Di Sini Kita Bermula .. Dr. Omar bin Yaakob 23. Hadis bukan rekaan atau imaginasi
Sekiranya di teliti, sebenarnya semua riwayat-riwayat hadis sahih telah melalui satu kaedah penapisan yang saintifik dan ketat oleh ulama hadis. Hadis bukan biografi kerana biografi seorang tokoh tidak melalui sistem ini. Melalui kaedah ini, ulama hadis berusaha keras memastikan kebarangkalian 'fabrikasi' dapat diminimumkan. Misalnya mereka memastikan semua 'sanad' (chain of narration) riwayat tersebut bersambungan tanpa putus sehingga kepada Rasulullah s.a.w.. Juga dipastikan perawinya adalah orang yang boleh dipercayai. Setiap perawi diperiksa untuk memastikan beliau ialah orang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh, yang yakin tentang dosa-pahala, sedar tentang besarnya dosa berdusta atas nama Rasul s.a.w.. Begitu juga mereka menyiasat untuk memastikan bahawa seseorang perawi pernah bertemu dengan perawi yang sebelumnya dan seterusnya. Salah satu alasan yang mungkin boleh digunakan oleh orang yang mempertikaikan kesahihan hadis ialah 'pendustaan' oleh sumber pertama yakni para sahabah (na'uzubillah) dan perawi seterusnya. Tetapi jika dipertimbangkan daripada 'well-documented fact' bagi para sahabat, perkara 'berbohong di atas nama Nabi s.a.w.' ini adalah sesuatu hampir mustahil. Bagaimana mungkin satu generasi yang bermandi darah dan keringat bersama Nabi untuk menegakkan tamaddun manusia bermoral boleh meruntuhkan tamaddun tersebut dengan cara tidak bermoral i.e. berdusta atas nama Nabi s.a.w.? Satu persoalan yang lagi yang patut ditimbulkan.. untuk apa perlu perawi berdusta atas nama Nabi s.a.w.? Apakah kepentingan (interest) peribadi atau kumpulan yang didapati untuk mereka berbuat demikian sedangkan hampir kesemua daripada hadis-hadis sahih tidak langsung memberi malah menjanjikan apa-apa keistimewaan atau kepentingan kepada golongan atau individu tertentu; baik siperawi, maupun orang lain. Kebanyakannya daripada hadis merupakan hanya laporan yang 'straightforward' tentang peribadi, ucapan dan perbuatan Rasululullah mengenai prinsip-prinsip asas Islam dan cara melaksanakannya secara praktik. Untuk apa seorang yang telah bergadai nyawa dengan Nabi s.a.w. menggadaikan maruahnya dengan menyatakan sesuatu yang kononnya "tak pernah dibuat atau diucapkan oleh Nabi"? Apa pula untungnya seorang perawi di generasi lainnya kononya "berdusta" dengan meriwayatkan misalnya bahawa Nabi menyuruh kita "makan dengan tangan kanan" atau "memulakan sesuatu pekerjaan dengan Bismillah"? Jelas di sini bahawa periwayat hadis tidak mempunyai interest/kepentingan yang hendak dijaga atau diperolehi ketika mereka meriwayatkan hadis-hadis tersebut. Selain daripada itu, harus diingat bahawa kebanyakan hadis diriwayatkan oleh lebih dari satu sanad (chain of narration). Ini bermakna, ramai sahabat yang meriwayatkan perbuatan atau perkataan Nabi secara berasingan kepada generasi seterusnya yang berasingan sehingga melahirkan 'chain of narration' yang berbeza tetapi meriwayatkan sesuatu laporan yang sama atau hampir sama. Sesungguhnya, tidak ada tokoh lain di dunia ini yang setiap laporan mengenai perkataan dan perbuatannya diberikan tapisan yang begitu teliti dan rapi. Ini tidak syak lagi menjadikan laporan dan riwayat yang dilaporkan oleh kitab-kitab hadis sahih sebagai fakta sejarah yang tidak dapat ditolak. Rasululah telah benar-benar memperkatakan apa yang diriwayatkan, membuat seperti apa yang telah diriwayatkan dan mengakuri sebagaimana yang diriwayatkan di dalam kitab-kitab hadis sahih. ..bersambung inshaAllah -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
