Assalamualaikum...

Camtu la... Ulama bukan untuk buat atau tentukan dasar. Tapi sekadar untuk
sokong dasar. Macam kes Islam Hadhari. Lepas Pas dah kutuk banyak, dorang
dah kumpul hujjah berdasakan kritikan Pas, baru dipanggil Ulama untuk buat
sokongan. Untuk mangabui mata rakyat...

Ala... Ulama kita pun lebih suka pakai sampin songket & songkok hitam dari
jubah & serban. Lebih suka bela misai dari janggut. Kalau dah sunnah Nabi
saw pun ditolak, ulama amendeee camtuh...

Wassalam...



                                                                                
                                                        
                      Amir Hamzah                                               
                                                        
                      <[EMAIL PROTECTED]          To:      [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                       
                      .uk>                             [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                        
                      Sent by:                         [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                        
                      [EMAIL PROTECTED]            [EMAIL PROTECTED], [EMAIL 
PROTECTED],                          
                      ups.com                          
[email protected], [email protected],                       
 
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],             
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                       
                                                       [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],               
                      06/27/2005 06:13 PM              [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                 
                      Please respond to                [EMAIL PROTECTED], 
[EMAIL PROTECTED],                           
                      harakahdaily                     [EMAIL PROTECTED]        
                                          
                                                     cc:                        
                                                        
                                                     Subject: [harakahdaily] 
Kondom dan jarum percuma: Selepas lulus baru panggil ulama 
                                                                                
                                                        



Kondom dan jarum percuma: Selepas lulus baru panggil ulama
Monday, June 27 @ 16:58:35 MYT


Oleh Bashir Ishak

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) dilihat
seolah-olah tersepit dalam isu cadangan pemberian jarum suntikan dan kondom
percuma kerana tidak dirujuk kepada jawatankuasa fatwa terlebih dahulu.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin berkata, isu ini
perlu dirujuk kepada golongan ulama yang berautoriti seperti jawatankuasa
fatwa kebangsaan dan para mufti.


Sebab itulah, selepas ia diluluskan oleh kerajaan, satu seminar dipanggil
untuk membincangkannya seolah-olah mahu ulama mengesahkan apa yang telah
dibuat oleh kerajaan.


"Jangan ulangi kontroversi yang berlaku kepada Amanah Saham Nasional (ASN)
dulu," tegasnya semasa dihubungi .


Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Abdullah Mat Zain
berkata, Kementerian Kesihatan akan menganjurkan satu seminar khas bagi
menerangkan cadangan kerajaan untuk memberikan kondom dan jarum suntikan
percuma kepada penagih dadah dan pengidap AIDS.


Dalam seminar itu, para ulama akan dipanggil untuk membincangkannya.


Ustaz Taib mengimbas kembali masalah ASN yang dilancarkan pada awal 1980-an
tanpa ditanya ulama terlebih dahulu.


Akhirnya isu tersebut menimbulkan kekeliruan tentang masalah hukum di
kalangan rakyat.


Bekas Imam Besar Masjid Negara itu menjelaskan isu kondom dan jarum ini
serius dan perlu dibuat kajian tentang hujah mengikut kaedah syarak dan
jawatankuasa fatwalah yang lebih arif dalam masalah ini.


"Kerajaan seolah-olah melihat hukum-hakam ini satu bab sampingan sahaja dan
ini menyebabkan rakyat untuk mencurigai kerajaan hari ini dalam pendirian
tentang Islam," katanya.


Sementara itu, Naib Ketua Dewan Ulama PAS,Ustaz Hashim Jasin pula
menjelaskan, ulama sentiasa berada dalam keadaan serba salah jika sesuatu
cadangan kerajaan dilontarkan kepada umum dulu sebelum mendapat pandangan
mereka.


Beliau mengulas demikian berhubung kenyataan Perdana Menteri yang
mengarahkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) menganjurkan sesi penjelasan
kepada ulama seluruh negara mengenai cadangan memberi jarum suntikan dan
kondom percuma.


Ustaz Hashim yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis bagaimanapun bersetuju dengan
cadangan untuk mengadakan penerangan kepada para ulama itu.


"Kalau penerangan secara umum kita boleh dengar dulu apa yang mahu
dikatakan, kalau tak bercanggah dengan hukum kita boleh pertimbangkan,"
ujarnya.


Baginya, pengidap HIV/AIDS bukan semuanya terbabit dengan gejala tidak
sihat seperti dadah dan seks bebas tetapi mungkin dijangkiti melalui
pemindahan darah dan sebagainya.


"Golongan ini boleh diberi kondom percuma untuk hubungan dengan isteri
mereka tetapi tidak kepada mereka yang mahu menyalahgunakannya untuk
hubungan seks rambang," tegasnya lagi. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with
voicemail

Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Unsubscribe: [EMAIL PROTECTED]
Digest message: [EMAIL PROTECTED]
HarakahDaily: http://www.harakahdaily.com
PAS Homepage: http://www.parti-pas.org

HarakahDaily.com disclaims any liability whatsoever or however arising from
the posting of e-mails herein. Authors of the emails are advised to ensure
that the contents of their e-mails do not attract any liability, civil or
criminal.

<?---- LSpots keywords ?> <?---- HM ADS ?>
                            YAHOO! GROUPS LINKS



       Visit your group "harakahdaily" on the web.

       To unsubscribe from this group, send an email to:
       [EMAIL PROTECTED]

       Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke