Friday, July 22 @ 15:48:38 MYT
Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Hrkh) - Kenyataan wakil Pergerakan Pemuda Umno, Dato' Pirdaus Ismail agar pembangkang jangan menghantar anak ke sekolah dan menggunakan perkhidmatan bank-bank Islam dianggap sebagai bersikap kebudak-budakan.
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin berkata, tegahan Pirdaus terhadap pembangkang supaya tidak menghantar anak ke sekolah dan menggunakan perkhidmatan bank-bank Islam di negara ini menunjukkan betapa beliau tidak matang berpolitik.
Dalam ucapan di Perhimpunan Agung Umno semalam Pirdaus dipetik berkata, pembangkang tidak perlu menghantar anak mereka ke sekolah dan menggunakan perkhidmatan bank-bank Islam negara ini kerana menuduh Islam Hadhari sebagai agama baru.
Sementara itu, Hanipa yang juga pengamal undang-undang terkenal berkata, apabila pembangkang mengkritik bukan bererti terus hilang kelayakan sebagai rakyat Malaysia.
Tambahan pula katanya, sebagai pemerintah, kerajaan dipertanggungjawabkan untuk memberi pendidikan kepada setiap rakyat.
"Pendidikan adalah tanggungjawab sosial kerajaan dan begitu juga dengan industri perbankan semuanya disediakan untuk rakyat dan sekaligus tidak timbul isu kepartian," katanya yang dihubungi Harakahdaily.
Malah katanya, duit yang diperuntukkan untuk sektor pendidikan serta bidang lain datang dari duit rakyat juga contohnya melalui cukai-cukai yang dikutip kerajaan.
Katanya lagi, Pirdaus sepatutnya berhati-hati untuk mengeluarkan sebarang ucapan ataupun jangan mengamal sikap suka 'membodek' untuk mengejar nama dalam partinya. - mks.
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
