Adakah kes tersebut berkaitan dgn berita yg keluar di Bernama dibawah??
Serius sangatkah kesalahan kerana menganggotai Badan Kebajikan Anak Melayu 
Selangor dan Persatuan Melayu Republik Mesir???

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

12 Julai, 2005 19:14 PM     
MAIS Tarik Balik Dermasiswa Sembilan Penuntut Tajaannya

SHAH ALAM, 12 Julai (Bernama) -- Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menarik 
balik dermasiswa sembilan penuntut Universiti Al-Azhar, Mesir tajaannya kerana 
didapati menganggotai pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh kedutaan Malaysia di 
negara itu.

Penuntut berkenaan, kesemuanya dalam tahun kedua, turut diarah meninggalkan 
kediaman asrama Rumah Selangor memandangkan mereka bukan lagi pelajar tajaan 
MAIS.

Pengerusi MAIS Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa yang ditemui hari Selasa berkata 
majlis itu mendapati penuntut terbabit menganggotai Badan Kebajikan Anak Melayu 
Selangor dan Persatuan Melayu Republik Mesir yang tidak diiktiraf kedutaan.

Tindakan itu dibuat selepas MAIS mendapati mereka melanggar Perkara 4 (G) Fasal 
12 Perjanjian Dermasiswa Zakat Mais yang memperuntukkan bahawa pelajar tidak 
boleh mengambil bahagian dalam apa-apa kegiatan yang difikirkan oleh Pusat 
Zakat Selangor (PZS) tidak selaras dengan kepentingan pelajar kepada PZS dan 
Malaysia, katanya.

Mereka juga didapati melanggar Perkara 4 (H) peruntukan yang sama yang tidak 
membenarkan pelajar memegang apa-apa jawatan dalam apa-apa pertubuhan, badan 
atau kumpulan orang tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada PZS.

Katanya setiap Majlis Agama Islam negeri mempunyai badan kebajikan pelajar yang 
diiktiraf dan boleh dianggotai pelajar.

Mohamad Adzib berkata MAIS telah menghantar surat peringatan kepada penuntut 
terbabit dan mengadakan perbincangan dengan mereka mengenai risiko kerana 
menganggotai pertubuhan yang tidak diiktiraf, dua bulan lepas.

"Kita telah berusaha untuk beritahu mereka supaya ikut peraturan tapi mereka 
tidak mahu ikut. Terpulanglah pada mereka kerana kita telah berikhtiar," 
katanya.

Beliau berkata notis peringatan terakhir bertarikh 6 Julai telah diserahkan 
kepada pelajar terbabit supaya mencari tempat tinggal baru.

Mohamad Adzib berkata satu perjumpaan juga telah diadakan baru-baru ini bersama 
ibu bapa pelajar terbabit bagi menerangkan kedudukan sebenar anak-anak mereka.

"Kita sudah beri penerangan kepada ibu bapa mengenai perkara ini kerana kita 
tak mahu mereka salah anggap dengan tindakan yang kita ambil terhadap anak-anak 
mereka," katanya.

Mohamad Adzib berkata penyingkiran penuntut itu daripada asrama juga memberi 
laluan kepada penuntut baru yang akan memulakan pengajian mereka September ini.

Ditanya sama ada penuntut berkenaan mengemukakan rayuan, beliau berkata setakat 
ini pihaknya belum menerima sebarang rayuan daripada mana-mana penuntut 
terbabit.

Beliau berkata MAIS sedia menimbang rayuan mereka untuk mendapatkan semula 
dermasiswa berkenaan.

MAIS memperuntukkan dermasiswa RM5,000 setahun kepada 465 penuntut tajaannya di 
Mesir termasuk 150 penuntut yang menginap di Rumah Selangor.

Mohamad Adzib menasihatkan penuntut tajaannya diluar negara supaya tidak 
terlibat atau menganggotai mana-mana pertubuhan yang tidak diiktiraf.

"Kita bagi dermasiswa suruh mereka belajar, ikut peraturan, tamatkan pengajian 
balik dan kerja, jangan terlibat dalam kegiatan yang tidak berfaedah," katanya.

-- BERNAMA 
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=144712

-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] Behalf Of 
khairulanwar
Sent: Tuesday, July 12, 2005 11:42 AM
To: [email protected]
Subject: Bismillah [hidayahnet] nasib pelajar malaysia di mesir


ameen <[EMAIL PROTECTED]>

kesian betul.....memang tak patut pelajar malaysia dibuat macam ni....
(lihat attachment)

(See attached file: Pengusiran Pelajar Selangor Mesir.pdf)


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links



 


_____________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus 
Scanning Service. For further information visit 
http://www.messagelabs.com/stats.asp

CONFIDENTIALITY NOTICE: This communication (which term shall include any 
attachments) contains information which is confidential and proprietary in 
nature and the copyright in which belongs to Interpharma Asia Pacific or a 
subsidiary of Interpharma Asia Pacific (hereafter referred to jointly and 
singularly as Interpharma) or a third party.
 
This communication is intended solely for the individual to whom it is 
addressed. If you are not the intended recipient of this communication, you may 
not disseminate, distribute, copy or otherwise disclose or use the contents of 
this communication without the written authority of Interpharma. If you have 
received this communication in error, please delete and destroy all copies and 
kindly notify the sender by return email or telephone immediately. Thank you.
 
Interpharma makes no representations or warranties in respect of the integrity 
of this communication, including but not limited to any warranty that this 
communication is free of errors, viruses or other malicious code, interception 
or interference.
_______________________________________________________________________
This message has been checked for all known viruses by the MessageLabs Virus 
Scanning Service.  For further information, visit 
http:\\www.messagelabs.com\stats.asp






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke