BI punca siswazah gagal penuhi pasaran kerja ICT

PEKAN 9 Julai - Laporan lengkap mengenai kegagalan siswazah memenuhi keperluan pasaran kerja dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dibentangkan kepada Kabinet, bulan ini.

Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaludin Jarjis, antara masalah yang dikenal pasti berdasarkan maklum balas yang diberi ialah kegagalan siswazah untuk berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dengan lancar.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang giat mengumpul maklumat dan data penting daripada syarikat-syarikat besar yang bekerjasama dengan kementerian sebelum laporan itu dibawa ke Kabinet.

``Data-data yang kita kumpul ini mencakupi pelbagai aspek termasuk kecekapan siswazah dari segi bahasa dan komunikasi,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Kali Ke-8 Sesi 2005/2006 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, di sini hari ini.

Jamaludin diminta mengulas perkembangan terkini kajian terhadap masalah siswazah universiti tempatan dan luar negara dalam memenuhi pasaran kerja di bidang ICT.

Kementerian itu dikatakan sedang berusaha mendapatkan maklumat melalui 71 syarikat multinasional yang terlibat dalam Pesta Pekerjaan Koridor Raya Multimedia (MSC) Untuk Industri ICT yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), baru-baru ini.

Menurut Jamaludin, pihaknya akan melakukan tinjauan menyeluruh bagi memastikan masalah itu dapat diatasi dengan berkesan.

``Kita kena tinjau, maklum balas syarikat-syarikat besar mengenai kekurangan yang dilihat tentang bekalan tenaga kerja sebelum ia dikemukakan ke Kabinet,'' ujarnya.



Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke