From: Hafiz Firdaus
Terbitan buku baru

Assalamualaikum waRahmatullah,

Alhamdulillah, suka cita dimaklumkan terbitan dua buah
buku baru:

PERTAMA:

Judul: Sembahyang Jamak Dan Qasar Adalah Sedekah Allah


Pengarang: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

Penyunting: Hafiz Firdaus Abdullah

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 8.5 x 6, 76 mukasurat

Harga: RM8.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Apabila membaca judul di atas, pasti ada yang berkata:
“Isyy! Lagi-lagi bab jamak & qasar. Bukankah sudah ada
banyak buku dalam bab ini di pasaran?”

Dijawab, buku Jamak & Qasar memang banyak di pasaran,
akan tetapi ia juga banyak dipenuhi dengan pelbagai
syarat yang pada asalnya tidak pernah disyaratkan oleh
Allah dan Rasul-Nya. Sehinggakan Jamak & Qasar yang
memiliki objektif asal memudahkan umat berakhir
menjadi satu kesukaran bagi umat.

Buku kali ini berbeza dengan buku yang lain. Ia
menerangkan Jamak & Qasar sebagai satu kemudahan yang
bebas daripada pelbagai syarat itu dan ini. Melalui
buku ini, Jamak & Qasar kembali sebagai satu sedekah
dari Allah dan bukan keberatan daripada manusia.

===================================

KEDUA:

Judul: Himpunan Risalah Dalam Beberapa Persoalan Ummah
(Buku 3)

Penyusun: Hafiz Firdaus Abdullah (www.al-firdaus.com)

Penerbit: Jahabersa, Johor Bahru.

Saiz buku: 7 x 7, 217 mukasurat

Harga: RM17.00

Di mana: Kedai-kedai yang biasa menjual buku agama
terbitan Jahabersa. Atau pesan terus dari penerbit di
07-235 1602.

Ulasan ringkas:

Buku ini merupakan siri ketiga dalam menghimpun
beberapa risalah terhadap beberapa persoalan umat
Islam terkini. Risalah-risalah yang terkandung dalam
siri ketiga ini ialah:

1. Niat Dan Amal.
(Kupasan Hadis 40 Imam al-Nawawi, Hadis no:1)
Hafiz Firdaus Abdullah

2. Penyelesaian Rabbani Bagi Masalah Ekonomi.
Shabnam Mokhtar & Siti Manisah Ngalim

3. Manhaj Ahlus Sunnah Wal Jama’ah Dalam Isu Takfir.
Mohd. Yaakub bin Mohd. Yunus

4. Apakah Wahabi?                       
Abu Ubaidah Al Atsari dan Abu Usamah

5. Kontraversi Dakwaan Ibn Batutah Terhadap Ibn
Taimiyyah.
Dr. Mohd. Asri b Zainul Abidin

6. Jawapan Kepada Astora Jabat Berkenaan Hukum
Mengucapkan Merry Christmas.                 
Hafiz Firdaus Abdullah

7. Tuhan Islam Kejam?           
Hafiz Firdaus Abdullah

8. Hukum Kerjaya Yang Memiliki Unsur-Unsur “Tidak
Halal”.
Hafiz Firdaus Abdullah

9. Hukum Kenajisan Anjing: Satu Penilaian Semula.
Hafiz Firdaus Abdullah

10. Tsunami!           
Hafiz Firdaus Abdullah

Sila forward kepada rakan dan forum yang lain untuk
manfaat kita bersama.

Wassalam.



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke