Jangan benarkan USS Nimitz di Selat Melaka - Teras
Friday, July 01 @ 11:54:10 MYT


Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Kerajaan didesak agar menarik balik keputusan membenarkan kapal USS Nimitz dari Amerika Syarikat (AS) untuk belayar di Selat Melaka dan singgah di Malaysia.

Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid, berkata keputusan yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri (TPM), Dato' Seri Najib Tun Razak itu sangat mengejutkan ramai pihak kerana ia bercanggah dengan konsep ZOPFAN yang menjadi prinsip yang selama ini dipersetujui oleh negara-negara Asean.

Azmi berkata, Malaysia tidak boleh bersikap longgar dalam hal ini dengan hanya melihat keselamatan negara sahaja, sedangkan ia juga berkaitan dengan keselamatan dan kedaulatan keseluruhan kawasan tesebut.

"Kami juga hairan mengapa Najib boleh menjustifikasikan pelayaran kapal itu tidak menjejaskan keselamatan negara, sedangkan ia digerakkan oleh kuasa nuklear yang mempunyai potensi besar dari segi keselamatan," jelas beliau.

Katanya, sikap toleran kerajaan Malaysia untuk menerima kapal pengangkut pesawat terbesar di dunia dari AS itu menunjukkan Malaysia tidak sensitif dengan kedaulatan negara-negara Asean yang inginkan rantau ini melalui apa bentuk sekalipun.

Beliau turut menegaskan, alasan Najib bahawa ia hanya suatu lawatan di Pelabuhan Barat di Pelabuhan Klang tidak dapat diterima sebagai alasan untuk bersikap longgar dengan kapal AS tersebut.

"Kami juga keliru dengan kenyataan Najib kerana sebelum ini Menteri Luar, Dato' Seri Syed Hamid Albar pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia pernah membuat pendirian bahawa ia tidak mengizinkan kapal tersebut untuk lalu di Selat Melaka dan singgah di pelabuhan negara ini," jelas beliau.

Sebelum ini, Syed Hamid dalam kenyataannya mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah membenarkan mana-mana kapal yang digerakkan dengan kuasa nuklear untuk singgah di pelabuhan Malaysia.

"Mengapa Malaysia tidak mahu bertegas dalam dalam hal ini, sedangkan Malaysia pernah tidak membenarkan pesawat perang AS untuk mengisi minyak di Malaysia pada suatu ketika dulu," katanya.

Justeru, Teras mendesak kerajaan besikap tegas dalam soal ini kerana kehadiran kapal militari AS adalah suatu intimidasi kepada seluruh negara rantau Asia. - mks.


Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke