Menabung, bijak melabur asas untuk menjadi kaya

http://www.maynetwork.net/

RAMAI yang berangan-angan mahu menjadi kaya, tetapi tidak ramai yang
tahu bagaimana mahu mencapainya.

Sebenarnya jika ditanya mereka yang sudah bergelar jutawan, faktor
utama ke arah itu ialah menabung dan melabur.

Persoalannya ialah apakah kita mempunyai pengetahuan dan kemahiran
melabur dengan bijak?

Cuba kita tinjau bagaimana mereka yang menerima `durian runtuh'
pampasan daripada pengambilan tanah atau duit jualan tanah
membelanjakan wang mereka.

Ternyata ramai yang menjadi kelabu mata sebaik menerima sejumlah
wang begitu besar.

Ramai yang membeli kereta mewah, membuat banglo atau berkahwin satu
lagi.

Selepas dua tahun berlalu, kereta besar terpaksa dijual kerana tidak
mampu lagi membiayai kos penyelenggaraan dan kehidupan harian mereka
menjadi susah kembali seperti dulu.

Jelaslah pengetahuan dan pemikiran mereka mengenai pelaburan masih
terlalu daif.

Sebagai pensyarah, penulis selalu juga meminta pelajar mengandaikan
bahawa mereka akan diberikan hadiah RM100,000 dan meminta memikirkan
tiga cara terbaik melabur wang itu.

Pada umumnya 80 peratus pelajar gagal memberikan cadangan memuaskan.

Jawapan yang diberikan lebih tertumpu kepada bagaimana membelanjakan
wang itu.

Kebiasaannya, penuntut yang memberikan idea pelaburan yang baik
memperolehnya daripada ibu bapa atau membaca buku berkaitan
pelaburan.

Malangnya budaya membaca buku sedemikian masih kurang di kalangan
masyarakat kita.

Asas faktor pengeluaran dalam ekonomi moden adalah sumber manusia,
teknologi, sumber alam termasuk tanah dan modal.

Semua faktor pengeluaran ini menuntut kepada pelaburan sama ada
secara langsung atau secara tidak langsung.

Maka kemajuan ekonomi sesuatu masyarakat sudah pasti menuntut kepada
budaya pelaburan yang sihat.

Semua ahli masyarakat perlu melabur dalam pembangunan sumber
manusia, teknologi, sumber alam semula jadi supaya produktiviti
meningkat dan ini akan menyumbang kepada peningkatan taraf hidup.

Mereka yang tidak berpandangan jauh sudah tentu tidak sanggup
berbuat demikian dan akan lebih gembira bersenang-senang sekarang
daripada melabur untuk masa depan.

Mereka yang bijak melabur sudah pasti akan membuat perkiraan
mengenai pelaburan, pulangan bakal diperoleh dan risiko perlu
ditangani untuk menjayakan sesuatu projek.

Menerusi pelaburan itu, pendapatan mereka pada masa depan akan
meningkat dan aset bertambah.

Pada zaman ekonomi global sekarang, kita sedang berdepan dengan
pencabar dalaman dan luaran yang hebat dan kita tidak ada pilihan
melainkan perlu bijak menyimpan dan melabur pendapatan lebihan.

Untuk menjana lebihan pendapatan, pertama kita perlu bijak menjana
pendapatan itu sendiri dan kemudian bijak pula dalam berbelanja.

Kita perlu membezakan antara perkara diperlukan dan hanya cantik
jika boleh dimiliki tetapi tidaklah diperlukan sangat.

Perbelanjaan yang berhemah boleh menjana lebihan yang boleh
disalurkan untuk melabur.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke