KUMPULAN G8 : TOPENG NEO-IMPERIALISME
Pada 2hb Julai 2005 yang lepas, telah berlangsung konsert Live8 yang
diadakan secara langsung di 9 buah kota dunia iaitu ; London(UK),
Paris(Perancis), Berlin(Jerman), Rom(Itali), Philadelphia(US),
Barrie(Kanada), Tokyo(Jepun), Johannesburg(Afrika Selatan) dan Moscow
(Russia). Ramai artis-arti terkenal dari US, British dan lain-lain
turut sama menjayakannya. Masing-masing menyanyikan lagu-lagu popular
mereka. Ianya diadakan bersempena dengan Mesyuarat negara-negara G8 dan
kempen 'Make poverty history' yang bermaksud 'Biarlah kemiskinan
menjadi sejarah'. Ini adalah slogan bagi kempen yang disedang
dijalankan oleh negara-negara G8 di dalam usaha mereka untuk memerangi
kemiskinan di kalangan negara-negara miskin di dunia. Mesyuarat
pemimpin-pemimpin negara G8 baru-baru ini tamat pada 8hb Julai 2005
lepas yang diadakan di Gleneagles, UK. Negara-negara G8 bermaksud
kumpulan 8 negara yang terdiri daripada US, UK, Perancis, Jerman,
Itali, Jepun, Kanada dan Russia. Di
antara agenda utama yang dibawa ialah isu kemiskinan negara-negara
Afrika. Pada awalnya, ia mungkin diharapkan dapat memberi harapan
kepada masalah utama yang sedang menimpa benua tersebut. Tetapi,
setelah tamat mesyuarat, penyelesaian kepada agenda utama itu amat
mengecewakan. Walaupun negara-negara G8 bersetuju untuk menghapuskan
hutang negara-negara Afrika yang berjumlah sebanyak USD40 bilion, ia
masih belum mencukupi. Jurang di antara negara-negara membangun dan
negara maju semakin jauh. Hutang sebanyak USD40 bilion itu sebenarnya
hanyalah sebahagian bunga pinjaman yang ditanggung oleh negara-negara
Afrika. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Global Development
Finance, 2001, jumlah pinjaman termasuk bunga untuk semua negara-negara
Afrika kepada IMF berjumlah USD 2.1 trillion. Jadi, pelepasan hutang
sebanyak USD 40 billion yang diberikan oleh negara-negara G8 sebenarnya
hanyalah 2% daripada jumlah besarnya. Menurut Bank Dunia, pada tahun
1999, Angola menerima bantuan pinjaman sebanyak USD261 juta dan
membayar USD1,144 juta faedah pinjaman, Cameroon pula menerima bantuan
pinjaman sebanyak USD190 juta tetapi membayar faedah sebanyak USD 549
juta, Kenya meminjam USD 195 juta dan membayar USD716 juta sebagai
faedah pinjaman manakala Vietnam meminjam USD257 juta dan terpaksa
membayar USD1410 juta untuk faedah pinjaman.
Benarlah jika ada kata-kata daripada seorang komentator pada tahun 2002, yang mengatakan : "One kind of terrorisme hasn't been making the news recently. Its weapon is debt and it is a most efficient killer". Ia bermaksud bahawa senjata terrorisme yang paling ganas ialah tenggungan faedah dikenakan ke atas pinjaman.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh WTO, bilangan manusia yang hidup dengan kurang daripada USD12 sehari telah meningkat sebanyak 50% sejak 1980 iaitu kepada, 2.8 billion, iaitu hampir setengah daripada jumlah penduduk dunia. Seramai 642 ribu melarat disebabkan disebabkan kebuluran dan puluhan juta lagi rakyat Afrika tidak dapat bekalan air bersih dan kegagalan untuk bersekolah.
Kegagalan usaha-usaha untuk membasmi kemiskinan memerlukan sokongan politik. Kelemahan di dalam politik ini mempunyai kaitan dengan isu Ideologi. Aturan hidup yang terdapat di dalam dunia kapitalis telah melahirkan unsur-unsur materialisme. Setelah dua kurun kemunculan sekularisme di dalam dunia kapitalis, nilai dan cara berfikir masyarakat menjadi semakin tidak seimbang.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
