Friday, July 22 @ 17:43:42 MYT
Oleh SALMIYAH HARUN
PAS menyokong tindakan hentikan tambatan ini walaupun tindakan ini jelas didesak oleh keputusan yang sama oleh kerajaan China.
Demikian kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar dalam satu kenyataan bertulisnya hari ini.
Semalam kerajaan mengumumkan penarikan semula tambatan kepada nilai ringgit serentak dengan langkah negara China.
Inflasi tertinggi
Pada 20 Julai, Jabatan Statistik memaklumkan, kadar inflasi Malaysia mencecah 3.2 peratus untuk bulan Jun iaitu kadar tertinggi sejak enam tahun lalu.
Ia diakatakan bermula dengan kenaikan harga petrol dan diesel yang menyebabkan semua harga barangan dan perkhidmatan naik.
Kali terkahir Indeks Harga Pengguna (consumer price index - CPI) mencecah kadar itu adalah pada bulan Mac 1999.
Kadar inflasi telah meningkat perlahan-lahan sejak Oktober 2004 bila ia naik kepada 2.1 peratus.
Kadarnya meningkat kepada 2.7 peratus pada April dan 3.1 peratus pada bulan Mei lalu.
Selama enam bulan sehingga bulan Jun, kadar CPI meningkat 2.8 peratus berbanidng tahun sebelum ini.
Ia telah dihadapi oleh semua barangan kecuali pakaian dan kasut yang jatuh 1.1 peratus.
'Managed float'
Setiausaha Agong PAS itu menyifatkan kerajaan memilih pendekatan 'managed float' di dalam pengurusan pertukaran asing.
Ianya bertujuan menentukan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) berbanding dengan sekumpulan mata wang (basket of currencies) supaya RM tidak terdedah kepada ketidakstabilan yang boleh memberi kesan negatif kepada ekonomi negara, katanya.
Bagaimanapun, larangan mengurusniagakan RM di pasaran mata wang antarabangsa terus dikekalkan bertujuan menentukan RM tidak terdedah kepada kegiatan spekulasi, katanya.
Kamarudin berkata, dalam keadaan prestasi ekonomi negara yang tidak menentu di mana kadar pertumbuhan dijangka akan menjadi perlahan berbanding unjuran asal dan nilai pertukaran dolar Amerika yang semakin kuat, ada kemungkinan bahawa nilai pertukaran antarabangsa RM akan terdedah kepada tekanan menurun.
Hutang luar tinggi ancam RM
"Prospek ini diburukkan lagi oleh hutang luar negara yang relatif tinggi dan daya saing antarabangsa Malaysia yang relatif rendah," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau juga berharap regim apungan terurus akan membawa kepada peningkatan nilai pertukaran antarabangsa RM sekaligus meningkatkan kuasa beli RM bagi manfaat ekonomi dan rakyat Malaysia.
"Semoga langkah yang diambil akan dijadikan langkah permulaan ke arah meletakkan semula RM sebagai mata wang antarabangsa yang diurusniagakan di pasaran mata wang dunia," katanya.
Justeru, katanya, PAS juga mendesak kerajaan mengawal kadar inflasi kini yang amat tinggi supaya tekanan terhadap nilai ringgit tidak menjadi terlalu buruk.
- wn
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
