ISU RUMAH SELANGOR, BUKTI PENCABULAN HAK

Terlalu banyak kes dan isu yang berlaku tetapi terlepas pandang dan tercicir daripada perbincangan mahasiswa. Samada isu pendaftaran PMRAM dengan kedutaan, isu keselamatan, isu zakat dan BKASM serta lain-lain jadi terabai. Yang pasti, pihak PMRAM tidak mahu pembaca keciciran maklumat terhadap isu BKASM yang mendapat perhatian oleh seluruh perwakilan di dalam Muktamar Sanawi PMRAM (MSP) kali ke 72 baru-baru ini.

MSP yang diadakan pada 21 Mac 2005, di dewan ACC, Universiti Al-Azhar menjadi hangat apabila memasuki sesi perbahasan usul. Matan usul berbunyi “Seluruh BKAN dan DPM bersepakat bergabung tenaga bagi membela hak ahli PMRAM khususnya ahli Selangor". Sesi usul yang bermula sekitar jam 4.00 petang berlanjutan sehingga jam 5.30 petang memaksa presiden PMRAM meringkaskan perbahasan. Walaupun di sana timbul beberapa kontradiksi antara perwakilan, namun majoriti perwakilan menyatakan sokongan penuh terhadap usul tersebut.

Sesi itu bermula apabila pencadang menyatakan beberapa sebab utama kenapa usul tersebut perlu disepakati. Antara sebab yang diutarakan ialah masalah pencabulan hak serta kebajikan ahli Selangor khususnya ahli BKASM berkenaan isu zakat, dinafikan hak untuk menghuni rumah Selangor, tenaga pengajar kelas tafaqquh dan pelajar sarjana MA dihalang menaiki rumah Selangor.

Kita menyedari bahawa pihak Pusat Zakat Selangor menggunakan zakat sebagai alat untuk menekan pelajar di sini. Mereka membuat pengagihan secara tidak adil dengan menjadikan politik sebagai kayu ukur dalam menentukan kelayakan penerima zakat. Kezaliman berlaku secara terang-terangan apabila mereka yang sememangnya layak menerima zakat telah dinafikan hak.

Selain isu zakat, masalah rumah Selangor perlu disedari bersama. Masing-masing menyedari bahawa sebelum ini telah berlaku kes penghalauan beberapa pelajar Selangor daripada rumah negeri mereka di Hayyu Asyir. Beberapa alasan yang tidak wajar telah dikemukakan oleh pihak atasan yang menjaga rumah Selangor demi memaksa pelajar tertentu keluar segera daripada bangunan tersebut. Hingga berlaku pergelutan kecil yang melambangkan sikap emosi dan kurang profesional pegawai.

Sikap kurang matang bertambah jelas apabila pihak pegawai menghalang semua tenaga pengajar kelas tafaqquh dan sarjana MA daripada menaiki rumah Selangor. Pasti kita merasa hairan dan pelik apabila infrastruktur yang begitu baik ini tidak dapat digunakan untuk kebajikan ahli, khususnya dalam hal yang bersangkutan dengan pengajian dan pendidikan. Bagaimana hak yang sepatutnya digunakan dalam memanifestasikan keunggulan mahasiswa dan mahasiswi Selangor boleh dinafikan begitu sahaja.

Fakta dan kenyataan ini melambangkan sikap birokrasi yang tidak telus hingga mengakibatkan pembaziran pada infrastruktur yang sedia ada. Terang lagi bersuluh bahawa pihak penjaga tidak bercadang untuk membantu pelajar Selangor di sini samada dari sudut pengajian mahupun persatuan. Kes-kes dan isu pencabulan hak yang timbul menunjukkan secara jelas niat yang tidak suci.

Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke