browsed around jumpa article ni, menarik utk dikongsi
bersama.

TEMPAHLAH SATU BILIK DI NERAKA 

Tempahkan Sebuah Bilik Di Neraka Buatku
Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'

Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang
gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat
Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke
destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun
tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman,
pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya
agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan
lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu
ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.

"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian
yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta
agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu
berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan
agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan
mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah di
tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu
memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal
berada di syurga atau neraka?"

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris
perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek
panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba
memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi
sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.

"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta
tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahannam
untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah
tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan
dari si gadis manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak
sama dengan perilakunya yang buruk.
Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam
bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yang
tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak
mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis
seksi bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di
muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para
penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut
tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi
memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia
menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali
menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka.
Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis
itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera
berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi
sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya
menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang
yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan
kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur
sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan
menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi
menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut.
Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu
Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita
jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini
sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya
saw dengan mempersendakan atau ejekan.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang
tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah
kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh
melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi
bagi kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan
bila kita akan kembali ke alam barzakh.

Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang
yang bodohitu? Mereka itulah orang yang ingin melawan
Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan
suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan
undang-undang yang di lakar oleh majikan anda, di
dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang
negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang itu.

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk
dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang
menjadikan bumi ini. Setiap Sultan ada taman
larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya
adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi
hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi
kita petunjuk di atas jalan yang benar dan kekuatan
agar sentiasa dapat menjaga lidah kita.

Wallahualam bissawab.





Send instant messages to your online friends http://asia.messenger.yahoo.com 





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke