Friday, July 22 @ 12:15:56 MYT
KOTA BHARU, 22 Julai (Hrkh) Menteri Besar, Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penyebaran ajaran sesat semakin meluas sekarang kerana ada pihak yang sengaja membiarkan perkara seperti itu berlaku.
Siapa yang menyebarkan fahaman lain daripada Islam adalah sesat. Kita sendiri sebenarnya yang memberi peluang kepada orang menjadi sesat. Hiburan yang melampau, hidonisme, buka aurat tiada satu pun bermanfaat, katanya kepada pemberita selepas merasmikan hari terbuka Jabatan Pertanian Kelantan di Lundang petang semalam.
Program tersebut diadakan sempena sambutan 100 tahun jabatan terbabit.
Akhbar sebelum ini melaporkan 49 pengikut ajaran sesat Ayah Pin mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Besut terhadap tuduhan melanggar perintah Mufti.
Sebelum itu, perkampungan Ayah Pin di Batu 13, Hulu Besut dibakar sekumpulan lelaki sehingga merosakkan markaz utama yang dijadikan tempat pengikut ajaran itu berkumpul.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, kita (kerajaan) yang sesat dengan memberi peluang kepada orang lain sesat juga.
Sepatutnya sebagai orang Islam kita usaha sungguh-sungguh supaya orang balik kepada agama. Dalam solat kita sebut tidak mahu jadi orang sesat.
Di Kelantan kita lakukan pelbagai usaha bagi mengelak sesat dengan mewujudkan sekolah-sekolah agama, mengadakan aktiviti usrah dan program tabligh.
Tetapi apa boleh buat sekarang kerana langit terbuka, siaran televisyen 24 jam menyebabkan ada orang mudah terpengaruh, tambahnya. Beliau juga berkata, sebenarnya ajaran sesat banyak iaitu mana-mana fahaman yang lain daripada Islam.
- MJ
Get My Web - a better way to save web pages
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
