Persoalan utama sebelum melajakkan bacaan, sejak bila imej Islam kritikal ? Sejak Amerika, Britain menyerang membuta-tuli serta menuduh 'Islam Is Terrorism' ? Jadi, sejak itulah agaknya cendekiawan Islam bangkit berapologetik dikandang tertuduh (bersalah). Ini menunjukkan keprihatinan para pejuang Islam yang jahil politik dalam 'menjaga hati barat', menenangkan dengan kelunakan suara berapologetik walau terpaksa menggadai nilai suci ajaran Islam itu sendiri.
- Quote of the day and tomorrow -
Islam Tetap Mulia Tanpa Manusia, Manusia Hanya Jadi Mulia Dengan Islam
Imej Islam kritikal perlu dipulih segera
KUALA LUMPUR 21 Julai - Imej Islam yang terus berada pada tahap kritikal ekoran dikaitkan dengan keganasan sejak peristiwa 11 September 2001 dan pengeboman di London baru-baru ini, perlu dipulihkan segera. Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Hashim Yaacob berkata, usaha itu perlu bagi mengelakkan imej Islam terus disalah anggap oleh masyarakat antarabangsa dengan menonjolkan penentangan Islam terhadap keganasan dan mementingkan hubungan baik sesama manusia.``Mereka harus difahamkan berkali-kali bahawa Islam adalah agama keamanan dan bukan keganasan, oleh itu secara asasnya keganasan adalah tidak konsisten dengan ajaran Islam yang sebenar,'' katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Antarabangsa Ruang Kehidupan Islam: Keselamatan Manusia dan Keganasan (ICILS) anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM), di sini hari ini. Persidangan dua hari itu akan membincangkan isu keganasan dan salah tanggapan global terhadap Islam dan kaitannya dengan keganasan. Sementara itu Hashim berkata, ICILS memberi ruang kepada mahasiswa mengikuti pandangan tokoh akademik berkaitan punca keganasan dan langkah-langkah menyelesaikannya. Tambahnya, persidangan tersebut diharap dapat memberi ruang kepada wakil-wakil dari dalam dan luar negara untuk memahami perspektif masing-masing berkaitan masalah yang dihadapi masyarakat Islam global. Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar dijangka menutup persidangan itu. ICILS turut memuatkan perbincangan merangkumi tajuk memahami pengertian ruang kehidupan Islam, hubungkait global terhadap Islam serta kapasiti dan strategi ke arah keamanan. Antara ahli-ahli panel yang akan
menyampaikan pandangan masing-masing termasuk Wakil Khas PBB ke Myanmar, Tan Sri Razali Ismail dan wakil Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Michael Mastura Ong. __________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam? Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS