Perubatan Tradisional http://www.maynetwork.net Perubatan Tradisional adalah alternatif kepada perubatan moden yang telah terbukti keberkesanannya. Sejak akhir-akhir ini kesedaran di kalangan semua tentang kebaikan perubatan tradisional, khususnya penggunaan tumbuhan-tumbuhan herba, semakin meningkat.
Banyak terdapat kes-kes di mana seseorang pesakit yang telah puas berubat secara moden dan kemudiannya beralih kepada perubatan tradisional, sembuh dengan sepenuhnya. Ini munkin kerana ubat-ubat moden selalunya bersifat sementara dan bertindak untuk melegakan rasa sakit sahaja . Manakala ubat-ubat tradisional dari tumbuhan- tumbuhan herba dan akar-akar kayu bertindak ke atas punca penyakit dan seterusnya menjadi penyembuh penyakit. Selain daripada khasiat dan keberkesanannya, ubat-ubat tradisional juga dianggap lebih baik dan selamat kerana ramuannya yang asli dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia berbahaya yang boleh memudaratkan. Faktor harga juga menyebabkan ramai di antara kita yang kembali kepada perubatan tradisional. Ubat-ubatan moden adalah mahal berbanding dengan ubat-ubatan tradisional yang ada diantaranya boleh tumbuh dengan mudah di belakang rumah kita. Para pengkaji di institut-institut penyelidikan seperti MARDI dan institut-institut pengajian tinggi awam (IPTA) seperti Universiti Putera Malaysia (UPM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah membuktikan keberkesanan ubat-ubatan tradisional dan kini sedang mengusahakan untuk memproses dan mengedarkan ubat-ubatan ini dalam bentuk yang lebih mudah diambil dan didapati seperti pil dan kapsul. http://www.maynetwork.net ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ "MENCEGAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI" kerana kos untuk Perubatan adalah tinggi dan semakin meningkat.Penggunaan dadah didalam ubatan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan kita. Kajian diseluruh dunia telah mendapati bahawa produk berasaskan herba menunjukkan kesan yang amat positif dan berkesan dan telah diakui oleh pelbagai pihak. Kita mempunyai altenatif untuk kekal sihat melalui cara yang diamalkan oleh nenek moyang kita dan mereka telah membuktikannya. Sertai kami dan dapatkan maklumat kesihatan melalui : Groups : http://health.groups.yahoo.com/group/infokesihatan/ Untuk menjadi ahli : [EMAIL PROTECTED] ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ ~~~~~ -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
