Di Sini Kita Bermula.. Dr. Omar bin Yaakob 21. Menangani Penyewelengan Kumpulan Anti-Hadis
Golongan anti-hadis yang wujud di Malaysia dan peringkat antara-bangsa sering menggunakan nama yang pelbagai bagi diri mereka sendiri. Di Malaysia, mereka kadang-kadang menggunakan nama kumpulan 'pro-al-Quran' untuk menampakkan seolah-olah kononnya orang lain 'anti-al-Quran'. Di dalam internet, mereka mempamerkan diri mereka sebagai kumpulan 'Muslim sebenar' atau kumpulan 'Submitters (yang tunduk)'. Walau apa pun nama atau label yang digunakan, mereka tidak lari daripada ciri mereka yang paling penting yakni mempertikaikan kedudukan hadis sebagai salah satu sumber primer dalam perundangan Islam. Bagi mereka hadis hanyalah ciptaan ulama yang tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam sebenar. Mereka juga menganggap KITA sebagai terseleweng! Pelbagai usaha telah dibuat untuk membawa kumpulan ini ke pangkal jalan. Ada yang secara keras serta perbahasan, ada yang secara diplomasi dan perbincangan. Namun, semuanya tidak berjaya kerana masing-masing bertitik-tolak dari prinsip asas yang berbeza . Saya dapati perbahasan yang sering diutarakan selama ini bagi menentang aliran anti-hadis mempunyai dua kekurangan. Pertama, ramai pembela hadis terjerat di dalam perangkap yang dipasang oleh golongan anti-hadis dengan mengutarakan hadis-hadis yang menyebutkan perlunya kita berpegang kepada hadis. Oleh kerana mereka telah menolak hadis, maka meletakkan hadis sebagai hujjah tidak wajar. Kedua, ayat-ayat al-Quran yang diutarakan oleh sebahagian pembela hadis bagi menjelaskan kesesatan golongan anti-hadis walaupun qat'i thubutnya tetapi dzanni dari sudut dilalahnya. Yakni walaupun ayat-ayat ini diterima oleh kedua-dua pihak, ianya masih terbuka kepada beberapa tafsiran yang tidak muktamad. Ini tidak mungkin berkesan terutama dalam menghadapi golongan yang menganggap mereka berhak membuat tafsiran al-Quran sendiri mengikut hawa nafsu mereka. Mereka tidak semestinya bersetuju dengan tafsiran yang kita buat, sama seperti tidak bersetujunya kita dengan tafsiran yang mereka buat. Oleh itu di sini, kita perlu mengambil pendekatan yang rasional yang saya yakin boleh menggugat akar-umbi golongan ini. Pandangan (atau tesis) anti-hadis boleh disimpulkan secara mudah seperti berikut: "Apa yang ada dalam kitab hadis bukan berasal dari Rasulullah; seandainya ia betul berasal dari Rasulullah pun, ia tidak mempunyai apa-apa erti bagi agama Islam". Oleh itu, dalam kita menilai atau mempertikaikan kebenaran pandangan mereka ini, kita perlu menimbang secara rasional dua persoalan asas berikut: 1) Adakah benar Rasulullah mengucapkan perkataan atau melakukan sesuatu seperti yang dilaporkan di dalam kitab-kitab hadis? Yakni adakah yang diriwayatkan oleh perawi-perawi hadis itu fakta sejarah atau hanya sesuatu yang diada-adakan. 2) Jika benar kata-kata tersebut diucapkan dan perbuatan tersebut dilakukan oleh baginda, apakah ia harus kita anggap sebagai hanya fakta sejarah atau ianya mempunyai kedudukan yang lebih penting daripada itu. Adakah kata-kata tersebut mempunyai legal-standing? Kedua-dua persoalan ini penting dipertimbangkan bagi menjawab isu asas yang sering dibangkitkan oleh golongan anti-hadis. Walaupun kedua-dua persoalan itu kait-mengait, soalan-soalan tersebut harus juga dalam masa yang sama dipertimbangkan secara berasingan kerana soalan yang pertama menyangkut masalah kesahihan fakta sejarah manakala soalan kedua berkaitan dengan persoalan asas perundangan. ..bersambung inshaAllah.. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
