Assalamualaikum...

Diakui benar. Saya pun tertengok papan tanda tuh. Sesungguhnya Allah tu
Maha Kaya. Dia nak tunjukkan pada manusia betapa 'benarnya' Islam Hadhari
ni. Dari kes Jeslina, Zouk, maSHITah dan ke papan tanda nih. Semua tuh
membuktikan kehebatan islam Hadhari. Tapi kenapa manusia masih lalai dan
enggan berfikir? Kenapa masih menyokong orang yang merebahkan agama Allah?
Semoga Allah memberikan mereka & kita semua petunjukNya...

Wallahu'alam...



                                                                                
                                                        
                      "halimaz2"@hoespc12.n                                     
                                                        
                      a.xom.com                      To:      
[email protected]                                                
                      Sent by:                       cc:                        
                                                        
                      [EMAIL PROTECTED]          Subject: Bismillah 
[hidayahnet] PAPAN IKLAN DI LEBUHRAYA MENGELIRUKAN              
                      s.com                                                     
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                      07/19/2005 09:42 AM                                       
                                                        
                      Please respond to                                         
                                                        
                      hidayahnet                                                
                                                        
                                                                                
                                                        
                                                                                
                                                        



PAPAN IKLAN DI LEBUHRAYA PERSEKUTUAN MENGHINA MUSLIM

Saudara pengarang, setelah lama saya tidak melalui Lebuhraya
Persekutuan Shah Alam ke Kuala Lumpur kerana kesesakannya berlaku
hampir setiap hari, saya melaluinya juga pada 10 Julai 2005 yang lalu.
Ketika melaluinya saya amat terkejut dengan papan iklan yang dipasang
di beberapa buah jejambat yang menghubungkan kawasan Bandar di kiri
dan kanannya.Papan iklan itu tertulis ayat `Bangsar Malam Bersosial,
Malu, takut' dan di bawah setiap perkataan terlukis gambar anak panah
yang menunjukkan arah laluan Di atas papan tanda itu terdapat iklan
sebuah syarikat swasta dan di sebelahnya iklan MPPJ .
Jika anda inginkan salah satu situasi sama ada terus sahaja ke
bangsar jika anda dari Shah Alam/Klang atau patah balik jika anda
berasa takut dan malu.Jika anda dari Kuala Lumpur dan Seremban tetapi
melepasi Zon Bangsar, anak panah akan menunjukkan arah patah balik
untuk yang ingin bersosial, atau terus sahaja menghala ke Shah
Alam/Klang jika anda takut dan malu.
Persoalannya, apakah tujuan iklan tersebut dibuat?.Adakah mereka
mencabar sesetengah golongan supaya berani bersosial di
Bangsar?,Adakah mereka mengingatkan sesetengah mereka supaya jangan
malu dengan sesiapa atau takut dengan penguatkuasa?.
Saya pasti selepas ini akan ada golongan yang mempertikaikan maksud
dan tanggapan saya. Mereka akan berkata tiada salahnya bersosial di
Bangsar atau tempat-tempat sepertinya. Apa yang penting kita tidak
mengganggu orang lain atau melakukan jenayah.Mereka akan berkata yang
tujuan mereka hanya berjumpa kawan.sambil bersembang hingga ke pagi.
Sebenarnya kita lupa bahawa ada social yang lebih baik daripada itu
dan ia telah diajar oleh Rasulullah dan saya percaya setiap orang
bukan Islam juga boleh mengamalkan sebahagian ajaran tersebut.
Contohnya apabila kita bekerja 8/9 jam sehari, kita telah
bermuammalah dengan rakan sekerja sambil meningkatkan tahap ekonomi
negara. Apabila pulang selepas asar, kita bersosial dengan jiran
tetangga sambil bersukan atau mencantikkan halaman rumah. Waktu
Maghrib kita berjemaah bersama jiran tetangga dan mendengar ceramah
maghrib. Selepas solat Isyak kita bersosial bersama keluarga dan
berbincang tentang aktiviti harian masing-masing atau menyelesaikan
masalah keluarga. Ada yang lebih hebat daripada itu akan bangun malam
bertahajjud (memohon) kepada Tuhan.
Cuba kita buka minda kita, siapakah antara dua golongan ini yang
lebih tersusun cara hidupnya dan mantap jiwanya. Sama ada golongan
yang bersosial di Bangsar setiap hari hingga ke pagi atau bersosial
mengikut ajaran Islam dan adat orang Timur.Saya yakin di Barat dan
Eropah juga sudah mula mengenepikan cara hidup sebelum ini.Tidak
hairanlah banyak restoran atau kelab ditutup awal. Mungkin satu hari
mereka akan tutup terus kelab malam dan disko.

P/S;Rujuk tulisan saya dalam forum utusan malaysia 19/7/05
Abdul Halim
Sg Besar Selangor








--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links















--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke