Seorang peneraju Islam Had-hari telah memberi ceramahnya tempoh hari
ditempat saya. Apa yang saya rasa ialah, ramai orang telah terkeliru
dengan ajaran Islam Had-hari. Kata peneraju itu, Islam Hadhari bukanlah
Islam yang baru tetapi lebih kepada Islam yang relevan dan kontemporari
yang boleh bersaing didalam zaman moden dan teknologi ini. Lalu
digariskan 10 prinsip utamanya seperti berikut:
1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi.
2. Kerajaan adil dan beramanah.
3. Rakyat berjiwa merdeka.
4. Penguasaan ilmu pengetahuan.
5. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif.
6. Kehidupan berkualiti.
7. Pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita.
8. Keutuhan budaya dan moral.
9. Pemeliharaan dan pemuliharaan alam semula jadi.
10. Kekuatan Pertahanan dan Perpaduan.

Pada hemat saya, cabaran yang paling utama yang dihadapi oleh peneraju
Islam Had-hari ini ialah bagaimana perlu DIHEBAHKAN Islam jenis ini
kepada masyarakat Islam diMalaysia ini. Apa yang peneraju Islam jenis
ini abaikan ialah, selain daripada konsepnya yang canggih dan
kontemporari, mereka juga perlu ingat bahawa konsep ini dibawa dan
dijaja oleh kerajaan yang diterajui oleh PM yang punya latar belakang
agama. Oleh itu, rakyat secara tidak langsung juga akan meneliti segala
tindak tanduk kerajaan dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap
rakyat dan negara. Maksud saya, SEMUA perkara yang dilakukan oleh
kerajaan atau pendokong kerajaan akan diambil kira dan diteliti dalam
segenap aspek agama. Contohnya:

1. Apabila isteri-isteri  3 tokoh utama dalam Malaysia tidak berpakaian
seperti yang disyariatkan oleh Islam, Umat Islam di Malaysia ini akan
menganggap isu aurat adalah isu yang remeh-temeh, sedangkan Pencipta
alam ini tidak bertujuan begitu.

2. Apabila terdapat pendokong kerajaan yang memperjuangkan penubuhan
IFC yang secara tidak langsung akan mengurangkan pengaruh Islam dalam
kehidupan umat Islam, rakyat akan berpendapat kerajaan mengamalkan
ajaran Islam yang asing daripada yang diajar oleh Muhammad Rasulullah.

3. Apabila rancangan hiburan seperti Akademi Fantasia diberikan
kebenaran untuk mengadakan program mereka di Putrajaya, pusat
pentadbiran kerajaan pusat minggu lepas, rakyat akan berpendapat
rancangan hiburan yang menggalakkan percampuran antara lelaki dan
perempuan adalah dibenarkan dan digalakkan oleh Islam Had-hari.

4. Apabila peserta favourite AF menukar karier daripada seorang Qari
kepada sesorang penyanyi yang menyanyikan lagu "Beautiful Maria", rakyat
akan berpendapat ini adalah satu pembaharuan atau satu kejayaan individu
yang dituntut oleh agama.

5. Apabila seorang tokoh kerajaan mengatakan adalah harus wanita Islam
yang terdesak untuk menjual maruahnya, rakyat akan berpendapat pelacuran
adalah harus dalam keadaan tertentu. Mungkin juga dimasa akan datang
kerajaan akan membangunkan industri pelacuran secara besar-besaran guna
untuk menggalakkan industri pelancungan negara yang akan menyumbang
kepada ekonomi dan pendapatan negara.                 

6. Apabila terdapat tokoh kerajaan yang menentang pelaksanaan hukum
jenayah Islam hingga membawa ke mahkamah, rakyat akan berpendapat hukum
Islam yang mahu dilaksanakan adalah tidak sesuai dizaman ini, dan secara
tidak langsung menafikan sebahagian daripada Asmaul Sifat Pencipta alam
antaranya Al-Adl, Al-Alim, Ar-Rahman, Al-Malik, Al-Hakim, Al-Wadud dan
sebagainya. Maka yang sesiapa beriktikat seperti ini kafirlah mereka
daripada Islam, tetapi kedudukan mereka didalam Islam Had-hari masih
tidak diketahui.

7. Apabila bekas PM Malaysia berpendapat hukum Islam hudud kejam,
rakyat akan mecari-cari formula baru yang bukan Islam untuk berjaya
didunia tetapi tidak diakhirat. Dan formula ini ada dalam prinsip ke 2
hingga ke 10 Islam Had-hari yang lebih mementingkan kehidupan dunia
untuk dunia dan bukannya melebihkan kehidupan dunia semata-mata untuk
mencari kredhaan Allah Subhanahuwataala di akhirat.

8. Apabila 10 prinsip utama Islam Had-hari tidak disandarkan kepada
keutamaan dalam Islam, rakyat akan berpendapat Islam adalah agama yang
boleh di olah mengikut citarasa kontemporari. Contohnya, penyataan
tentang Nabi Muhamad sebagai pesuruh Allah SWT tidak dimasukkan kedalam
prinsip utamanya. Sedangkan penyataan yang pendek ini akan mencakupi
seluruh ajaran Islam kerana seluruh ajaran Islam (daripada Quran dan
Hadith) adalah datang daripada mulut dan tingkahlaku manusia terpilih
ini. Dengan memasukkan penyataan Muhammad Rasulullah ini kedalam prinsip
Islam Had-hari, ianya akan menjadi lengkap dan tak perlu lagi nak
membicarakan tentang prinsip no 2 hingga 10. 

Pada hemat saya, prinsip no 2 hingga 10 adalah "marketing technique"
khas ditujukan supaya Islam yang mahu disampaikan berbentuk
kontemporari, moden dan segar. Juga ia dirangka khas untuk menarik minat
bukan Islam supaya mereka berpendapat Islam adalah agama yang tidak
mengongkong dan selaras dengan peredaran zaman. Ia juga ditafsirkan
sebagai Islam yang selaras dengan tafsiran "modern society" oleh barat.

 Jika Islam dipromosikan sebegitu rupa, maka hilanglah kehebatan Islam
yang dikatakan tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi dari Islam. Islam
tidak memerlukan pembaharuan dari segi asas mahupun dari segi marketing
gimmic. Islam berdiri dengan sendiri diatas bumi ini selagi mana
dikehendaki oleh Penciptanya. Manusialah yang memerlukan Islam dan
bukannya Islam. Allah tidak memerlukan pengakuan manusia untuk
mengikhtiraf DiriNya sebagai Tuhan. Allah berdiri dengan sendiri sebagai
Rabb tanpa perlu sokongan dari sesiapa.

Hanyasanya manusia yang mengakui Allah sebagai Rabb adalah orang yang
membuat kebaikan pada dirinya sendiri dan orang yang tidak mengakui
Allah  sebagai Rabb adalah orang yang menzalimi dirinya sendiri. Pada
hemat saya Islam Had-hari ini ada hadnya dan ada harinya.

Hadnya ialah, Islam yang hendak disampaikan tidak mencakupi seluruh
ajaran Islam yang syumul. Ada hadnya, ada batasan supaya bersesuaian
dengan citarasa kontemporari manusia sekular. Ada harinya ialah, ianya
akan lenyap secara tidak disedari sebagaimana konsep "Islam sebenar"
yang di bawa oleh seorang bekas perdana menteri Malaysia. Hari ini
adalah hari Islam Had-hari. Hari esok akan timbul konsep yang lain pula.
Semuanya adalah untuk memenuhi tuntutan nafsu manusia.       
  
       
 
  
  



>>> "Ahmad.Yani"  01/07/2005 09:54:59 >>>
Tiada dayaku mensejahterakan kalian melainkan Dia.

Maafkan hamba terlebih dahulu dan tiada niat untuk melangkaui coretan
tuan hamba. Cuma hamba merasa wujudnya kekeliruan di hati ini. Coretan
oleh abuya tuan hamba seolah-olah 'membantai' akan perjuangan aliran
sekularism oleh pemimpin2 di zaman ini yang menjadikan istilah 'ISLAM
HADHARI' sebagai slogan agama.

Tetapi pada dasarnya abuya tuan hamba juga menyokong istilah 'ISLAM
HADHARI' itu, lalu menghasilkan baham ilmiah berkaitan dengan
sokongannya terhadap istilah tersebut.

Tetapi sekiranya nukilan tersebut membantai akan pemimpin2 yang hanya
suaranya menyatakan keislaman tetapi hakikatnya hanya wujud sifat2
'KESYAITANAN', maka amat bertepatan sekali nukilan tersebut.

cari AKU di dalam aku, AKU wujud terang-terang.

grad, it wrote:

>
>
> Abuya wrote:
>
>      Bismillahirrahmanirrahim 17-05-05-01
>      Waktu Dhuha
>
>      Kelemahan Umat Islam seluruh dunia dimasa ini seperti
>      yang diceritakan dibawah ini,
>      Haraplah diambil perhatian agar sedar diri supaya
>      dibetulkan,1.Tuhan tidak diambil peduli lagi,
>      2.Hukum hakam Tuhan tidak diambil kira di dalam sebarang
>      perkara
>         lebih-lebih lagi mengenai negara,
>      3.Pemimpin berusaha menjadi pemimpin dengan tujuan
>        peribadi bukan agama, bangsa dan negara,
>        Samada pemimpin besar mahupun pemimpin kecil,
>        Pemimpin parti mahupun pemimpin negara dan negeri,
>        Pemimpin jemaah atau pemimpin politik atau parti,
>      4.Orang ramai yang menyokong pun tujuan peribadi,
>       Agama, bangsa dan negara hanya sebagai strategi
>       penyedap hati,
>      5.Pemimpin jarang lebih pandai daripada
>      pengikut-pengikutnya,
>       Kerana itulah pemimpin kurang dihormati tapi ditakuti,
>       Dihadapan pura-pura hormat, dibelakang dicaci maki,
>      6.Para pemimpin jarang memberi ilmu,
>      7.Hanya paksa, mengarah dan marah-marah,
>      8.Untuk menyorok kelemahan diri para pemimpin mencipta
>        istilah sebagai slogan,
>      9.Mereka sendiri pun tidak faham apa yang diperjuangkan,
>        Seperti melaungkan jati diri, memperkasa bangsa, wira,
>        Seolah-olah itu satu perubahan atau satu
>      kemajuan,10.Masing-masing faham, pemimpin faham, pengikut
>      pun faham,
>       Tapi sengaja dibiarkan, kerana masing-masing ada
>      kepentingan peribadi,
>      Kerana itulah selepas merdeka, Umat Islam tidak berubah,
>      Yang berubah slogan dan istilah,
>      Perangai tidak berubah,
>      Yang berubah kepentingan peribadi, hidup nafsi-nafsi,
>      Agama, bangsa dan negara menjadi mangsa. Nukilan:Ust.Hj
>      Ashaari Muhammad
>
>
>
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
> http://mail.yahoo.com 
>
>
> -
>
------------------------------------------------------------------------
>
> All views expressed herein belong to the individuals concerned and
do
> not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless
> sanctioned or approved otherwise.
>
> If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to
> get a daily digest of emails by logging-on to
> http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or
> email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
> title "change to daily digest".
>
>
-----------------------------------------------------------------------
> YAHOO! GROUPS LINKS
>
>    +  Visit your group "hidayahnet" on the web.
>
>    +  To unsubscribe from this group, send an email to:
>       [EMAIL PROTECTED] 
>
>    +  Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of
>      Service.
>
>
-----------------------------------------------------------------------
>
--
Brgds,
Ahmad Yani Rahmat
Schenker Logistic (Malaysia) Sdn Bhd (147186 - D)
Sales & Marketing Department,
Malacca Branch Office,
No. 1,3 & 5, Jalan T.T.C. 7,
Taman Technologi Cheng,
75250 Melaka, Malaysia.
Tel. : +606 - 336 5117/ 336 8646
Fax. : +606 - 335 1677
Mobile : +6012-304 6845
URL: www.schenker.com.my 

Trading is subject to the Federation of Malaysian Freight Forwarders
(FMFF) Standard Trading Conditions which is supplied on request, these
conditions limit or exempt the company's liability in certain
circumstances.

This message is intended only for the use of the individual or entity
to
whom it is addressed. It may contain confidential or legally
privileged
information. If you are not the intended recipient you are hereby
notified that any disclosure, copying, distribution of this
information
is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this
communication in error, please notify us immediately by responding to
this email and then delete it from your system. Schenker is neither
liable for the proper and complete transmission of the information
contained in this communication nor for any delay in its receipt.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------



DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. 
If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, 
distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. 
If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa 
Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and 
other information in this e-mail that do not relate to the official business of 
Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be 
understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa 
Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising 
from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is 
excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke