Title: Message
Ikhwanku,
InsyaAllah,sekiranya mak bapak, pengantin berpegang teguh pada Allah dan Rasul,tidak mengamalkan dan berperangai seperti jin dan syaitan (maaf kasar bahasanya)nescaya Allah akan pelihara majlis itu.Tidak kurang ibu bapa yg Qadha solat zuhur dan Asar atau lebih teruk tinggal terus dek kesibukan melayan tetamu.Mana tak jin syaitan berpesta.Itu belum kira pengantin dgn aksi dan kerenah yg terang-terang berlawanan dgn syarak.
Wassalam
 
 

*Disclaimer*
" This e-mail and any attachments are confidential and may contain trade secrets or privileged or undisclosed information. They may also be subject to copyright protection. Please do not copy, distribute or forward this e-mail to anyone unless authorized. If you are not a named addresses, you must not use, disclose, retain or reproduce all or any part of the information contained in this e-mail or any attachments. If you have received this e-mail by mistake please notify the sender immediately by return e-mail and destroy / delete all copies of the e-mail. "

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of < Khalifah Ummah >
Sent: Thursday, June 16, 2005 5:42 PM
To: [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 330MBR; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 598MBR; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 2200MBR; [EMAIL PROTECTED]; 5177MBR; [EMAIL PROTECTED]; 1115MBR; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 6446MBR; [EMAIL PROTECTED]; 16310MBR; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; 890MBR; 3500MBR; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]; [EMAIL PROTECTED]
Subject: Bismillah [hidayahnet] GELAGAT SYAITAN DIMAJLIS KENDURI & PETUA TIDUR RASULALLAH

Koleksi Artikel myMasjid ..
Gelagat Syaitan di Majlis Kenduri


Menurut apa yg diceritakan oleh Tok Dahaman, suatu hari katanya, dia
bersama
isterinya berjalan hendak kenduri kahwin dihujung kampung.....

Malangnya, ketika itu hujan turun dengan lebatnya. maka terpaksalah mereka
menunggu hujan berhenti. Apabila hujan reda, ketika itu jam menunjukkan
pukul 1.00 tghhari. tiba di suatu simpang jalan, mereka terdengar suara
tangisan kanak-kanak.

Setelah dilihat sekeliling, didapati 3 orang kanak-kanak tanpa pakaian
menangis di tepi sebatang pokok besar yang telah tumbang. Kata Tok Dahaman,
dia sungguh hairan, siapa pula yg meninggalkan anak dalam keadaan begitu?

Tetapi, dia mula syak bahawa budak-budak tiu bukanlah manusia biasa kerana
didapatinya mereka berkepala botak, berperut buncit, mata besar dan
telinganya pula capang dan tajam. Sementara jari-jari tangannya amat
panjang
begitu juga jari kaki. Walaubagaimanapun, Tok Dahaman bertanya juga apa
sebab mereka menangis di tepi jalan.

Menurut salah satu drpd budak2 itu, rumah mereka telah runtuh disebabkan
oleh hujan yg amat lebat sebentar tadi.

Tok Dahaman bertanya dimana rumah...? Mereka pun menunjukkan kepada pokok
besar yang tumbang itu. Sudah sah lah yg budak-budak itu adalah anak jin
atau syaitan, jelas Tok Dahaman.

Menurut Tok Dahaman, anak-anak syaitan itu telah meminta dia untuk
memberitahu kepada ibu bapa mereka yang berada di rumah kenduri tentang
perihal rumah mereka yg telah runtuh itu. Akan tetapi, Tok Dahaman
menjelaskan kepada budak-budak itu bahawa dia tidak mungkin dapat mencari
ibu bapa mereka kerana syaitan tidak dapat dilihat oleh manusia dengan
pandangan mata kasar.

Lantas, anak syaitan itu memberi sedikit minyak untuk disapu di kening.
Menurut anak syaitan itu lagi, minyak itu membolehkan pandangan terhadap
benda-benda hijab dibuka. Ayah syaitan tersebut dapat dikenalpasti kerana
dia menggantung tengkorak kecil di leher manakala ibu mereka memakai tulang
ayam bersilang di rambutnya.

Anak syaitan tersebut berpesan meminta ibu bapa mereka pulang dengan segera
kerana rumah mereka runtuh dan mereka di dalam kesejukan.

Cerita Tok Dahaman lagi, ketika sampai di rumah kenduri, dia dan isterinya
pun memakai minyak tersebut. Tok Dahaman kemudian menyuruh isterinya
mencari
syaitan betina di atas rumah sedang dia sendiri mencari syaitan jantan di
tempat org lelaki.

Sebaik sahaja minyak tersebut di sapu di kening, mereka lihat begitu banyak
syaitan bercampur gaul dgn org ramai.

Ada sebahagiannya sibuk ditempat memasak, mengganggu di kawah gulai dgn
memasukkan berbagai jenis najis ke dalam segala masakan (kerana org yg
memasak tidak membaca Bismillah...), syaitan-syaitan tersebut ada yg
meludah, membuang air kecil dan besar ke dalam piring dan mangkuk...Ada
juga
yg muntah ke dalam makanan,ada yang bergayut di bahu, duduk di kepala dan
riba manusia.

Tok Dahaman dan isterinya yang memandang suasana itu menjadi tidak tergamak
untuk makan org ramai pada hari itu menjadi hairan melihat kelakuan Tok
Dahaman pada hari itu.

Menurut Tok Dahaman dia amat sukar untuk berjalan kerana terpaksa mengelak
daripada berlanggar dengan syaitan kerana syaitan lebih sibuk mengalahkan
manusia di rumah kenduri.

Setelah sibuk mencari, akhirnya jumpa lah dia dgn bapa syaitan tersebut.

Ketika itu, syaitan tersebut sedang makan dgn gelojohnya. Tok Dahaman pun
bertempik kepada syaitan tersebut serta memberitahu kepada syaitan tersebut
bahawa rumahnya telah runtuh. Syaitan tersebut sangat terperanjat dan
bertanya bagaimana Tok Dahaman boleh melihat syaitan.

Apabila mendengar penjelasan Tok Dahaman, syaitan tersebut pun berlari
pulang sambil memijak kepala orang ramai. Bagi pihak perempuan pula,
keadaan
lebih kecoh. Menurut isteri Tok Dahaman, ramai sungguh syaitan betina yang
sama-sama makan kenduri dengan org perempuan bahkan di bahagian perempuan
keadaan lebih teruk lagi kerana syaitan betina ada yg membawa anak mereka.

Kerenah anak-anak syaitan ini memang tidak dapat dikawal oleh ibu bapa
mereka. mereka melompat dari satu talam ke satu talam sambil mencapai
makanan dari pinggan atau tangan orang. Ada yg membuang air kecil sambil
bergayut di jendela rumah

Akhirnya ibu syaitan tersebut ditemui oleh isteri Tok Dahaman di bilik
pengantin sedang bersolek bersama-sama pengantin perempuan Isteri Tok
Dahaman mengenalinya berdasarkan tulang ayam yang bersilang dirambut yang
kotor dan berbau busuk itu. Rupa syaitan betina tersebut sgt menggerunkan.

Keadaan mejadi kecoh kerana orang ramai melihat isteri Tok Dahaman bercakap
dengan cermin tempat bersolek.

Untuk sehari itu, letihlah mulut mereka menjelaskan kepada orang ramai
tentang sebab keanehan sikap mereka pada hari itu, terpulanglah orang mahu
percaya atau tidak. Begitulah hal nya, keadaan syaitan yang sungguh
menjijikkan jika kita tidak menyebut nama Allah ketika hendak makan.

Sebelum makan, sebut lah nama Allah...atau sekurang-kurangnya bacalah
BISMILLAH.....

DIPETIK DRP MAJALAH IKTIBAR, EDISI PENGENALAN, CETAKAN PERTAMA 1999.

Wallahualam MORAL OF THE STORY; APABILA KITA MELAKUKAN SESUATU MULAKAN
DENGAN UCAPAN BISMILLAH...
semoga hari ini lebih baik dari semalam..



Subject: Petua Tidur Rasulallah

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur
mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dar i cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi
hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati
syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat
manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah -olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.


Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betin a.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.
"



WELCOME TO THEMATRIXWORLD...!!!!!3 X 8 AUTOSPILLOVER...NO LIMIT BUSINESS CENTRE 4U

https://www.webringgit.com?r=114 

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




Yahoo! Groups Links

Kirim email ke