Dedahkan jumlah cukai dari penerima AP - Husam
Tuesday, July 19 @ 19:09:45 MYT


Setelah mengaut untung belasan juta ringgit

KOTA BHARU, 19 Julai (Hrkh) - Selain menerima ucapan tahniah di atas keberaniannya mendedahkan penerima permit import (AP), Perdana Menteri juga diminta mendedahkan berapakah cukai yang dibayar oleh penerima AP ini kepada kerajaan.

Naib Presiden PAS, Husam Musa dalam kenyataan medianya berkata, langkah ini perlu kerana rakyat ingin tahu berapa pulangan yang diperolehi negara selepas penerima AP ini menerima kekayaan darinya.

”Sebagai contoh , jika diandaikan setiap AP bernilai RM30,000 ( kadar terendah, mungkin) ia telah menjanakan kekayaan seperti berikut ;

a) SM Nasimudin 12,524 AP = RM375.7 juta

b) Datuk Syed Azman dan Datuk Mohd Hanif 15, 759 AP = RM472.7juta

”Berapakah jumlah cukai yang telah dibayar oleh mereka bagi setiap tahun ?” soal Husam dalam kenyataannya.

Bagi Husam, pendedahan Perdana Menteri turut membuktikan dasar kronisme tetap berterusan di zaman beliau:-

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN AKHBAR

AP : PENDEDAHAN CUKAI DAN DASAR BARU PERLU

Keberanian YAB Perdana Menteri untuk mendedahkan senarai penerima AP adalah sesuatu yang harus di puji. Ia boleh menjadi satu langkah ke hadapan ke arah pengurusan yang telus dan pruden.

Kepujian harus diberikan dua kali ke atas langkah berani PM, yang telah mengubah fikirannya untuk mengumumkan penerima AP walaupun sebelum ini menegaskan tidak akan berbuat demikian.

2. Namun, pendedahan senarai tersebut bukanlah jawapan mutlak terhadap isu bagaimana pengeluaran AP boleh menjurus kepada :

a) Amalan kronisma, dimana segelintir insan istimewa terpilih menikmati kekayaan mudah yang luar biasa.

b) Kesan pengeluaran AP ini ke atas kedudukan kereta nasional.

c) Manipulasi oleh pemegang AP berhubung isu cukai, mengimport kereta lain daripada AP yang diluluskan dan lain-lain.

3. Pendedahan ini hanya memberikan gambaran kasar seperti berikut :

i. Ada individu tertentu diberikan jumlah AP yang lebih besar berbanding individu yang lain. Sebagai contoh: SM Nasimudin, Datuk Syed Azman, Datuk Mohd Hanif dan satu dua lagi bolehlah digelar sebagai Raja AP kerana memiliki 28,283 atau bersamaan 56.9% dari 49,632 AP francais yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Mengapa ini berlaku ?

ii. Amalan memberikan keutamaan kepada insan terpilih ini bukan sahaja berlaku di zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir, tetapi berlaku juga pada masa pemerintahan YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebagai contoh, selain meneruskan kelululusan AP kepada penerima sedia ada, sebanyak 13, 535 AP tambahan dikeluarkan sepanjang tahun 2004 dan 2005. Dari jumlah ini, 2,487 AP tambahan diberikan kepada Datuk Syed Azman dan Datuk Mohd Hanif, iaitu sebanyak 18.37% dari jumlah tambahan AP yang dikeluarkan pada tahun 2004 dan 2005, semasa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri.

iii. Tiada tanda-tanda pemberian AP ini dibuat di atas asas merit sepenuhnya, pengagihan yang lebih meluas dan asas pemilihan yang telus. Ia semacam pembahagian ghanimah secara tersembunyi.

4. Pendedahan ini mengundang persoalan-persoalan baru. Antara yang paling penting ialah jumlah cukai yang dibayar oleh syarikat-syarikat dan individu ini kepada kerajaan.

Sebagai contoh , jika diandaikan setiap AP bernilai RM30,000 ( kadar terendah, mungkin) ia telah menjanakan kekayaan seperti berikut ;

a) SM Nasimudin 12, 524 AP = RM375.7 juta

b) Datuk Syed Azman dan Datuk Mohd Hanif 15, 759 AP = RM472.7juta

Berapakah jumlah cukai yang telah dibayar oleh mereka bagi setiap tahun ?

5. Saya dengan ini mendesak dua langkah segera seperti berikut :

a). Mendedahkan jumlah cukai yang dibayar oleh pemegang-pemegang AP ini.

b). Merangka satu dasar baru yang lebih saksama dan telus.

Sekian terima kasih

HAJI HUSAM MUSA
NAIB PRESIDEN PAS

19 Julai 2005


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke