Kondom dan jarum percuma: Selepas lulus baru panggil ulama
Monday, June 27 @ 16:58:35 MYT


Oleh Bashir Ishak
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat seolah-olah tersepit dalam isu cadangan pemberian jarum suntikan dan kondom percuma kerana tidak dirujuk kepada jawatankuasa fatwa terlebih dahulu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin berkata, isu ini perlu dirujuk kepada golongan ulama yang berautoriti seperti jawatankuasa fatwa kebangsaan dan para mufti.

Sebab itulah, selepas ia diluluskan oleh kerajaan, satu seminar dipanggil untuk membincangkannya seolah-olah mahu ulama mengesahkan apa yang telah dibuat oleh kerajaan.

"Jangan ulangi kontroversi yang berlaku kepada Amanah Saham Nasional (ASN) dulu," tegasnya semasa dihubungi .

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Mat Zain berkata, Kementerian Kesihatan akan menganjurkan satu seminar khas bagi menerangkan cadangan kerajaan untuk memberikan kondom dan jarum suntikan percuma kepada penagih dadah dan pengidap AIDS.

Dalam seminar itu, para ulama akan dipanggil untuk membincangkannya.

Ustaz Taib mengimbas kembali masalah ASN yang dilancarkan pada awal 1980-an tanpa ditanya ulama terlebih dahulu.

Akhirnya isu tersebut menimbulkan kekeliruan tentang masalah hukum di kalangan rakyat.

Bekas Imam Besar Masjid Negara itu menjelaskan isu kondom dan jarum ini serius dan perlu dibuat kajian tentang hujah mengikut kaedah syarak dan jawatankuasa fatwalah yang lebih arif dalam masalah ini.

"Kerajaan seolah-olah melihat hukum-hakam ini satu bab sampingan sahaja dan ini menyebabkan rakyat untuk mencurigai kerajaan hari ini dalam pendirian tentang Islam," katanya.

Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS,Ustaz Hashim Jasin pula menjelaskan, ulama sentiasa berada dalam keadaan serba salah jika sesuatu cadangan kerajaan dilontarkan kepada umum dulu sebelum mendapat pandangan mereka.

Beliau mengulas demikian berhubung kenyataan Perdana Menteri yang mengarahkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan sesi penjelasan kepada ulama seluruh negara mengenai cadangan memberi jarum suntikan dan kondom percuma.

Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis bagaimanapun bersetuju dengan cadangan untuk mengadakan penerangan kepada para ulama itu.

"Kalau penerangan secara umum kita boleh dengar dulu apa yang mahu dikatakan, kalau tak bercanggah dengan hukum kita boleh pertimbangkan," ujarnya.

Baginya, pengidap HIV/AIDS bukan semuanya terbabit dengan gejala tidak sihat seperti dadah dan seks bebas tetapi mungkin dijangkiti melalui pemindahan darah dan sebagainya.

"Golongan ini boleh diberi kondom percuma untuk hubungan dengan isteri mereka tetapi tidak kepada mereka yang mahu menyalahgunakannya untuk hubungan seks rambang," tegasnya lagi. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke