Bukan Islam turut mendapat rawatan di An Nisa’
Wednesday, July 20 @ 16:06:01 MYT


KOTA BHARU, 20 Julai (Hrkh) – Pusat Perubatan An-Nisa’ yang menawarkan perkhidmatan kepada ibu-ibu bersalin secara Islam terus mendapat perhatian masyarakat termasuk penduduk bukan Islam.

Syarikat milik Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) itu terus menabur baktinya kepada penduduk tempatan dengan menawarkan khidmat bersalin yang setanding pusat perubatan lain.

Memandangkan sambutan begitu menggalakkan, An Nisa melaksanakan program khidmat sosial bersama masyarakat baru-baru ini dengan menjemput ibu-ibu yang pernah mendapat rawatan di pusat perubatan tersebut bagi meraikan anak-anak mereka.

Pengurus Besarnya, Ramilan Abdul Rahman berkata, program bersama pelanggan diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim di antara An-Nisa’ dan masyarakat.

“Sejak program ini diadakan empat tahun lalu, sambutan begitu menggalakkan dan kami merancang program yang lebih besar diadakan pada masa akan datang,” katanya.

Pelanggan yang melahirkan anak pada bulan Jun hingga Ogos tahun lepas dijemput memeriahkan program berkenaan. Lebih 100 pelanggan bersama anak-anak dan anggota keluarga mereka hadir.

Acara menarik yang diadakan termasuk peraduan mewarna dan fesyen daripada suratkhabar. Adik Umar Haziq Mohd Yusli menjadi tetamu utama yang diraikan kerana tarikh lahirnya sama dengan tarikh majlis berkenaan diadakan. Turut hadir Pengurus Pentadbiran dan Kewangan An-Nisa’, Abdul Aziz Mohd Zin dan kakitangan lain.
- RT/mj


How much free photo storage do you get? Store your holiday snaps for FREE with Yahoo! Photos. Get Yahoo! Photos


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke