Cuti 2 hari: Selepas 9 tahun, Pusat akhirnya ikut jejak Kelantan
Tuesday, June 21 @ 18:11:09 MYT


PENGKALAN CHEPA, 21 Jun (Hrkh) – Selepas banyak manfaat diperolehi kakitangan awam kerajaan Kelantan setelah cuti dua hari seminggu diperkenalkan sejak Januari 1996, akhirnya kerajaan Pusat turut akur mengenainya.

Bermula Julai ini kakitangan kerajaan Persekutuan pula akan menikmati kemudahan itu selepas lebih sembilan tahun cuti tersebut dilaksanakan di Kelantan.

Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan cuti mingguan pada hari Jumaat dan Sabtu yang dilaksanakan sebelum ini tetap akan dikekalkan.

“Kita bukan sekadar hendak beri cuti sahaja, kita perlu juga mengingati sejarah lama Islam zaman berzaman, kerana hari Jumaat diberi kelebihan pahala. Pahala ini ahli sains tidak reti.

“Amal ibadat, keredhaan Allah ini kerja yang ahli sains Barat tidak tahu. Hari Jumaat ada fadhilatnya, ada kelebihan. Oleh sebab itu saya di Kelantan tetap akan bercuti pada hari Jumaat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup program Lambaian Menara Gading di Kem Kijang di sini, hari ini.

Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak mengumumkan kerja lima hari seminggu bagi kakitangan awam Persekutuan akan dimulakan pada 1 Julai ini.

Menurut Menteri Besar kalau berlaku perselisihan dari segi hari cuti mingguan dengan kerajaan Pusat itu tidak menjadi masalah kerana di seluruh dunia pun ada perbezaan.

“Pelik apa kerana hari cuti negeri-negeri di Malaysia juga ada yang berbeza. Terima kasih dan bersyukur ke hadrat Allah kerana kesenangan manusia perlu dijaga.

“Cuti ini memberi ketenangan, kalau cuti pada hari Jumaat sahaja, hari itulah hendak pergi kebun, hendak baiki kenderaan, hendak ziarah keluarga, jadi bila kakitangan kerja hari Sabtu macam tidak cuti juga kerana urat sarat masih tegang,” katanya.

Beliau juga berkata, di Kelantan hari Jumaat adalah hari untuk belajar mencari ilmu agama dan hari Sabtu dimanfaat bersama keluarga.
- MJ


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke