Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:

PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

PPM: 26/52-82

 

SIARAN MEDIA/ PRESS RELEASE

No. 12C Tingkat 3 Blok 1, Worldwide Business Park, Jalan Tinju 13/50, 40000 Shah Alam, Selangor Telefon 03 5518 4530 Fax 03 5513 4323

 

 

 

BATALKAN MAJLIS PENGISYTIHARAN SELANGOR “NEGERI MAJU”

 

PAS Selangor memandang serius dakwaan bahawa taraf Selangor sebagai sebuah “Negeri Maju” sebagaimana mahu diisytiharkan oleh kerajaan negeri pada 31 Ogos 2005 ini sebenarnya diperolehi melalui cara yang palsu dan diragui.

 

Sehingga ke hari ini kerajaan negeri pimpinan Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo telah memberikan gambaran seolah-olah negeri ini benar-benar telah mencapai status “Negeri Maju” berdasarkan pengiktirafan yang diberikan oleh beberapa badan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

 

Rakyat negeri Selangor selama ini difahamkan bahawa kajian yang dibuat bagi memperolehi status eksklusif ini diperolehi dengan mengguna pakai penanda aras dan ukuran bertaraf antarabangsa. Berdasarkan maklumat dan kajian ini Selangor menurut kerajaan negeri telah mencapai status “Negeri Maju” 15 tahun mendahului Malaysia yang dijangka mencapai status tersebut pada tahun 2020.

 

Rakyat negeri Selangor termasuklah rakyat Malaysia umumnya mula gelisah apabila muncul beberapa kenyataan dari pihak berwibawa yang mula menafikan terlibat dalam penganugerahan status ini sebagaimana yang didakwa oleh Menteri Besar dan kerajaan negeri.

 

Kenyataan IMD World Competitiveness Centre umpamanya (badan antarabangsa yang bertanggungjawab menganugerahkan tahap pencapaian sesebuah negara diperingkat global) yang menafikan ada terlibat dalam menganugerahkan status seumpama ini kepada Selangor telah membuka berbagai persoalan sekaligus mencabar kewibawaan Menteri Besar dan kerajaan negeri.

 

Malah kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Pusat Daya Keluaran Negara (NPC) sebagaimana yang tersiar dalam akhbar harian THE SUN pada 29 Jun 2005 yang lalu yang menafikan pernah mengiktiraf Selangor sebagai sebuah “Negeri Maju” mengesahkan bahawa pengisytiharan ini sesungguhnya hanya retorik politik semata-mata yang dibuat-buat untuk kepentingan politik Menteri Besar semata-mata

 

PAS Selangor kesal dengan pemalsuan dan pembohongan ini lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh pihak yang diberikan amanah oleh rakyat untuk memimpin mereka. Sehubungan ini PAS Selangor menuntut agar majlis pengisytiharan Selangor sebagai sebuah “Negeri Maju” yang dijangka diadakan pada 31 Ogos 2005 kelak dibatalkan demi melindungi maruah rakyat negeri ini yang telah dan akan tercalar ekoran perkembangan ini.

 

1 JULAI 2005/ 24 J.AWWAL 1426

 

ROSLAN SHAHIR BIN DATUK MOHD SHAHIR

KETUA PENERANGAN

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI SELANGOR

EMAIL :[EMAIL PROTECTED]


Does your mail provider give you access to messages sent to other POP email accounts, like your work account? Get Yahoo! Mail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke