From: Hasnita [mailto:[EMAIL PROTECTED]
Sent: Sat 7/2/2005 9:20 AM
To: [EMAIL PROTECTED]
Subject: Bagaimana nak tahu jika kita terkena sihir ?
SUARA MASJID AL-AZIM
Tazkirah
SEJARAH SIHIR
Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di
mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di
zaman Nabi s.a.w.
ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR
Persoalan ini telah menjadi pertikaian para ulama Islam. Maka dalam hal
ini kita merujuk kepada Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim yang
bermaksud:
Dari Aisyah: "Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan
bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak
mendatangi mereka"
(Bukhari dan Muslim)
Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan
sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi
Iyadh, katanya"(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda
kerana telah jimak bahawaNabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku
hanyalah di bidang yang harusberlaku di atasnya, di bidang duniawi
semata-mata".Juga Qadhi "Iyadh menegaskan: "Dan sihir adalah merupakan satu
daripada penyakitpenyakit".
Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa
penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa
ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang
dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang
mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasamadengan
syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR
Tanda-tanda gejala sihir begitu banyak, antaranya:-
1.Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isterinya.
2.Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu
sejuk sehingga ia sanggup " meminum air yang mendidih.
3.Suami dan isteri yang tiba-tiba sahaja merasa tidak aman, benci-membenci
antara satu dengan lain walaupun sebelumnya mereka sangat berkasih-sayang.
4.Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol
sewaktu senja.
5.Juga banyak dari penyakit-penyakit baik fizikal atau kejiwaan yang tidak
dapat disahkan puncanya oleh doctor-doktor yang pakar.
CARA MENGHADAPI SIHIR
Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam
menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan
tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah "Azza
Wajalla. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, "Ubat yang paling bermanfaat untuk
penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu
dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.
Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai
satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang
betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah
imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh
Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.
Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah s.w.t.
mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi
dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar
penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang
memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan
syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin
yang tidak beramal dengan petunjuk Allah s.w.t.
Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara
melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak
mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara
Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini.
Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang
terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya
yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan
dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu
Taymiyah.
RASUKAN
Satu lagi cirri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk
oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit,
meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada
golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan
asnad yang Hassan bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya:
"Jin itu tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh
terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang
bertempat dan berpindah".
Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin,
ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu
amatlah banyak, antaranya:-
1. Iblis - bapa segala jin
2. As Syaitan - syaitan
3. Al Muraddah - peragu (pewas-was)
4. Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
5. Al A"wan - penolong-penolong (khadam)
6. Al-Ghawasuum- penyelam-penyelam
7. Atthiaruun - penerbang-penerbang
8. Attawabi" - pengikut-pengikut
9. Al Qarna" - pengawan-pengawan
10. Al "Ammar - pemaa"mur-pemaa"mur
PENGALAMAN MUJAHIDIN AFGHAN
Diriwayatkan dalam kisah perjuangan Muhahidin Afghan bahawa pernah berlaku
salah Seorang daripada Mujahidin telah dirasuki jin. Kemudian
sahabat-sahabatnya telah Membacakan ayat-ayat suci Al-Quran kepada sahabat
mereka yang sedang dirasuk itu. Akan tetapi bahawa jin yang merasuknya
menjawab bahawa ia juga beragama Islam dan bahawa ayat-ayat Al Quran itu
tidak akan memberi kesan apa-apa kepadanya. Maka apabila tiba Amir
Muhahidin yang lebih arif, beliau lalu melaungkan azan dan seketika itu
juga jin tadi telah gentar dan mengaku kesalahannya. Barulah jin itu
menjawab ia sebenarnya beragama Nasrani dan bahawa ia adalah salah seorang
daripda 5,000 jin yang dihantar oleh Pope untuk merosakkan bumi Mesir dan
memporak-perandakan hubungan suami isteri. (Sejauh mana benar dakwaan jin
ini wallahu"alam).
Dari peristiwa ini dapat diambil kesimpulan bahawa tindakan yang paling
berkesan terhadap mereka yang dirasuki jin kafir ialah dengan melaungkan
azan.

Yahoo! Sports
Rekindle the Rivalries. Sign up for Fantasy Football
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.