Assalamualaikum,
Untuk pengetahuan tuan/puan dan saya supaya kita amal dan sampaikan Insya Allah.
Hadis 1
Abu Hurairah r.a. memberitahu bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh Hamba Ku. Adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Ku. Jika dia mengingati Aku di dalam hatinya,
maka Aku akan mengingatinya di dalam hati Ku, dan jika dia mengingati Ku dalam jemaah, maka Aku mengingati dia dalam jemaah yang lebih baik (jemaah para malaikat yang maksum dan suci dari segala dosa). Apabila hamba Ku mendekati Ku sejengkal, Aku akan dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Ku sehasta, Aku dekati dia sedepa. Dan bila dia datang mendekati Ku dengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari.
Keterangan
Kita hendaklah sentiasa mengharapkan kurnia dan rahmat dari Allat s.w.t. dan jangan sekali-kali berputus harap dari rahmatNya. Walaupun kita sedar bahawa kita berdosa dan telah melampaui batas yang mana kita percaya bahawa segala dosa dan kesalahan kita itu pasti akan dibalas. Namun jangan sekali-kali berputus harap dari rahmat Allah s.w.t. Kemungkinan besar bahawa Allah s.w.t. mengampuni dosa kita dengan sifat Maha Pengampun dan Maha PenyayangNya. Baginda s.a.w. menziarahi seorang sahabat muda yang berada dalam sakaratul maut, lalu Baginda s.a.w. bertanya, "Apakah hal kamu ini?". Jawabnya, "Ya Rasulullah, aku mengharapkan rahmat Allah dan aku takut denganNya kerana dosa-dosa ku". Baginda s.a.w. bersabda, "Jika demikian, nescaya Allah s.w.t. mengurniakan apa-apa yang diharapkan dan menyelamatkan dari apa yang ditakuti." (JAMI'UL FAWA'ID)
Hadis 2
Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Baginda s.a.w. bertanya kepada para sahabatnya, r.a.
"Mahukah kamu aku khabarkan mengenai sebaik-baik amalanmu yang amat suci disisi Allah yang meninggikan darjatmu ke peringkat yang tertinggi sekali, yang lebih mulia daripada menafkahkan emas dan perak (di jalan Allah) yang lebih utama daripada menghadapi musuh di tengah-tengah medan jihad, maka kamu tanggalkan lehernya atau mereka menanggalkan lehermu? Para sahabat r.a. berkata bahkan: "Apakah itu Rasulullah?" Maka Baginda s.a.w. menjawab, "Dzikrullah".
Keterangan
Fadhilat dan keutamaan dzikrullah yang diterangkan oleh Baginda s.a.w. adalah berkaitan dengan masa dan keadaan secara keseluruhannya, kerana kadang kala, pada keadaan tertentu, sedekah, jihad dan urusan-urusan lain lebih utama. Kelebihan dan fadhilat amalan-amalan tersebut ada disebutkan di dalam beberapa hadis kerana kelebihanya adalah berkaitan dengan keadaan tertentu sedangkan kelebihan dan kepentingan dzikrullah adalah pada setiap masa. Nabi s.a.w pernah bersabda, "Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan segala kekotoran. Maka demikian itulah penggosok hati ialah dzikrullah".
Wallahu a'lam
Sell on Yahoo! Auctions - No fees. Bid on great items.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
