Di Sini Kita Bermula..
Dr. Omar Yaakob

24.  Hadis:Fakta sejarah yang mempunyai legal-standing

Daripada perbincangan sebelum ini, telah jelas bagi kita bahawa rekod
laporan/riwayat yang termaktub di dalam kitab-kitab hadis sahih telah
melepasi penelitian dan penapisan yang rapi bagi menjamin
kesahihannya. Ini bermakna apa yang ternyata itu benar-benar 
mencerminkan kehidupan Rasululah, perbuatan dan tutur katanya.

Setakat ini  kita belum melihat gambaran alternatif kehidupan baginda
selain daripada yang diutarakan di dalam koleksi hadis sahih. 
Kumpulan anti-hadis gagal membuktikan Rasululullah dan para sahabat 
menjalani kehidupan, melakukan atau menuturkan selain daripada apa
yang tertera di adalam hadis-hadis sahih.

Bertolak daripada noktah ini, mari kita lihat persoalan yang kedua;
adakah perbuatan dan perkataan Rasulullah mempunyai legal standing
sebagai sumber primer dalam Islam?

Menurut dakwaan golongan anti-hadis, bagaimana sahih sekalipun riwayat
dari Nabi, ianya hanyalah merupakan catatan sejarah yang tidak
bermakna;  tidak memberi erti kepada agama Islam yang diturunkan oleh
Allah SWT.  Menurut mereka apa yang ada dalam al-Quran itulah yang
kita diwajibkan mengikutinya, yang lain daripada itu semuanya tidak
boleh diambil kira dalam menetapkan prinsip-prinsip asas Islam serta
hukum hakamnya.

Satu persoalan yang harus dijawab ialah, sekiranya benar Rasulullah
berkata atau berbuat seperti yang diriwayatkan, maka kenapakah baginda
bertindak demikian?
Adakah hanya kerana baginda menurut adat resam orang Arab di sekitar
baginda semata-mata?
Atau baginda bertindak secara tabi'i/natural sepertimana orang lain
juga bertindak dalam keadaan yang baginda hadapi?
Atau baginda sengaja mengada-ngadakan cara dan perbuatan yang
sebenarnya tidak ada kena mengena dengan Islam yang Allah turunkan
melalui al-Quran.

Sekiranya kita meneliti sejarah hidup baginda, meneliti tiap-tiap
tutur-kata dan perbuatan baginda, jelas jawapan bagi
persoalan-persoalan di atas adalah negatif.
Jelas kepada kita bahawa baginda tidak hanya mengikut cara yang
dilakukan oleh nenek-moyang baginda.
Juga, walaupun terdapat perkara yang dilakukan oleh baginda yang
merupakan perkara yang tabii sebagai seorang manusia dan seorang Arab,
tetapi dalam banyak hal yang lain jelas baginda tidak semata-mata
melakukan perkara yang tabi'i/ natural yang dilakukan oleh orang lain
di dalam kedudukan beliau.
Menuduh baginda mengada-adakan sesuatu yang tidak diperintah oleh
Allah adalah satu pendustaan yang membawa kepada kekafiran...
astaghfirullah.

Kita ambil satu contoh satu perbuatan dan perkataan yang masyhur
'widely reported' berkenaan baginda yakni mengenai solat. Menurut
golongan anti-hadis, al-Quran kononnya menyuruh kita solat tiga kali
sehari; pagi, petang dan malam. Tetapi terdapat banyak hadis yang
menegaskan bahawa Rasulullah melalui perkataan dan perbuatannya
menunjukkan bahawa solat fardhu lima kali sehari.  Riwayat-riwayat
mengenai ini sahih belaka.  Bahkan kita yakin bahawa tidak ada
kepentingan peribadi  bagi seseorang hendak meriwayatkan hadis seperti
itu secara palsu.

Sesudah kita yakin bahawa semua yang diriwayatkan mengenai solat lima
waktu itu adalah sahih dan fakta sejarah, cuba kita pertimbangkan
sebab Rasulullah melakukan atau mengatakan sedemikian?  Sekiranya
diteliti, baginda  bukan sekadar mengikuti  tradisi Arab, bukan juga
kerana beliau memandai-mandai.  Maka kita tidak boleh membuat
kesimpulan lain selain daripada bahawa Rasulullah melakukan dan
menyebutkan yang demikian sebagai penjelas kepada ayat yang
menyebutkan solat dilakukan pada waktu pagi, petang dan malam.

Begitu juga mengenai tata-cara solat. Menurut golongan anti-hadis,
al-Quran tidak menjelaskan tata-cara solat dan oleh kerana  Rasulullah
cuma solat seperti yang dikerjakan oleh orang-orang Arab ketika itu,
maka mereka boleh solat mengikut apa cara yang mereka suka!  Ini jelas
bertentangan dengan sejarah kerana sejarah menerangkan bahawa cara
solat Nabi seperti yang diterangkan di dalam hadis-hadis sahih tidak
pernah dibuat oleh orang Arab sebelum baginda.

..Bersambung inshaALLAH..





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke