PAS kunjungi pejabat Suruhanjaya Britain ucap takziah
Friday, July 08 @ 13:29:47 MYT


Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Hrkh) - Enam pemimpin utama PAS telah mengunjungi Pesuruhjaya Tinggi Britain, di Jalan Ampang sebentar tadi bagi menyerahkan ucapan takziah kepada kedutaan itu berhubung tragedi pengeboman di Britain yang berlaku semalam.

Rombongan yang diketuai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa itu menyerahkan sepucuk surat ucapan takziah kepada Ketua Bahagian Ekonomi, Politik dan Diplomasi Awam Pesuruhjaya Tinggi Britain di Malaysia, Edward Hobart di sini.

Surat takziah itu diserah kepada Hobart untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Britain, Tony Blair.

Turut hadir ialah, Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaafar; Bendahari, Dr Hatta Ramli, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan Hanipa Maiden.

Menurut Kamaruddin, PAS sendiri mengutuk serangan tersebut yang disifatkan sebagai tidak berperi kemanusiaan.

Beliau juga menggesa, pemimpin negara G8 yang sedang bermesyuarat di Scotland itu segera mencari penyelesaian terhadap isu-isu global ekonomi dan politik yang dipercayai menjadi punca kepada keganasan.

"Keganasan dan pembunuh orang awam adalah bertentangan dengan prinsip Islam," katanya.

Sementara itu Hobart yang bercakap bagi pihak kedutaan Britain di Malaysia berkata, pihaknya mengalu-alukan ucapan takziah itu.

Katanya lagi, beliau menghargai kunjugan rasmi PAS dalam masa negaranya dilanda tragedi yang menyedihkan.

Menurut laporan laman web BBC sehingga kini serangan tersebut yang berlaku jam 7.51 pagi waktu tempatan melibatkan tujuh letupan di rangkaian stesen kereta api bawah tanah termasuk sebuah bas dua tingkat menyebabkan 37 orang terbunuh dan lebih 700 cedera. - wn/mks.


Get My Web - a better way to save web pages


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke