|
Waalaikumslam, Ingin saya menyumbang pendapat. Tujuan perkahwinan adalah untuk melahirkan zuriat dan membina institusi keluarga. Selain daripada itu, ia juga bertujuan memartabatkan wanita. Dengan demikian tak perlu lagi orang perempuan jual diri kerana terdesak dan darurat (sila rujuk kenyataan Datuk Dr Masyitah, Professor Kajian Hadis dan Wahyu UIAM - betul ke ni?) melalui kaedah GRO. Dewasa ini kita biasa dengar hantaran perkahwinan semakin meningkat. Tak boleh komen banyak sebab itu hak perempuan dan keluarga mereka. Tapi kesannya cukup mendalam kepada diri sang teruna. Berhempas pulas untuk makan, apatah lagi kena ikat perut untuk sediakan nilai tersebut. Keluarga lelaki tentu mengeluh untuk 'up'kan standard berdasarkan perspektif orang lain - seerti dengan sedara mara dan jiran tetangga serta kenalan -. Jadi belanja perkahwinan meningkat lagi. Begitu juga dengan keluarga perempuan. Supaya Hari Kebesaran Raja Sehari akan tampak seperti 'Diraja'. Tapi adakah kita nampak akan pembaziran yang akan berlaku? Tentu saya akan terima kritik. Tak apa lah... Menyentuh isu, kalau tak disediakan jumlah bantuan tersebut, maka akan berlaku pasangan tak berkahwin dan berkemungkinan tinggal bersama. Dalam bahasa syariah, bersekududukan. Kalau agenda kerajaan berdasar pilihan rakyat untuk tidak keluarkan belanja ini, maka banyaklah perbendaharaan akan kutip jumlah kompaun 'tangkap basah'. Tetapi masalah ini tak selesai sebab keluar mahkamah, status perkahwinan tak berubah, malah meningkatkan tekanan lagi serta perasaan malu. Berkemungkinan besar, peningkatan 'keterjumpaan' bayi terbuang atau anak terbiar akan meningkat. Ini menambah bebanan kepada Jabatan kebajikan Masyarakat yang tidak cukup sumber dan kakitangan. Mungkin perlu kita ambil iktibar, dengan jihad halus ini, kita dapat mengurangkan beban sosial terhadap mereka yang terlibat - seerti memerlukan bantuan segera sementara masa masih ada - dan kita boleh bina agama, masyarakat dan bangsa sebagai dihormati. Sekian pandangan untuk ulasan lanjut. Sofea Khadeeja wrote:
-------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
- Re: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung kos pe... Iskandar
- Re: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... Ahmad Taufik
- RE: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... zikri_fadzil
- Re: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... abuamir_qalantani
- RE: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... Haliza Binti. Md Saad
- RE: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggu... johari johari
- RE: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... NaZRie..
- Re: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... aa bb
- Re: Bismillah [hidayahnet] Baitulmal tanggung k... mohd shahir
