[EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamu'alaikum

Alhamdulillah. Terima kasih Ustaz [EMAIL PROTECTED]@t yang telah memaparkan definasi Ghibah dari Kitab Halal wa Haram karangan Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Syiekh al-Qaradhawi menyatakan bahawa ghibah/mengumpat tidak lain adalah kehendak menjatuhkan seseorang, menjatuhkan maruahnya dan menunggang kejayaan orang lain semasa tidak kehadirannya. Kata beliau lagi, ini adalah penyataan sikap fikiran yang semoit dan penakut. Ghibah adalah perbuatan negatif dan ia merupakan alat pemusnah.

Syiekh al-Qaradhawi juga mengemukan bahawa dibenarkan melakukan ghibah dengan 2 syarat :
1. Keperluan - terdapatnya keperluan yang penting
2. Niat - niat untuk kebaikkan

Contoh2 situasinya :-

1. Aduan mengenai ketidak adilan dan kezaliman.

2. Mencari bantuan bagi menukar sesuatu kemungkaran. Biasanya kaedah bercerita ialah tidak merujuk kepada orang tersebut dengan tepat.

3. Bagi mendapatkan fatwa baru. Cara yang sama, identiti orang tersebut tidak didedahkan, maka Mufti akan memberi fatwa atas apa yang diadukan.

4. Memberi amaran kepada orang Islam yang lain mengenai kejahatan seseorang yang boleh mengancam masyarakat.
--------------

Dari apa yang anda ceritakan, tidaklah kami rasakan perkara tersebut merupakan ghibah, malah ia merupakan pujian. Akan tetapi, tujuan memuji itu bukan untuk menimbulkan keburukan dan bahaya kepada orang tersebut. Mengenai pujian, bekas Professor Syariah dari Universiti Kaherah, Dr Rif'at Fawzi berkata :

"Perhubungan diantara Islam hendaklah diasaskan pada kebenaran dan keikhlasan. Tidak ada salahnya didalam Islam seseorang Islam memuji rakan Muslim yang lain selama-mana tidak wujudnya agenda yang tersorok yang boleh menjejaskan orang lain atau menyebabkan keburukan kepadanya.

Apabila seseorang Islam memuji seorang Islam yang lain, ia hendaklah semata kerana ALLAH dan bukan bertujuan mengkagumi dan perkhidmatan lidah semata2. Perkataan yang diucapkan hendaklah bayangan yang benar apa yang tersirat didalam"

Kesimpulannya, seorang Islam dibenarkan memuji saudaranya, asalkan ia bertujuan kerana Allah swt dan bukan bersifat orang munafiq iaitu lain di hati, lain dilidah.

wassalam
---------
Rujukan

1. Dr. Rif'at Fawzi. Flattering the Boss URL : http://www.islamonline.net/fatwa/english/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=113589

http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?p=37758#37758

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke