Suatu petang saya singgah minum petang di sebuah restoran 
bersebelahan sebuah kedai runcit. Kerana tak berselera makan juadah 
yang ada dalam restoran saya beli sepaket kecil biskut (ada logo 
halal rasmi) di kedai runcit di sebelah. Harganya RM1.50. Setelah 
membuka paket terdapat tiga ketul biskut berlapis (dengan krim)
dengan sais satu ketul satu kali 'ngap'. Dengan teh O saya makan 
biskut itu tiga kali ngap terus habis. Dikira dengan duit sekali 
ngap tu harganya 25 sen. Bagi saya ia sangat mahal berbanding dengan 
seketul karipap berharga 30 sen dengan dua kali ngap.
Tanpa perlu rujuk kepada mana-mana indeks yang besar pengalaman saya 
tadi menunjukkan inflasi kita cukup tinggi. Bayangkan tiga ketul 
biskut yang kecil saisnya berharga RM1.50. Kita selalu dengar ada 
pihak mendabik dada di negara kita barang masih murah kerana 
kerajaan memberi subsidi disel dan macam-macam lagi bagi 
mengurangkan kos pengeluaran barangan kilang. Dengan satu contoh 
harga tadi di mana rasionalnya. Ia murah bagi orang kaya tetapi 
tidak bagi orang kampung.
Sekarang kita dengar kerajaan mengugut akan menarik balik subsidi 
disel. Bayangkanlah dan bersedialah bahawa anda akan makan biskut 
dengan harga 50 sen sekali ngap! Kalau sanggup berkorban tak makan 
biskut sekalipun anda tetap menerima bahana inflasi yang tak 
berhenti ini!







--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke