Sesuatu yang sukar untuk kita percayai, namun apabila ia terkena kepada kita atau ahli keluarga sendiri, barulah kita akan mengakui kebenarannya..

Adik perempuan saya (saya namakan dia D) meminta mak dan abah menjemputnya dari pusat pengajiannya kerana ia sakit, dan rakan-rakannya mengatakan dia sakit, tapi sakit apa? Yang jelasnya wajahnya pucat dan keadaan tubuhnya begitu kurus (sedangkan sebelum ini dialah yang paling berisi di dalam keluarga). Katanya dia sakit seperti mak. Ceritanya .. Satu hari ustaznya minta dia datang bertemu dengannya, dia minta D mengambil botol air di dalam sebuah bilik yang gelap.. apabila ia pergi ia tidak melihat ada botol air di situ, dan apabila di toleh ke kiri dan kanan, ada 2 orang kanak-kanak di situ.

Ustaznya bertanya sambil memandang D "Siapa tu?"

D terpinga-pinga.

Lalu jawap ustaznya "Itu anti punya la tu, ikut kemana anti pergi, ana ingat anti tahu"

Hampir pengsan D mendengarnya. Memang sejak dahulu lagi dia sering sakit kepala dan perut. Malah katanya seolah-olah tali perutnya dibuat gitar. Tapi bila bertemu doktor tetap tidak ada apa-apa. Cuma akhir-akhir ini D sudah tidak mampu menanggungnya. Peperiksaan kian hampir, D langsung tidak dapat mengulangkaji dan mengingat pelajaran. Saban malam dia terpaksa bertarung dengan sesuatu yang tak pasti dan tak dapat melelapkan mata. Badannya juga rasa panas seakan hendah terbakar. Kasihan D

Mak juga sakit.. semenjak kami kecil lagi mak sering pengsan-pengsan, sakit perut.. sakit kepala.. dan pelbagai lagi yang kami tidak tahu.. tapi penyakitnya tidak dapat dikesan oleh pihak hospital. Doktor tetap kata mak OK, sihat cuma mungkin penat. Tapi kata mak, semenjak dia kecil, dia tak ingat bilakah masanya dia benar-benar sihat. Berpuluh tahun berubat tradisional, dengan berpuluh-puluh pengamal perubatan tapi tidak nampak hasilnya. Baik sekejap kemudian sakit semula. Sakit apa? Entahlah..

Apa yang saya tahu arwah moyang saya adalah seorang bomoh. Dan kebiasaannya akan ada makhluk lain yang berdampingan dengannya. Saya sendiri semasa kecil  pernah menulis beberapa jampi dalam sebuah buku atas suruhan arwah moyang, namun buku itu telah pun dibakar oleh mak sejak saya masih bersekolah lagi. Apabila arwah telah meninggal dunia.. makhluk inilah yang menganggu anak cucunya. Kerana perjanjiannya dari dunia hingga akhirat.. Dan sememangnya makhluk ini adalah setia.

Adik lelaki saya juga kini seolah-olah bukan dirinya lagi, dia seolah-olah hidup dalam dunianya sendiri. Peliknya sebelum ini dia cemerlang dalam pelajaran dan grad universiti.. kenapa begini akhirnya..

Abah.. Saya faham jika dia seolah-olah tertekan dengan apa yang berlaku dalam keluarganya.

Saya dengan rela korbankan kerja, masa, tenaga dan wang ringgit untuk pulang kerap ke kampung.. Apalah sangat nak dibandingkan dengan susah payahnya mak dan abah membesarkan dahulu..

Kini.. Nampaknya alhamdulillah.. Mak dan D sudah beransur sembuh.. Doakanlah..

Menurut mak, kali ini dia bertemu seorang alim, mereka diperiksa mengikut kaedah aura, Dia meminta supaya terlebih dahulu diputuskan pertalian darah antara mak dan anak-anaknya (Cara usulnya sahaja). Iaitu dengan mandi dan minum air kaki ibu (Inipun sekadar buat syarat je, mak dah basuh bersih-bersih kakinya dan dicelukkan sedikt sahaja ke dalam air) Entahlah saya sendiri tak kisah minum air kaki ibu sendiri. Namun apabila mak bertemu nenek dan menceritakannya pada nenek, (Nenek kini tinggal seorang kerana belajar agama di Pondok Haji Baqi, Pahang selepas kematian datuk) nenek menangis dan meluahkan rasa hatinya

"Aku ni dah 30 tahun menderita, sudahlah terbuang dek keluarga, mertua benci, dan aku sakit.. sakit sangat.. dada ku ni kalua letak telur pun boleh masak sebab panasnya.. Sekarang aku dah sihat.. dan aku dah tak nak lagi menanggungnya..  Mungkin nenek fikir dia akan sakit semula apabila melakukan seperti yang disarankan itu.. Entahlah..

Kemudian mak dan D mengambil zikir yang diberi untuk diamalkan selama 40 hari. Jika tidak dapat dihabiskan terpaksa mulakan semula. 3 zikir (Alhamdulillah saya dah lihat dan tak ada yang mengelirukan) dan tiap satunya sebanyak 72,000 kali. 72,000 x 3? Dugaannya pun terlalu banyak

Terdetik juga saya didalam hati, mak dan D memang rajin dan taat beridah, mungkin ada hikmahnya semua ini berlaku.. Ujian yang makin menghampirkan diri kepadaNya..

Adik-beradik yang lain juga ada tetapi tidak nampak sakit...

Tapi adik lelaki saya yang satu itu.. entahlah.. kata mak dia didampingi oleh jin hitam. Susahnya, solat pun dia dah tinggal.. Kasihan benar melihatnya..

Apa yang mampu lagi saya lakukan melainkan berdoa dan terus berdoa.. Mudah-mudahan dia juga akan pulih seperti biasa..

 

 

 

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang dan kesempatan mengecapi nikmatNya di dunia fana ini..

Alhamdulillah…

Dapat jua meluangkan sedikit masa untuk menulis di ruangan ini setelah posting terakhir yang bertajuk SAKA dahulu. Mungkin kali ini saya akan menulis dengan begitu panjang kerana saya tidak pasti apakah saya masih berkesempatan lagi untuk menulis … Tidak kisah andai ianya tidak dibaca sekali pun.. asalkan saya dapat meluahkan apa yang ingin saya luahkan.. Mudah-mudahan ianya tetap dilihat oleh Allah sebagai satu kebaikan. Insyaallah..  Ekoran dari posting yang bertajuk ‘Saka…?’ itu.. Ada insan-insan yang bertanya dimanakah orang alim tersebut, Ada yang memberi beberapa cadangan dan berkongsi rasa… Terima kasih .. Jazakallahu khairan kathira. Saya kini merasakan terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk membalas walau satu pun daripada e-mail-email yang dihantar. Tidak punya masa lagi rasanya, untuk membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan sesuatu yang menghampirkan saya padaNYa..

Perkembangan terkini mengenai ibu saya.. alhamdulillah.. Ibu kelihatannya semakin sihat dan tidak pengsan pengsan lagi.. Namun kata ibu “Nak kata sihat sepenuhnya tidak juga, tapi bolehla bertahan dan kawal diri..”

Alhamdulillah, zikir yang menggunakan teknik pernafasan cara orang-orang sufi itu dapat meresap ke seluruh urat darah dan anggota tubuhnya.. hingga.. andai ibu terkejut serta merta tatkala sedang tidur pun dirasakan dirinya sedang berzikir.. Allahu akbar.

Bagi adik perempuan saya D, zikir itu tidak mampu dihabiskan dalam masa 40 hari. Terlalu mustahil baginya yang sedang belajar, perlu menghadiri kulliyah, menelaah pelajaran dan mengikuti pelbagai aktiviti yang telah ditetapkan untuk duduk diam sambil mengawal teknik pernafasan dan menghabiskan 216,000 kalimah zikir dalam masa 40 hari. Hasilnya.. Ada kalanya dia dikuasai oleh saka tersebut. Ujarnya, baru terdetik di hati nak baca buku, matanya rasa seperti dicucuk-cucuk dan kepalanya seperti dihempap almari besar. Di bilik kulliyah tiada satu pun yang masuk ke dalam kepalanya, apa yang diajar terasa begitu berat dan memeningkan hingga membuatkan dia seolah-olah terhuyung-hayang. Dari mulutnya yang sentiasa dihiasi dengan bicara lembut dan berhikmah itu keluar kata-kata racauan “Padan muka! Biar ngko jadi bodoh!macam aku! Bodoh! Ada hati ya nak mengubat diri dan ahli keluarga! Jangan harap! Aku akan ganggu sampai mati! Aku ratah-ratah tubuh ngko! Biar mampus! Mampus!!!”

D juga menceritakan bagaiman dia seolah-olah ‘tidak siuman’ lagi, sikapnya yang pemalu itu kadangkala menjadi sebaliknya hinggakan sampai dia ingin bersalam dengan ustaz (Malunya hanya Allah yang tahu).. kadangkala makan nasi pun dia tak ingat, nasi hanya dipandang sahaja kemudian tangannya disuap ke kiri dan kanan tetapi tidak masuk ke mulut.. hinggalah sahabatnya terpaksa tolong menyuapkannya makan.

Peringkat akhir yang menyebabkan dia diminta pulang semula untuk berubat apabila dia mahu terjun dari bangunan sekolah, D bersilat, dan menghentak tubuhnya ke batu dan dinding. Kata D tika itu dirasakan dirinya diawang-awangan dan tidak merasa sakit walau sedikit pun, tapi sesudah itu barulah sakit dirasakan di seluruh tubuhnya hingga tak mampu untuk bangun.

Alhamdulillah kata D, walaupun begitu.. Allah tidak menjadikan dia ‘lupa’ apa yang berlaku pada dirinya hingga di dapat menceritakannya semula. Dan .. dia dapat menyelami dan memahami ‘sakit’ yang dialami oleh nenek, ibu dan adik-beradik yang lain.

Ceritanya lagi..

Dia sentiasa mendengar bisikan-bisikan yang menyuruhnya berbuat jahat (ibu juga mengatakan dia sering terdengar bisikan). Hidupnya sentiasa dalam berjuang, nak buat kebaikan perlu berjuang dulu kerana bisikan itu membisikkan riak. Apabila dilawan tubuhnya akan merasa sakit yang teramat sangat dan kepalanya akan menjadi berat seperti batu.

Lalu saya katakan padanya.. “ Memang kita hidup ni masih dalam berjuang.. berjuang menundukkan hawa nafsu, nafsu memang sentiasa ajak kepada kejahatan dan maksiat.. Ada kalanya bila buat baik memang timbul riak, tapi kita lawanlah dan mohon pada Allah agar diikhlaskan hati dan amalan. Kerana keikhlaskan ini dari Allah dan Allah beri kepada hamba-hamba yang dikasihinya. Jika dapat ikhlas insyaallah kita akan sampai ke peringkat mutmainnah” Tapi kata D, lain.. bisikan ini jika kita tak turut akan membuatkan kita sakit, kadangkala kita disuruh cubit dan sakitkan orang hingga tangan kita seolah-olah bergerak sendiri.. bila tahan.. ‘sakit’. Dan sentiasa ada bisikan yang menggesanya mengumpat, mengata dan memfitnah.. Dia terpaksa berlawan dan berlawan.. (Kalau itulah sifat dan sikap kita seharian, tentu kita tak akan rasa apa-apa kerana kerana dah menjadi satu, dia adalah kita dan kita adalah dia. Dasyat kan..)

Adik lelaki saya yang hidup dalam dunianya sendiri itu dikatakan menghidap ‘schizoprenia’. Dahulunya dia memang tidak mempercayai perkara-perkara seperti ini dan semua baginya tahyul..  Sedang Islam mengajar kita agar percaya dan mengakui kewujudan perkara-perkara ghaib, jin dan syaitan.. malah Rasulullah sendiri dalam riwayatnya pernah terkena sihir. Apabila perkara itu berlaku pada diri adik lelaki saya itu, dia melayan perasaan, duduk di tepi-tepi sungai, bukit-bukit dan menyendiri.. apa yang dipelajari di universiti pun dia tak tahu..lupa katanya. Malah di universiti, rakan-rakannya menyifatkannya bermasalah, pelik dan sentiasa mahu menonjolkan diri tapi dengan cara yang salah.. buat sesuatu yang tidak dibuat oleh orang lain..

Seorang lagi.. belajar tahfiz, selalu jadi imam tarawih.. kini kopiah, jubah dan serban malah ayat al-Quran yang pernah tersimpan di kepalanya hilang entah kemana. Astagfirulah.. Kami adik-beradik memang 'rapat kerana umur antara kami hanya selang setahun.. Dan saya tanya apa yang dia rasa.. Katanya.. "Orang tak tahu apa yang dia alami.. tak tahu yang dia menangis sorang-sorang masa di tahfiz dahulu...orang tak akan faham..." Hebatnya dugaan yang Allah timpakan buat seorang ibu dan ayah.. Anak-anak yang asalnya semuanya terdidik dan ‘menjadi’ akhirnya seorang demi seorang menunjukkan perubahan ke arah yang “tidak sepatutnya”. Tidak semua tapi itupun sudah membuatkan manusia-manusia yang tidak beriman akan hilang sabar dan menyalahkan takdir. Mudah-mudahan tidak buat ibu dan abah…

Kata D lagi..

Dalam keadaan dia dimasuki jin dia dapat membaca apa yang terdetik di hati insan lain, tahu kawan-kawannya yang bermuka-muka dan tahu apa yang tidak diketahui oleh insane lain.

Inilah pentingnya ILMU. Jika tidak… Betapa ramainya manusia-manusia yang tertipu.. Terutamanya ahli ibadah yang tidak punya ilmu. Jika ini yang berlaku pada mereka, sudah tentu ada yang mendakwa inilah kurniaan Allah kerana banyaknya ibadah dan ketaatannya.. Sedang belum tentu.. mungkin ianya sekadar dugaan dan cubaan dariNya. Di peringkat ini jika manusia yang terpedaya akan mendakwa dirinya ‘kasyaf’ dan mula menyebar dakyah masing-masing dengan menonjolkan diri merekalah ‘wali’, ‘utusan tuhan’, ‘imam mahdi’ dan umpamanya. Nauzubillahi min zalik..

Apa yang berlaku.. membuatkan saya insaf.. teramat insaf..

Sepertimana kata seorang penceramah dalam RadioMalaysiaSelangor 1.30 petang 23 julai lalu (Maaf saya suka sebut ‘kata ustaz’ ..’kata penceramah’ atau kata siapa-siapa sahaja.. kerana mereka ini bercakap berlandaskan homework yang telah dibuat, berdasarkan nas dan dalil-dalil.. sedang akal kita terbatas)..

Mereka-mereka yang berazam mencontohi Rabiah Al-Adawiyah, Abu Bakar As-Siddik.. yang dahulunya di universiti kemana pergi mengepit tafsir Al-Quran.. Yang bersemangat untuk memperjuangkan Islam.. Allah tidak akan biarkan mereka ini berlenggang dan bersenang-senang begitu sahaja tanpa ditimpakan ujian ke atas mereka.. Ada ujian berupa kesenangan, pangkat dan kemewahan.. dan ada ujian berupa kesakitan, kepayahan dan malapetaka.. Ujian-ujian ini ditimpakan ke atas mereka, hinggakan mereka tidak mampu lagi untuk taat dan menyembah Allah..  Namun andainya mereka yakin dan dapat mempergunakan minda dengan mengatakan ‘Inilah dugaan dan ujian dari Allah dan tidak mengingkarinya.. Alhamdulillah mereka ini akan Allah angkat darjatnya setingkat lagi.. Jika tidak maka jadilah meeka ini manusia yang derhaka dan samalah seperti pelaku maksiat yang lain…

Bak kata ibu “Ujian pangkat, kemewahan dan kesenangan selalu menjadikan kita mudah lupa pada Allah .. terus lalai dan leka.. sedang ujian ‘kesakitan’ dan ‘bencana’ senang menyebabkan manusia insaf , sedar dan makin hampir padaNya.”

In sya Allah.. Berbahagialah mereka-mereka yang beriman.. Kerana hanya mereka yang beriman sahaja yang dapat melepasi tiap ujiannya…

Apa yang telah berlaku membuat saya insaf.. benar-benar insaf.. Seperti kata seorang penceramah dalam RadioMalaysiaSelangor 1.30 pm 23/06 yang lalu..

“Mereka-mereka yang berazam nak jadi Rabiah Al-Adawiah, Abu Bakr As-Siddik.. yang dahulunya di universiti dok kepik tafsir Quran kemana pergi.. yang bersemangat dan sungguh-sungguh nak perjuangkan Islam.. Allah tidak akan biarkan mereka ini berlenggang dan bersenang-lenang begitu sahaja tanpa didatangkan ujian buat mereka. Ujian berupa kesenangan, kemewahan, pangkat atau ujian kesakitan, bala dan malapetaka. Ujian-ujian ini Allah turunkan hingga mereka ini dah tak sanggup lagi nak taat dan sembah Allah.. namun andainya mereka yakin dan dapat mempergunakan minda dengan mengatakan “Inilah ujian dari Allah’ dan tidak mengingkarinya.. Alhamdulillah.. mereka ini akan Allah akan darjatnya setingkat lagi.. Jika tidak jadilah mereka orang-orang yang derhaka dan samalah seperti pelaku-pelaku maksiat yang lain.

Kata ibu “Ujian kemewahan dan kesenangan seringkali menjadikan kita ‘mudah lupa dan hanyut’ namun ujian ‘kesakitan dan malapetaka’ selalunya menyebabkan kita insaf, sedar dan makin hampir padaNya.In sya Allah.. Berbahagialah mereka-mereka yang beriman.. kerana hanya orang-orang yang beriman yang dapat melepasi tiap ujianNya. Berdoalah mudah-mudahan kita senantiasa diberikan taufik dan hidayahNya

Sabda Rasul yang bermaksud “Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya nescaya diberika ‘faham’ dalam agama’.

Justeru itu.. Sama-samalah kita cari ilmu.. dalami agama nan suci ini. Kerana menuntut ilmu wajib bagi tiap muslim dan muslimah.. Ilmu tidak semestinya masuk universiti dan dapat Phd.. Yang paling penting belajar agama.. ..Akidah… Kerana awal-awal agama itu ‘mengenal Allah’. Kenallah Allah.. Nama-nama dan sifatNya.. Dan dalam ilmu Akidah juga diajar perkara-perkara yang boleh membatalkan iman dan Islam.. Berjuanglah perjuangkan iman dan Islam.. Tak perlulah kita dok perjuangkan bangsa, kerana jika kita tinggal 40 tahun di Amerika pun oran tak kata kita ni ‘orang Amerika’ tapi orang tetap akan kata kita ni Orang Melayu yang tinggal di Amerika. Bangsa tak akan hilang.. Tapi Iman dan Islam boleh hilang dari diri kita.. gugur tanpa kita sedari andainya kita jahil tentangnya. Fikirkanlah.. Apakah kita akan sentiasa menjadi ISLAM andai hidup kita tidak ubah seperti orang-orang bukan Islam yang mengingkari taklifan Allah. Fikirkan..

Hindarilah dari belajar ilmu batin yang membawa kepada syirik kepada Allah. Kesannya telah pun saya dan keluarga rasai.. amat dasyat sekali untuk diceritakan satu persatu..

Kadangkala kita lihat pengamal ilmu salah ini ‘hebat’ mungkin juga beragama dan tidak tinggal solat seperti arwah moyang saya. (Bukan untuk mengaibkan tetapi sebagai pengajaran buat kita yang masih hidup ini). Biarpun dalam mentera atau serapahnya ada disebut nama Allah Dan Muhammad.. atau kadangkala diselit ayat-ayat Al-Quran.. tapi andai ia bersahabat dengan jin.. maka jin ini pula akan bersekongkol dengan syaitan.. dan syaitan ini matlamat hidupnya adalah untuk menyesatkan manusia.. agar sama-sama terhumban ke dalam nerakaNya kelak.. wal iyazubillah..

          Sama-samalah kita kembali padaNya.. mentaati perintahNya.. dan menjauhi laranganNya seboleh mungkin.. Jika tersasar dari landasan keimanan.. kembalilah ke pangkal jalan.. selagi pintu taubat masih terbuka.. selagi roh tidak disentap keluar olehNya.. Fikir-fikirkanlah sejenak dimanakah agaknya kita di akhirat kelak? Andai hari ini adalah hari terakhir kita berada di bumi Allah ini.. akan terus-terusankah kita berada dalam maksiat….? Tidak terbukakah hati kita untuk menadah tangan yang bergelumang dengan noda dan dosa ini memohon ampun, rahmat dan kasih-sayangNya..

Bimbang… Bimbang kita mengaku Allah adalah Tuhan.. dan Nabi Muhammad sebagai Rasul.. Bimbang di akhirat kelak kita tak dikenali langsung kerana jauhnya kita dari syariatNya.. Maafkan saya atas panjangnya tulisan kali ini.. Bimbang saya tidak punya kesempatan lagi untuk menulis.. Mudah-mudahan ianya tetap akan dipandang sebagai kebaikan di sisi Allah.

Doakan kami semua.. Dalam redha dan sabar.. kami tetap berdoa.. Doakan agar kami dipermudahkan (dari segi masa.. kesempatan dan wang ringgit) untuk terus berusaha mengeluarkan ‘saka’ ini.. Kerana apabila ia berada dalam sesiapa sahaja ia tidak akan duduk diam melainkan akan merosakkan tubuh badan manusia yang dimasukinya itu..

 


Do you Yahoo!?
New and Improved Yahoo! Mail - 1GB free storage!


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke