Friday, July 15 @ 17:56:20 MYT
Oleh Anis Nazri
KUALA LUMPUR, 15 Julai (Hrkh) - Isu mengenai 54,000 AP yang diberi hanya kepada 20 syarikat perlu dijelaskan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dato' Paduka Rafidah Aziz, di Parlimen.
Penjelasan di parlimen adalah perlu memandangkan ia membabitkan kepentingan rakyat dan negara, tegas Pengerusi Institut Pengembelengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK), Haji Mahfuz Omar.
Katanya, memandangkan ia juga ada kaitan dengan urusan yang memberi kesan kepada kepentingan rakyat dan negara, seharusnya pihak Parlimen membahaskannya agar pembetulan dan pembaikan dapat dilaksanakan.
Beliau menambah, keputusan Perdana Menteri (PM), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi melalui Kabinet mengarahkan supaya Rafidah menyerahkan surat penjelasan kepada Tun Dr.Mahathir.
Namun, Mahfuz mendakwa apabila ditanya mengenai kandungan surat itu, Abdullah telah menyatakan bahawa ia tidak perlu didedahkan kepada umum.
Justeru itu, Impak membantah amalan merahsiakan penjelasan mengenai isu ini sedangkan ia membabitkan kepentingan rakyat dan negara. Walaupun ia tidak didedahkan di zaman Mahathir,ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk tidak mendedahkannya sekarang.
"Kami (Impak) keliru, apakah rasionalnya nama-nama penerima AP itu dirahsiakan jika benar-benar ia diberi mengikut prosedur yang betul, lainlah jika ada pelanggaran prosedur serta berlaku amalan rasuah atau kronisme," dakwa beliau.
Impak juga semakin sangsi terhadap sikap kerajaan mencegah amalan rasuah yang hanya bertindak bila ia terdedah dalam media.
Pengumuman baru-baru ini bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat tiga syarikat penerima AP berkaitan dengan deklarasi di bawah harga sebenar kenderaan yang dibawa masuk ke negara ini menunjukkan betapa pendekatan penyiasatan dan tindakan terpilih diamalkan oleh kerajaan.
"Sepatutnya penyiasatan dan tindakan sudah lama diambil oleh pihak BPR kerana maklumat mengenai deklarasi palsu itu bukan suatu perkara baru," tegas beliau lagi. - mks.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
