|
Walau dalam "situasi"
macamana dan apa sekali pun "melacur" adalah HARAM, sebab melacur tu dalamm
erti kata menjual tubuh badan kepada Pelanggan, (kalau dalam situasi "DARURAT"
kenapa masih ada orang untuk melanggan pelacur?).. kita mesti faham apakah
difinasi "Melacur" sebelum mengeluarkan kata-kata/fatua.... Ini bukan masaalah
kecil, sebab ia nya melibatkan maruah keseluruhan Umat Nabi Muhamad S.A.W
(Islam) hari ini dan akan datang...
"Jangan nak cuba menegakan
benang basah"
"Wallahuallam"
----- Original Message -----
Sent: Monday, June 27, 2005 1:33 PM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Kerja
pelacur halal jika darurat- ustazah masitah
saya rasa disini ada kekeliruan yang besar atas pemahaman
saudara/saudari..
ikhals dari saya utk memperhalusi situasi sebenar..
pertama, kenapa kita sering bertelagah pada benda2 furu' (benda yang
kecil dan remeh temeh) bahkan kita ada agenda yang lebih besar perlu
dilaksanakan.. saya kurang setuju dengan pendekatan seseorang yang suka
menyebarkan sesuatu fakta yang boleh memberi kesan yang besar kepada golongan
yang tidak faham..
kenapa saya berkata begitu.. sebabnya ialah adakah saudari yakin apa yang
saudari maksudkan adalah sama dengan pendapat dr itu sendiri.. "iaitu dia
telah menghalalkan pelacuran semasa dalam keadaan darurat" saya tak rasa itu
yang dia maksudkan.. tetapi pada saya apa yang dia cuba maksudkan disini ialah
hukuman yang telah ditetapkan oleh islam contohnya utk org berzina adalah
disebat atau direjam.. tetapi apabila keadaan tertentu seperti darurat ..
(maksud darurat di sini terlalu luas).. contohnya jika sesebuah negara dilanda
masalah kemiskinan dimana punca pendapatan seseorang terlalu terhad.. atau
sistem sebuah negara itu tergendala dan dirudum masalah ekonomi, sosial dan
sebagainya.. atau pun disebabkan oleh masalah2 yang melanda sesebuah
negara ini kita tidak dapat melaksanakan hukum islam.. atau juga apabila
sesebuah negara dilanda masalah keruntuhan nilai.. wajarkah disini kita hukum
seseorang pelacur atau penzina itu dengan hukum rejam sedangkan sistem kita
sendiri tidak betul, atau menghadapi masalah.. atau tidak berfungsi dengan
sebaiknya,.. sebagai contoh saya bawa kisah pemerintahan gemilang pemimpin
islam.. ketika zaman saidina umar sendiri pernah terjadi satu zaman yang
dipanggil zaman kemiskinan dimana ekonomi pada waktu itu terlalu genting dan
masing2 hidup dalam keadaan azab dan kelaparan.. apa yg saidina umar buat..
sebagai seorang pemimpin yang bijak dan adil dia telah mengambil keputusan utk
tidak menhukum pencuri-pencuri dengan hukuman potong tangan.. kerana hukuman
itu tidak setimpal dengan keadaan dan situasi pada waktu itu..saya rasa itu
yang cuba diperkatakan oleh dr itu.. dimana sesuatu hukum tidak dpt
dilaksanakan jika darurat melanda.. bukan dia cuba menghalalkan pelacuran itu
sendiri..
oleh itu. saya berharap kita ubah lah cara pemikiran kita.. jgn cepat
menuding jari mencari kesilapan orang lain seolah2 kita hebat.. carilah
kesilapan kita sendiri.. sepertimana kata saidina ali.. jgn melihat pada org
yg berkata tetapi lihatlah pada apa yang cuba dikatakan.. saya harap bukan
pada saudari sahaja.. tetapi pada semua terlalu banyak lagi yang perlu kita
lakukan utk merealisasikan impian agama, bangsa dan negara kita.. sama2lah
kita berusaha kearah itu..maafkan saya kerana terkasar bahasa..
p/s: orang lain melihat kita dengan menepuk tangan kerana kita sering
dilalaikan dengan isu2 yang remeh dan kecil2.. sehingga kita lupa apa matlamat
kita di dunia ini.. adakah utk bertelagah sesama kita..?
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
Kebiasaannya pelacur ni bergaya
bila dia nak 'meniaga' Pendapatan lumayan dan nak hidup mewah . Apakah ni dikatakan terpaksa dan dharurat ?
Pak Lah pun dah setuju nak bagi
jarum pada penagih dan bagi
kondom bila nak ........... Mak Mashitah pula , hukum dharurat semua benda jadi lorat .
Entahlah apa nak jadi dgn Malaysia
ni , mungkin slogan "
Malaysia Boleh " ada kebenarannya .
//
---------- Forwarded message ---------- From: Date:
Jun 21, 2005 12:16 PM Subject: Fwd: Dharuratnya aku ... BILA USTAZAH JOIN
POLITIK
Kerja pelacur 'halal' jika dharurat - Ustazah
Masitah
Saya ingin mengajak pembaca-pembaca
meneliti kandungan di dalam ruangan `Anda Musykil, Dr Masitah Jawab'
pada akhbar Harian Metro keluaran 19 Jun 2005. (sila buka halaman 38).
Pada satu tajuk besar dan persoalan `JUAL DIRI KERANA TERDESAK' yang
dikemukakan oleh pembaca RAZIN dari
kuala
Lumpur.
Petikan kemusykilan beliau seperti
berikut, " Saya sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal)
yang terpaksa menjual dirti untuk
membesarkan anak. Punca pendapatan
ini secara terang adalah haram.
Persoalannya, adakah kehidupan dan
pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat
keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi
masih menggunakan wang itu akan turut berdoasa? Dan bagaimana pula
hukumnya jika wang itu digunakan untuk
membayar zakat fitrah?"
Maka, jawapan dari
Ustazah Masitah seperti berikut:
" Hukum di dalam Islam
berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut
istilah yang dipakai di
sini, iaitu `terpaksa', membayangkan wanita
berkenaan terdesak
melakukan perbuatan dilarang dan bukan
dengan kehendak hatinya."
"Dia terdesak berbuat
demikian demi menyelamatkan anak dan
memberi makan."
"Perkara dilakukan dalam suasana dharurat
terlepas daripada hukuman
biasa."
"Dalam keadaan
biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan dharurat ia
dimaafkan'
"Di sini lah timbulnya tanggungjawab
masyarakat untuk membantu. Orang
terdesak dan dharurat tidak mungkin
mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima
fitrah."
" Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah
tidak dharurat".
Begitulah jawapan dari Ustazah
Masitah. Kesimpulannya, pelacuran adalah halal dalam dharurat. Tidak
jauh bezanya hukum dharurat yang dinyatakan oleh Pak Lah bagi
mengatasi masalah HIV, maka kondom dan jarum percuma
dibekalkan.
Begitulah dua pandangan tokoh, seorang pemimpin negara
keturunan
ulamak dan seorang lagi ustazah.
Pada saya, tiada
dharurat dalam pelacuran. Setiap yang melacur tentunya mempunyai tubuh
badan yang baik, bertenaga, masih muda, berada dalam
masyarakat dan
bernegara. Mereka boleh bekerja sebagai pencuci pinggan, membasuh,
amah hatta penggilap kasut sekalipun. Paling malas,
mereka boleh meminta sedekah. Dan, masyarakat atau kerajaan wajib
membantu golongan ini tambahan pula di sebuah negara yang dikatakan
negara Islam. Tiada alasan untuk melacur langsung. Jangan gunakan
hukum dharurat sewenang-wenangnya bagi menghalalkan
cara.
Jawapan Ustazah Masitah amat menyimpang jauh.
Pelacur adalah dari golongan mereka yang jahil serta malas berusaha.
Jika malas sekalipun, jadilah
peminta sedekah walaupun ugama Islam
melarang untuk meminta-minta sedekah, tetapi lebih mulia dari pelacur.
Apakah maksud terdesak dan dharurat
seperti yang dinyatakan oleh
Ustazah Masitah itu? Harap majlis fatwa beri hukum atas permasalahan
ini.
Send instant messages to your online friends
http://asia.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you
may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?>---- HM ADS ?>
Discover Yahoo! Get on-the-go sports scores, stock quotes, news & more.
Check
it out!
--------------------------------------------------------------------------
All
views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any
way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may
wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?>---- HM ADS ?>
*****************************************
Outgoing
mail is certified Virus Free. Checked by TrendMicro Interscan
Messaging
Security (http://www.trendmicro.com).
*****************************************
|
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?>
---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
*****************************************
Outgoing mail is certified Virus Free.
Checked by TrendMicro Interscan Messaging Security
(http://www.trendmicro.com).
*****************************************
|
|