Monday, July 11 @ 10:13:30 MYT
Oleh HELMI KHALID
ALOR STAR, 11 Julai (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) maju setapak lagi dalam bidang pendidikan apabila bakal membuka Sekolah Integrasi Faizin (Saif) bermula awal sesi persekolahan 2006 nanti.
Ini diumumkan Ketuanya, Musoddak Haji Ahmad yang begitu komited bahawa Saif bakal berdaya saing serta mendapat sambutan terutamanya di kalangan ahli-ahli PAS.
Sejak awal 90-an lalu, DPPNK telah pun berjaya melalui penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (Sridu) di Tandop, dekat sini yang kini mempunyai aset bernilai melebihi RM2 juta.
Saif bakal beroperasi di Pekan Guar Cempedak, Jerai, menggunakan bekas Madrasah At-Taklimiah Al-Halimah (Lelaki) atau lebih dikenali sebagai Pondok Pak Ya.
(Gambar: Bagi merealisasikan Saif, Pemuda Kedah bergotong royong membersihkan Pondok Pak Ya di Guar Cempedak, baru-baru ini, Saif akan memulakan persekolahan pada awal 2006 di bangunan tersebut.)
Bangunan tersebut yang mempunyai empat blok pengajian, sebuah surau, gelanggang permainan dan padang dijangka dapat dimanafaatkan sebaik mungkin.
Menurut Musoddak yang juga Exco Pemuda PAS Pusat, penubuhan Saif juga bakal menjadi sekolah alternatif kepada ahli dan masyarakat amnya untuk melihat sistem pengajian Islam akan terus subur tanpa mengabaikan aliran pendidikan perdana.
Tenaga penting yang menghasilkan kejayaan Sridu, Ustaz Mohd. Fauzi Hussain dilantik sebagai Pengerusi Badan Bertindak Saif, sementara Exco DPPNK, Ustaz Mohamad Ismail selaku setiausaha.
Seperti juga di Sridu, Saif turut menyediakan kemudahan asrama bagi pelajar yang tinggal jauh dari sekolah.
Menurut Ustaz Fauzi, beliau turut yakin Saif juga akan menerima pelajar dari luar negeri Kedah sepertimana sambutan terhadap Sridu.
Selain itu, Sridu turut memiliki sebuah koperasi, pusat dobi pelajar, klinik untuk pelajar dan kumpulan nasyid di kalangan pelajar yang sering menerima undangan dari beberapa pihak sempena hari perasmian tertentu.
"DPPNK yakin dengan segala pengalaman yang dimiliki melalui Sridu ini akan diterapkan di Saif kelak di samping mengakui mempunyai beberapa guru berpengalaman untuk menabur bakti termasuk pandangan dari bekas-bekas pensyarah, guru besar dan guru telahpun diadunkan bagi tujuan menyediakan suasana pembelajaran terbaik," ujar Musoddak.
Sehubungan itu sumbangan berbentuk kewangan amat-amat diperlukan bagi merealisasikan impian besar ini.
Menurut Musoddak lagi, adalah dianggarkan lebih RM1 juta diperlukan untuk pengurusan awal Saif, untuk keterangan lanjut, DPPNK boleh dihubungi di talian 04-731 0659 yang beralamat di Pejabat Dewan Pemuda PAS Kedah, Tingkat 2, Bangunan PAS Kedah, Jalan Kota, 05000 Alor Star, Kedah.
Sumbangan juga boleh dibuat melalui akaun Bank Islam: Tabung Pendidikan Islam Kedah (2011010058929).
-zs
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
---- LSpots keywords ?> ---- HM ADS ?>
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
