Mungkin ramai yang lupa bahawa Khadijah a.s. yang telah melamar Nabi 
Muhammad s.a.w.sedang masa itu beliau seorang janda dan Nabi masih 
lagi teruna.

perigi mencari timba itu cuma istilah melayu yang  rasanya sudah 
boleh di masukkan kedalam musium.


--- In [email protected], "Abd Mutalib Ibrahim" wrote:
> 
> Cerita perigi ni tak payahlah diperbesarkan. Sekarang zaman dah 
berubah. Perempuan pun banyak dah yang pandai-pandai belaka. Kalau 
nak tunggu lelaki masuk meminang tanpa ada apa-apa usaha dari pihak 
perempuan , payah lah sikit nampaknya.
> 
> Tak perlu ada rasa malu. Kalau nak tunggu orang meminang, maka 
orang perempuan yang gaji besar,kerja besar tu payahlah nak cari 
jodoh. Kesian dia orang....
> 
> Masa kecik-kecik bagi dia orang pelajaran sampai masuk universiti, 
lepas dah besar dan kerja pun besar, tinggalkan dia orang sorang-
sorang mengharung hidup.
> Ini tak patut ni...
> 
> 
> 
> >>> suria insani  09/07/2005 10:23:05 >>>
> APA SALAHNYA....PERIGI MENCARI TIMBA?
> 
> Jika seorang wanita berkata kepada seorang lelaki, "Sudikan awak 
mengahwini saya..?" Apa pandangan anda? Mungkin terlintas di hati 
anda, "Alangkah tak malunya wanita ini.."
> 
> Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pembangunan 
Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil seperti yang 
dilaporkan oleh akhbar-akhbar utama pada 1 Julai2003 . Beliau semasa 
menjawab soalan tambahan di Dewan Negara menyatakan bahawa 
kementeriannya akan mengadakan program 'bertemu jodoh' sebagai salah 
satu langkah menangani masalah wanita yang berpendidikan tinggi yang 
lambat berkahwin.
> 
> Masalah wanita yang lambat berkahwin sebenarnya bukan masalah yang 
asing lagi di negara kita. Ia bukan sahaja berlegar di kalangan 
golongan yang berpendidikan tinggi sahaja malah boleh dikatakan semua 
lapisan golongan wanita terlibat dalam permasalahan ini. Akhirnya, 
timbullah gelaran-gelaran yang kurang enak didengar 
seperti 'andartu', 'andalusia' dan sebagainya. Sebenarnya, jika 
diamati antara sebab utama yang mendorong kepada berlakunya gejala 
wanita yang lambat berkahwin ialah tanggapan negatif masyarakat 
terhadap amalan 'perigi mencari timba'.
> 
> Adalah menjadi satu hakikat yang tidak boleh dinafikan, apabila 
pihak wanita memulakan langkah pertama untuk merisik, masyarakat akan 
mula memandang negatif dan menyebarkan tanggapan-tanggapan yang 
kurang baik. Malah seolah-olah sudah menjadi satu kemestian bahawa 
hanya pihak lelaki yang berhak untuk merisik dan meminang. Ini adalah 
satu tanggapan yang salah sama sekali. Tidak keterlaluan jika 
dikatakan bahawa kerana anggapan seperti inilah maka ramai di 
kalangan wanita yang terpaksa hanya duduk di rumah menunggu pinangan 
daripada berusaha sedikit untuk mendapatkan jodoh. Asalkan tidak 
menyalahi syariat Islam, apa salahnya kalau wanita juga berusaha 
untuk memikat lelaki.
> 
> Di dalam Islam, amalan merisik dan meminang bukan hanya dilakukan 
oleh pihak lelaki. Malah di dalam Al-Quran turut dinyatakan kisah 
seorang ayah yang menawarkan anaknya kepada Nabi Musa untuk 
dikahwini. Kisah ini disebut di dalam surah Al-Qashash, ayat27 . 
Seorang ulama masakini, Dr. Wahbah Az-Zuhaili semasa mentafsirkan 
ayat ini juga turut membawakan contoh-contoh lain di dalam sejarah 
Islam yang menunjukkan wakil pihak wanita mengemukakan tawaran untuk 
dijodohkan dengan mana-mana lelaki. Contohnya Saidina Umar yang 
menawarkan anaknya Hafsah untuk dijodohkan dengan Abu Bakar dan 
Usman. Malah seandainya wanita itu sendiri menghantar pinangan 
sekalipun, ia tidak patut dipandang serong kerana Ummul Mukminin 
Khadijah juga meminang Rasulullah SAW.
> 
> Masyarakat Malaysia (sebenarnya masyarakat Melayu) seharusnya 
mengubah semula pemikiran seperti ini. Kita bimbang andainya wanita 
terus menerus dihantui sindrom 'malu' untuk memulakan langkah, maka 
akhirnya dia terpaksa menempuh satu corak hidup yang sama sekali 
tidak diingini. Akhirnya, dia terpaksa memilih samada untuk terus 
bergelar andartu ataupun menjawat status isteri muda.
> 
> Oleh kerana itu, pandangan serong masyarakat terhadap 
amalan 'perigi mencari timba' ini perlu dihapuskan. Berikutan 
tanggapan sebeginilah, banyak 'perigi' akhirnya tidak 
mempunyai 'timba'
> 
> 
> I found this article. Personally I agreed to the suggestion. 
Perempuan meminang lelaki bukan tak pernah dibuat orang, Siti 
Khadijah telah mempeloporinya sewaktu ingin berkahwinkan Nabi 
Mohammad s.a.w.
> 
> Kita boleh memilih pasangan hidup kita. Jodoh, rezeki dan maut 
memang ditangan tuhan tapi jodoh dan rezeki adalah sesuatu yang kita 
boleh bargain bukan ditetapkan secara mutlak..ada specific term saya 
lupa*..qadar*.hanya maut sahaja telah ditentukan sejak azali. Kalau 
semua orang open minded I cant see why we cant practice this. After 
all women now days dah ramai yang punya karier yang mantap.
> 
> Adik beradik saya ramai lelaki, abang yang nombor 3 memang si 
perempuan yang datang meminang. Mak saya walau pun pendidikan tak 
tinggi but she is very open minded. Ingatkan mereka nak datang beraya 
maklom musim tu masih lagi musim raya..bila si parents cakap 
kedatangan nak meminang si*.baru mak saya terkejut..dahlah tak faham 
loghat bahasa..but alhamdulillah all went well. Dalam kes ni memang 
saya rasa kak lang saya tu kena meminang sebabnya my brother is a 
very quiet person, dia tak banyak cakap kalau nak harapkan dia buka 
mulut to my mom nak kahwin pun I don't think dia akan buat. 
> 
> Kemudian abang yang sulung pulak*a few makciks dah hint my mother. 
Mak saya kata biarlah dia cari sendiri esok2 jadi apa2 susah pulak 
kita berbesan bergaduh. So one day abang sulung beritahu mak sekarang 
ada 2 women after him. Sorang anak orang kaya ( ada title) mak kena 
fikir kalau kahwin dgn dia***he listed all the pro and cons..sorang 
lagi orang jauh, orang johor *again he listed all the pro and cons*so 
mak nak pilih yang mana? Kira those women memang dah curah hati 
*..hmm women sekarang berani gak*then adik lelaki pulak..same story 
ramai makcik dah ngendeng Cuma belum bawa tepak sirih aja..my mother 
beritahu aja..nak tak mak cik A tu kata berkenan dgn kau?
> 
> So ladies we do have a choice* make a better choice in your life. 
Ada panduan yang telah diberi untuk memilih pasangan. Insyallah tak 
timbul salah pilih kelak. Jangan jadi hamba cinta semata2 kena fikir 
panjang sebab ni soal dunia dan akhirat. You have to spend the rest 
of your life with him! So kena fikir panjang
> 
> Alhamdulillah saya telah membuat pilihan yang paling tepat dalam 
kehidupan ini dan semoga ia berkekalan till death do us part.
> 
> 
>       
> ---------------------------------
> Meet your soulmate!
>  Yahoo! Asia presents Meetic - where millions of singles gather
> 
> DISCLAIMER:
> 
> This e-mail (including any attachments) may contain confidential 
information. If you are not the intended recipient, you are hereby 
notified that any review, distribution, printing, copying or use of 
this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail 
in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and 
delete the original message. Opinions, conclusions and other 
information in this e-mail that do not relate to the official 
business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa 
Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by 
Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no 
responsibility for the same. All liability arising from or in 
connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded 
to the fullest extent permitted by law.








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke