Apapun tuduhan mereka, konsep yang digunapakai untuk keadilan mereka terhadap umat Islam adalah
KAMU TETAP BERSALAH SEHINGGA KAMU TERBUKTI TIDAK BERSALAH
Semoga title khaira ummah dikembalikan statusnya kepada kita dalam persatuan ummatun wahidah. Sabar dan istiqamah merealisasikan impian tersebut, tidak yang lain hanya dibawah panji Ar-Raya, Khilafah Ala Minhaj Nubuwwah.
Wassalam
Dalang bom London dikenal pasti
LONDON 14 Julai - Polis Britain telah mengenal pasti identiti lelaki yang dipercayai mendalangi letupan bom di London pada minggu lepas. Lelaki British berketurunan Pakistan dalam usia 30-an tiba di sebuah pelabuhan Britain bulan lepas dan meninggalkan negara ini semula sehari sebelum serangan pada Khamis lalu, lapor akhbar Times hari ini.
Empat pemuda yang disyaki pengebom berani mati, tiga daripadanya telah dikenal pasti oleh akhbar, juga merupakan rakyat Britain berketurunan Pakistan. Keempat-empatnya dikenali sebagai Mohammed Sadique Khan, 30, Hasib Hussain, 19, Shahzad Tanweer, 22 dan seorang rakyat Britain berketurunan Jamaica, Linsey Germaine. Menurut Times, sumber keselamatan percaya dalang berkenaan terlibat dalam beberapa operasi pengganas sebelum ini dan ada hubungan dengan pengikut Al-Qaeda di Amerika Syarikat (AS). Dia dipercayai mengunjungi pengebom di bandar kediaman mereka di Leeds, utara England dan mengenal pasti sasaran-sasaran untuk dibom dalam sistem kereta api bawah tanah di London. Sumber keselamatan juga berkata, kemungkinan besar dia telah melatih empat pemuda terlibat mengenai cara untuk meletupkan bom di dalam beg galas mereka. Polis mengalihkan siasatan ke arah mencari dalang serangan sejak mengesahkan empat pengebom itu turut terbunuh dalam serangan. Setiausaha Dalam Negeri, Charles Clarke berkata semalam, tujuan siasatan sekarang adalah untuk memburu mereka yang menggerakkan, mengatur dan memanipulasi pengebom. Sementara itu, polis malam tadi turut memburu seorang pensyarah kimia rakyat Mesir yang dikaitkan dengan `kilang bom' di Leeds. Magdi El-Nashar, 33, menyewa sebuah rumah pangsa di 18, Alexandra Grove di pinggir bandar Burley. Lelaki itu yang mengikuti pengajian biokimia hingga peringkat kedoktoran di Universiti Leeds didapati telah menghilangkan diri beberapa hari sebelum keganasan di kota ini tempoh hari. Magdi dipercayai telah pulang ke
Mesir di mana pertubuhan Al-Qaeda dikatakan mempunyai pangkalan di situ. - Agensi
Start your day with Yahoo! - make it your home page
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS