bagaimana plak isteri yang tidak menghormati suami......................
apa yang berlaku adkah disebabkan oleh suami yang tidak pandai mendidik atau mengeur beliau.sedangkan lebih baik berdiam diri dari mewujudkan pergolakan yg lebih besar dlm keluarga
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Setiap apa yang berlaku itu disebaliknya terkandung
hikmah yang harus kita cari dan renungkan.Walau apa
yang berlaku itu sungguh menyakitkan hati dan persaan
pasti ada terselit di sisi sesuatu kebaikan.
Bila kita melihat sesuatu keburukan yang berlaku di
hadapan kita katakanlah " Nauzubillah hi min zalik
".Ini lah pesan Rasulullah s.a.w. Hatta walau kita
merasakan ia tidak mungkin terjadi kepada kita kerana
kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan.
Contohnya kita punya suami yang cukup penyayang dan
baik sekali. Tapi percayalah hati seorang lelaki atau
perempuan boleh berubah.Kerana hati manusia akan yang
membolak balik.Bila ianya berlaku tidak ada siapa yang
bleh menahan lagi.
Ini adalah dari penglaman dan pengamatan saya dari apa
yang saya lihat berlaku disekeliling kita.Jadi usah
kita merasa selamat dengan keadaam kita yang bahagia
dan selesa kerana badai akan melanda bila masa
sahaja.Hanya Allah yang maha mengetahui.
Setiap yang baik itu dari Allah s.w.t dan apa yang
silap adalah dari kesilapan diri sendiri.Wallahu alam.
--- [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED] wrote:
> Wanita jadi mangsa kerana pilihan sendiri
> ``KISAH-KISAH yang dipaparkan dalam Di Celah-Celah
> Kehidupan (DCCK) banyak membuat saya tertawa, kerana
> apa yang saya lihat kebanyakan kaum lelaki cuba
> menegakkan benang basah, sementara wanita pula
> meratapi diri sendiri konon dah banyak berjasa dan
> berkorban kepada suami tetapi akhirnya dia menjadi
> mangsa suami.
>
> ``Wanita yang kecewa mendakwa jadi mangsa apabila
> suami sudah kaya dia ditinggalkan, ada juga yang
> mendakwa suami berkahwin lagi sedangkan dia sudah
> banyak berkorban harta benda, wang ringgit kepada
> suami, tetapi semuanya dilupakan setelah suami jadi
> kaya atau terjumpa wanita yang lebih baik
> daripadanya.''
>
> Demikian cerita Norwati dalam e-mel yang dihantarkan
> kepada penulis dan ketika saya menghubunginya sambil
> berbual panjang pada satu petang, sambil tertawa
> terkekek-kekek beliau menambah, kebanyakan masalah
> yang berlaku adalah berpunca daripada diri wanita
> itu
> sendiri begitu juga suami. Kerana masing-masing
> tidak
> tahu tugas atau fungsi baik sebagai isteri mahupun
> suami, bila dah kecewa mereka menyalahkan satu sama
> lain.
>
> ``Namun saya bersimpati juga dengan nasib yang
> menimpa
> mereka, malah ada kawan-kawan wanita yang datang
> bertanyakan pendapat dan pandangan saya bagaimana
> mengatasi masalah yang dihadapi atau sedang menimpa
> diri mereka. Saya juga kesian dengan nasib wanita
> yang
> teraniaya dan boleh saya katakan secara singkat di
> sini, bahawa mereka tidak tahu tugas atau fungsi
> mereka sebagai isteri, sebab itulah dianiaya.
>
> ``Sebenarnya saya bersimpati dengan kaum wanita,
> sebab
> itu bila baca kisah yang dipaparkan dalam DCCK
> termasuk kisah minggu lalu tentang kisah hidup
> Nooreen
> yang berjudul Lagak orang senang sebaliknya kaya
> hutang, di mana Nooreen tidak mengaku dirinya ego
> sebaliknya menyalahkan suami menyebabkan hidupnya
> menderita.
>
> ``Pada pandangan saya secara ikhlas kaum wanita yang
> menganggap diri mereka sebagai `mangsa' lelaki atau
> suami boleh saya golongkan mereka ini sebagai
> ``orang
> yang suka diri menjadi mangsa - playing the role of
> victims''. Mana tidaknya, mereka yang sanggup
> berkorban atas dasar cinta atau bertolak ansur
> dengan
> suami demi kebahagiaan keluarga.
>
> ``Sedangkan, sikap bodoh dan ego mereka itulah
> sebenarnya menjadi punca masalah dalam hidup mereka.
> Puan, saya ni sebenarnya tak ada sebarang ruangan
> khas
> untuk digunakan bagi memberi nasihat kepada mereka
> yang bermasalah seperti ini.
>
> ``Namun, selalu juga kawan-kawan datang, meminta
> nasihat saya. Biasanya, terdiri daripada mereka yang
> mahu berkahwin dengan lelaki yang berpendapatan
> kecil,
> berpendidikan rendah dan umur teman lelakinya jauh
> lebih rendah daripada mereka (tidak sekupulah dari
> sudut agama). Mereka bertanya kepada saya,
> ``Bolehkah
> saya kahwin dengan lelaki itu?''
>
> ``Selalunya, kawan-kawan yang meminta nasihat ini
> terdiri daripada kaum wanita yang sudah berumur. Ada
> yang dah nak masuk 40 tahun pun. Bergaji empat atau
> lima angka bahkan ada yang lebih enam ribu ringgit
> sebulan. Mereka sudah ada rumah dan kereta. Sudah
> mengerjakan haji dan pergi umrah berkali-kali. Jadi
> mereka tanya bolehkah dia berkahwin dengan lelaki
> seperti itu (bergaji kecil, berpendidikan rendah dan
> umurnya lebih muda)?
>
> ``Soalan mereka ini sebenarnya sulit untuk saya
> jawab,
> tetapi saya berikan jawapan yang lebih mudah, saya
> katakan sudah tentu tidak ada masalah kalau hendak
> kahwin tentu sahaja boleh!
>
> ``Pada pandangan saya kawan-kawan saya ini hidup
> mereka sudah jauh lebih senang berbanding dengan
> calon
> lelaki yang mereka pilih itu. Mereka sudah mempunyai
> pendapatan tinggi dan kukuh dan mereka sudah masak
> dalam mengurus hidup sendiri. Malah boleh dikatakan
> wanita golongan ini hidup mereka sudah lebih
> daripada
> bahagia dan amat selesa tanpa suami.
>
> ``Tetapi masalah mereka yang cukup besar adalah kaum
> keluarga, saudara-mara yang kaki penyibuk.
> Terutamanya
> ibu bapa sendiri yang kononnya kalau mereka mati
> nanti
> tak boleh tutup mata rapat, kalau anaknya yang dah
> berumur ini `tak diselamatkan' (tidak dikahwinkan).
>
> ``Memang pada mulanya kawan-kawan saya tu tak kisah
> sangat tentang pasangan hidup mereka, sebab
> kehidupan
> mereka sudah jauh daripada selesa. Tapi, kalau
> setiap
> masa dan ketika kalau mereka balik ke kampung kaum
> keluarga mulalah mendongengkan kisah anak dara tak
> kahwin ini, lama-lama mereka pun sudah tak larat nak
> dengar lagi.
>
> ``Akibatnya mereka terpaksa menyerah kalah.
> Mengikut!
> Jadi, sebagai kawan yang lebih berumur dan dewasa
> daripada mereka, bila mereka bertanyakan pendapat
> saya, tentulah saya jawab, kenapa tidak? Kahwinlah
> sahaja supaya ibu bapa mereka boleh menutup mata
> betul-betul rapat bila mati nanti, tapi ingatlah
> kepada beberapa nasihat saya.
>
> ``Saya memberi mereka tujuh petua, kalau nak kahwin
> juga dengan lelaki yang jauh lebih rendah pendapatan
> serta pendidikan serta berumur jauh lebih muda
> daripada diri mereka sendiri. Kata saya, kalau ikut
> tujuh petua atau panduan ini kalau terjatuh pun
> taklah
> parah sangat, sebab anda sudah bersedia. Berikut
> adalah beberapa panduan ataupun nasihat saya.
>
> ``Pertama, saya katakan kepada mereka dia hendaklah
> membeli rumah sendiri, yang sudah pasti dibeli atas
> nama anda sendiri sebelum kahwin. Namun anda mesti
> ingat petua paling penting jangan sekali-kali cuba
> merampas tanggungjawab suami. Apa itu tanggungjawab
> seorang suami? Saya percaya pembaca sendiri pun
> tahu.
>
> ``Tanggungjawab suami adalah mengurus perbelanjaan
> rumah tangga seperti membayar semua bil, membeli
> makan
> dan pakai, menjaga sakit pening isteri dan
> anak-anaknya dan lain-lain. Sedikit atau sekecil
> mana
> pun gaji suami, adalah menjadi tanggungjawab hakiki
> suami tadi menyediakan semuanya terhadap isteri dan
> anak-anaknya.
>
> ``Atas dasar apa sekalipun (contohnya, bertolak
> ansur,
> kasihan atau cinta) jangan sekali-kali kaum wanita
> mahu merampas tanggungjawab lelaki yang asas ini
> (khususnya bantu membayar segala hutang piutangnya).
> Kalau anda ambil alih tanggungjawabnya ini, suami
> akan
> cepat naik sedap (naik mua) lantas dia akan mula
> bersikap lepas tangan, hingga menyerahkan semua
> tanggungjawab seperti membayar bil atau apa sahaja
> untuk anda pikul.
>
> ``Kalau anda sudah bersedia selepas 10 tahun,
> berkelakuan seperti itu anda jangan membebel
> kemudian
> hari dengan bercerita ke sana ke sini (termasuk
> dalam
> DCCK), kononnya segala pengorbanan anda kepada suami
> selama itu tidak dihargai lagi. Anda dah terlalu
> sayang kepada suami sanggup berkorban konon, jadi
> jangan bising pikul saja, sebab anda yang nak
> berkorban atas dasar sayang konon, cintalah dan
> entah
> apa-apa lagi!
>
> ``Kedua, anda mesti bersedia menerima segala-galanya
> ikut kemampuan suami. Contohnya, kalau suami cuma
> mampu beli beras tempatan berlaukkan ikan selar
> kuning
> setiap hari, sedangkan anda biasa makan beras Siam
> harum wangi jenama termahal dan lauk ikan jenahak,
> maka anda jangan membantah, anda telan semua yang
> suami anda beli walaupun tercekik sebab tak
> berselera.
> Namun kalau sesekali teringin nak makan sedap-sedap,
> makan di tempat kerja.
>
> ``Begitu juga halnya kalau dia beli baju kain
> murahan,
> hargailah, pakailah. Sekurang-kurangnya, anda pakai
> sewaktu nak melawat ibu bapa mentua anda biar suami
> puas hati dan mentua anda lihat apa yang anda pakai.
> Jangan nak tunjuk kemewahan anda.
>
>
=== message truncated ===
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
