimen sebegini > di negara-negara lain secara semberono belum tentu > dapat menjamin keberkesanannya. > > d. Ada juga pandangan yang menggalakkan program > terapi > penggantian dadah dengan memberi sejenis dadah > "methadone" yang dikatakan mampu mengurangkan > ketagihan. > > Pendirian ABIM: Kaedah ini akan hanya melanjutkan > ketagihan dadah kerana yang berubah hanyalah jenis > dadah. Tetapi ketagihan tetap akan berlaku. Secara > logiknya, penagih dadah ini akan hanya > mempelbagaikan > ketagihan bahan-bahan lain seperti ketagihan > menghidu > gam, ubat batuk dan seumpamanya. Sesungguhnya kita > tidak boleh memadamkan api dengan api (fighting fire > with fire). > > Yang turut menjadi isu di sini ialah dengan > pengagihan > jarum suntikan dan dadah "methadone" oleh Kerajaan. > Apakah para penagih ini akan didakwa sekiranya > ditangkap memiliki dadah? Apakah akan wujud apa yang > disifatkan sebagai najis dadah yang haram atau najis > dadah yang halal? Malah ABIM memandang berat > kenyataan > konvenor Malaysian Harm Reduction Working Group > bahawa > Akta Dadah Berbahaya 1952 (Dangerous Drugs Act 1952) > perlu dipinda untuk membolehkan cadangan ini > dilaksanakan. Ini merupakan satu lagi langkah > berkompromi dan permisif terhadap gejala > penyalahgunaan dadah. Lebih parah lagi sekiranya > pihak > Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Dadah > Kebangsaan (ADK) terpaksa melonggarkan usaha > penangkapan penagih dadah. Akhirnya, hanya > segelintir > rakyat Malaysia yang menagih dadah mendapat manfaat > penyalahgunaan dadah secara percuma tajaan negara, > manakala rakyat terbanyak yang lain terpaksa > menanggung bukan hanya risiko jangkitan HIV bahkan > risiko terperangkap dalam gejala penyalahgunaan > najis > dadah halal. > > e. Kementerian Kesihatan telah menganggarkan bahawa > kos pelaksanaan cadangan kaedah ini adalah lebih > kurang RM 145 juta (untuk 1,200 orang penagih dadah) > setahun. > > Pendirian ABIM: Sekiranya kaedah tersebut > diperluaskan > kepada 70,000 orang pengidap virus HIV, maka > anggaran > kos pelaksanaan kaedah ini adalah berjumlah RM 8.5 > billion setahun. Ini tidak termasuk pelbagai kos > lain > === message truncated === __________________________________________________ Do You Yahoo!? Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around http://mail.yahoo.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
