Takaful keluarga - Bekalan untuk masa depan
Utusan Malaysia - Rahana Md. Sifat

Sifat semula jadi wanita yang peka dan prihatin dengan masa hadapan wajar
dihargai kerana peringatan itu akhirnya berbaloi khususnya dalam soal
menyimpan aset bernilai seperti barang kemas, tanah atau pun wang.

Zaman nenek moyang gemar menyimpan barangan kemas dan situasi tersebut
berubah mengikut peredaran zaman apabila semakin ramai wanita menyimpan
dalam bentuk pelaburan saham, sijil premium dan simpanan tetap di bank-bank
yang diiktiraf.

Kepekaan itu telah menarik minat syarikat insuran Takaful Nasional (TN)
memperkenalkan dua produk terbaru yang dikenali sebagai TN Prima dan TN
Warisan.

Menurut Naib Presiden bahagian Takaful Keluarga Adam Manaf, pihaknya
mendapati kesedaran menyimpan dalam syarikat insuran di kalangan orang
Melayu hanya dalam lingkungan lima peratus.

Angka yang sedikit ini katanya mungkin dipengaruhi oleh budaya masyarakat
yang agak sensitif apabila memperkatakan tentang persiapan kematian walaupun
masing-masing mengakui kematian itu akan terjadi kepada setiap insan.

``Kematian adalah perjanjian yang pasti tetapi isu tersebut agak sensitif di
kalangan orang Melayu dan sebab itu kami menukar insuran nyawa kepada
gelaran takaful keluarga.

``Tanggapan mengatakan pembelian insuran kepada pertukaran nyawa wajar
diperbetulkan kerana tindakan pelanggan membeli insuran atas tujuan
menyimpan aset bernilai untuk individu yang disayangi.

``Kumpulan tersebut terdiri daripada anak-anak atau ibu bapa atas alasan
jika mereka sudah ditakdirkan meninggal, insuran tersebut boleh digunakan
sebagai bekalan meneruskan hidup oleh orang yang tersayang,''katanya.

Tambahnya TN tidak hanya menjurus kepada insuran nyawa kerana simpanan
pembeli turut mensasarkan bekalan di saat-saat memerlukan seperti pampasan
kemalangan, penyakit kritikal, manfaat hospital termasuk bekalan pendidikan.

``Pengenalan produk TN bertujuan membentuk masyarakat yang cemerlang pada
masa akan datang. Setiap individu yang beringat akan memperolehi manfaat
bukan sahaja untuk kepentingan diri tetapi orang sekeliling yang mereka
sayangi,''katanya.

Adam mengakui pihaknya mensasarkan lebih ramai wanita menyertai pelan yang
ditawarkan TN kerana berpendapat kaum hawa pada zaman moden lebih banyak
berkerja dan mempunyai pendapatan sendiri.

``Kemodenan wanita hari ini tidak mengikis sifat semula jadi mereka yang
sentiasa beringat untuk menyimpan demi kesenangan di masa hadapan.

``Kesedaran di kalangan wanita untuk menyimpan juga lebih tinggi untuk
pembinaan keluarga yang lebih baik. Peranan dan pengaruh mereka semakin
melebar yang diwarisi daripada sejarah generasi terdahulu.

``Wanita dalam konteks sentimen keluarga lebih tinggi misalnya emak atau
nenek mereka menyimpan barangan kemas untuk diberikan kepada anak-anak dan
cucu,''katanya.

Pengenalan produk juga katanya untuk menimbulkan kesedaran pelanggan supaya
menyimpan ketika ada kerana kehidupan normal insan yang sering berputar sama
ada berada di atas atau di bawah hanya dibatasi masa.

Sementara itu Penolong Naib Presiden Perkhidmatan Korporat TN, Abd Raheem
Mohamad menegaskan, TN berkonsepkan tolong menolong bagi menimbulkan
keperluan persaudaraan antara satu dengan yang lain.

``Perancangan kewangan untuk masa hadapan diperlukan kerana lebih besar
cabaran menanti generasi alaf baru. TN mensasarkan kepada golongan muslim
kerana pelan yang ditawarkan telah mengikut keperluan lembaga syariah
sebagaimana urus niaga menurut unsur-unsur Islam yang dihalalkan,''katanya.

Menyentuh mengenai TN Prima yang baru dilancarkan, katanya ia unik kerana
menyediakan manfaat menyeluruh untuk perlindungan takaful di samping
menggalakkan tabiat menyimpan.

``Uniknya ia mempunyai manfaat berkala mengikut pilihan peserta menerima
kembali pembayaran simpanan dan jika berlaku kematian atau hilang upaya
kekal, peserta atau waris dibayar sepenuhnya,''katanya.

TN Prima turut menerima manfaat tambahan antaranya penyakit kritikal
termasuk barah rahim dan payu dara, hilang upaya akibat kemalangan, bil
hospital termasuk pembedahan jika berlaku kemalangan dan kontrak juvenil
sesuai untuk kanak-kanak berusia dari enam bulan ke atas. Jika ibu bapa
meninggal, TN akan membayar penuh jumlah yang dicarum sehingga tempoh usia
dewasa dan lazimnya berusia 21 tahun.

Menariknya, TN menawarkan manfaat kepada semua pemegang polisi yang
dilancarkan sejak bulan Februari lepas.

``Melalui manfaat ini sekiranya pemegang polisi meninggal, waris boleh
menuntut serta merta sebanyak RM1,000 daripada wakil-wakil TN yang paling
hampir untuk urusan pengendalian jenazah.

``Waris perlu mendapatkan laporan pengesahan kematian daripada pihak
hospital, permit pengkebumian atau laporan pihak polis ketika menuntut
tuntutan pendahuluan tersebut,''katanya

Tambahnya walaupun jumlah wang tunai RM1,000 itu dipotong daripada jumlah
polisi yang dimiliki oleh individu yang meninggal tetapi ia dapat memudahkan
urusan pengkebumian yang pada masa sekarang memerlukan belanja yang agak
tinggi.

Menurutnya lagi TN kini mempunyai seramai 7500 wakil termasuk Sabah dan
Sarawak dan takaful keluarga menerima kira-kira 300 pemegang polisi setiap
bulan.

``Perubahan dalam peningkatan jumlah pemegang polisi menunjukkan semakin
ramai individu yang sedar tentang kepentingan menyimpan untuk kesenangan dan
kemudahan pada masa akan datang.

``Jika bukan untuk diri sendiri sekalipun, tetapi meninggalkan aset bernilai
untuk orang yang tersayang merupakan nilai-nilai terpuji yang semula jadi
wujud dalam jiwa setiap insan yang mulia,''katanya.
****************************************************************************
***
Helmi
Takaful Consultant
Takaful Nasional Sdn Bhd
019-3719074
Selangor - Kuala Lumpur - Seremban & Nilai
www.takafulnasional.com
[EMAIL PROTECTED]
****************************************************************************
****









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke