Terjemahan Al-Quran ini dihantar secara PERCUMA kepada ahli dari
masa kesemasa bermula dari surah pertama (Al-Fatihah) hingga ke
Surah 114 (An-Naas). 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SURAH AN-NISAA' (Ayat 19 ~ 22)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[19] Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi 
perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu 
menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu 
hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan 
kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang 
nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) 
dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada 
mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru 
menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang 
Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang 
banyak (untuk kamu). 

[20] Dan jika kamu hendak mengambil isteri (baru) menggantikan 
isteri (lama yang kamu ceraikan) sedang kamu telahpun memberikan 
kepada seseorang di antaranya (isteri yang diceraikan itu) harta 
yang banyak, maka janganlah kamu mengambil sedikitpun dari harta 
itu. Patutkah kamu mengambilnya dengan cara yang tidak benar dan 
(yang menyebabkan) dosa yang nyata? 

[21] Dan bagaimana kamu tergamak mengambil balik pemberian itu 
padahal kasih mesra kamu telah terjalin antara satu dengan yang lain 
dan mereka pula (isteri-isteri kamu itu) telahpun mengambil 
perjanjian yang kuat daripada kamu? 

[22] Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang 
telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku 
pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara 
yang keji dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk 
jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Semuga ia memberi manafaat bagi mereka yang membaca dan memahaminya.
Sila buat rujukan kepada guru yang mursyid untuk maksud yang lebih
tepat berdasarkan sebab turunnya ayat bukan diatas tafsiran sendiri.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila forwardkan semuga penerimanya mendapat menafaat & petunjuk.
Untuk melanggan : [EMAIL PROTECTED]
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke