Siapa disebalik pengeboman di London? Oleh: Khadija Abdul Qahaar, JUS http://www.maynetwork.net
Bagi sesiapa yang mengikuti perkembangan dunia, maka boleh dikatakan bahawa hanya masa sahaja yang akan menentukan bila serangan di United Kingdom akan berlaku, terutamanya kerana peranan yang telah dimainkan oleh Britain dalam pembunuhan kejam di Afghans dan Iraq dan sokongan membutanya terhadap apa yang Bush namakan sebagai Memerangi Keganasan. Walau bagaimanapun, ia kelihatan bahawa kejadian tersebut mungkin bukan dilakukan oleh al-Qaeda. Di saat al-Qaeda terus dipersalahkan di atas kejadian yang membunuh 45 orang dan mencederakan seramai 300 yang lain, apabila tiga bom meletup pada rangkaian keretapi bawah tanah London dan yang keempat meletup dalam sebuah bas dua tingkat pada pagi hari Khamis yang sibuk, terdapat banyak keraguan dan kecacatan dalam apa yang dinamakan sebagai laporan rasmi yang dikatakan telah dikeluarkan oleh "Pertubuhan Sulit al-Qaeda di Eropah". Sebelum ini sebuah kumpulan yang tidak dikenali telah mengedarkan dakwaan bahawa mereka bertanggungjawab di atas kejadian tersebut sebaik sahaja kejadian tersebut berlaku, satu salinan telah diterima oleh JUS. Walau bagaimanapun kenyataan tersebut terdapat kesilapan di dalamnya yang menunjukkan kepada kita bahawa bahan tersebut bukannya dari kumpulan al-Qaeda. Selama ini, JUS telah menterjemah kenyataan al-Qaeda setiap hari untuk menceritakan kepada pembaca kisah yang sebenar berlaku dalam Memerangi Keganasan dan kami dapati banyak masalah dengan apa yang dinamakan sebagai kenyataan rasmi ini. Pertamanya, kenyataan al-Qaeda akan dihantarkan dulu kepada wartawan Arab dan bukannya dari BBC atau Reuters. Kenyataan ini mula ditimbulkan dalam media utama dan selepas itu baru diambil oleh media Arab di mana ia amat bercanggah dengan apa yang pernah dilakukan oleh al-Qaeda sebelum ini. Fakta ini sahaja telah menyebabkan kesahihan kenyataan tersebut diragui. Kedua, Bahasa Arab yang digunakan dalam dakwaan tersebut adalah salah dari segi nahunya. Kenyataan al-Qaeda kebiasaannya menggunakan bahasa Arab yang biasanya menurut bahasa ibunda mereka. Mungkin yang paling penting ialah penggunaan ayat al-Quran yang salah dan tidak lengkap dalam kenyataan dakwaan tersebut. Mungkin kesilapan nahu boleh dimaafkan tetapi bagi saudara Tauhid atau pejuang mjahiddin yang hidup dan mati mereka demi kerana ayat-ayat Allah SWT akan pasti mengetahu ayat Allah dengan tepat dan tidak akan melakukan kesilapan yang di anggap besar ini. Lebih kurang empat bulan yang lalu, khabar angin tentang serangan di UK mula ditimbulkan apabila pemimpin kumpulan muhajirun yang telah diharamkan, Omar Bakri Muhammad mengisytiharkan Britain sebagai Dar al-Harb (Bumi yang dihalalkan perang) yang menimbulkan keresahan di seluruh Britain termasuk umat Islam. Malah ada yang membuat rumusan bahawa Bakri dan beberapa pengikutnya telah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dengan serangan yang berlaku pada pagi tersebut. Tetappi agak mustahil bagi beliau yang selama ini mendapat segala kemudahan hidup di London sanggup melakukan serangan tersebut. Mungkin dalam masa akan datang al-Qaeda akan dipersalahkan melakukan serangan tersebut tetapi mmereka tidak boleh mengaitkannya dengan dakwaan bertanggungjawab yang telah tersebar dengan meluas sekarang ini. Walau apapun yang dapat didedahkan melalui hasil penyiasatan yang mereka lakukan, mereka masih tidak akan mendapat sokongan dari rakyat dalam menyerang Iraq. http://www.maynetwork.net -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
