Dalam Islam, keselamatan terbahagi kepada
Sebelum mengorak langkah lebih jauh untuk membincangkan masalah ini, di
Rasulullah s.a.w menyambung sabdanya lagi: Kemudian, mereka akan bertanya pemimpin mereka itu darihal apa sahaja, maka pemimpin (yang sesat) tadi akan berfatwa dengan ketiadaan ilmu. Maka, dia (pemimpin) itu sesat dan menyesatkan (pengikutnya).
Betapa seriusnya ajaran sesat ini, sehingga Rasulullah s.a.w berpesan bahawa tahap paling serius adalah ketika mana seorang pemimpin yang sesat akan menyesatkan
Berbalik kepada takrifan keselamatan di atas. Islam meletak keselamatan agama di tempat pertama mengatasi perkara lain. Dengan itu, gesaan
Dari itu, berdasarkan hadis di atas, maka wajarlah kerajaan persekutuan bertindak segera kerana kemaslahatan agama adalah suatu keutamaan dalam negara Islam Hadhari. Tidak wajar dibiarkan elemen kesesatan menumbuhkan benih kekeliruan dalam kalangan rakyat bagi tempoh yang lama. Ini petaka buruk yang melemahkan Islam Hadhari.
Ertinya, kita tidak lagi menganggap bahawa keselamatan tergugat hanya dengan dengan bukti yang menunjukkan keterlibatannya dengan militan. Tapi juga membabitkan fahaman yang mengelirukan Muslimin ke atas agama Islam sebagai agama persekutuan.
Jika tidak dengan faktor di atas, hingga peringkat manakah yang dikatakan ajaran ini boleh dianggap menggugat keselamatan negara?
Kita mestilah menginsafi bahawa perang pemikiran itu lebih banyak mudaratnya daripada perang berdarah. Sebab itu, al-Quran menjelaskan, Fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh (2:191). Dalam hal ini, telah berlaku fitnah ke atas agama Islam di mana ramai Muslimin ikut terjebak di dalam amalan dan fahaman yang mengelirukan itu.
Sementara itu, menurut kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar dalam wawancaranya (Berita Minggu, 10 Julai) yang lalu, ajaran sesat itu di bawah undang-undang kerajaan negeri. Justeru, katanya, kerajaan persekutuan tidak ada kuasa untuk menangkap kumpulan berkenaan.
Jika demikian, adalah disyorkan agar Dewan Rakyat membahaskan pembentukan Kementerian Agama dalam kerajaan persekutuan. Dengan itu,semua perundangan darihal agama dipusatkan atau diseragamkan seluruhnya bagi mengatasi masalah ini.
Ibnuamir al-Pendangi,
Sekolah Pemikiran Tunjungan,
10.04 a.m, 17 Julai 2005.
-------------------------------------------------------------------------------------------
http://ibnuamir.multiply.com/journal/item/31
http://ibnuamir.blogs.friendster.com/my_blog/2005/07/umno_hadhari_me.html
GARAP (Gerakan Pelajar Raya Persekutuan) adalah badan amanah pelajar Malaysia yang menjalankan penulisan berterusan untuk memasarkan idea pembangunan bagi usaha pembaharuan sosial. Untuk agenda ini, GARAP memerlukan sokongan moral & modal.Sumbangan dana boleh disalurkan ke Bank Islam; 2-011-02-029707-5
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
