Assalamualaikum...
Sebenarnya takde ape yang nak mereka gadaikan. Sebab pemimpin2 ni memang
tak ada prinsip. Mereka cuma mahu berkuasa & buat duit. Kenapa Kuli & Rais
dulu keluar Umno? Sebab nak kuasa! Kenapa dorang masuk balik? Juga sebab
nak kuasa. Kalau betul nak berkhidmat kepada rakyat, betul nak berjuang
untuk kebenaran, mereka tak mungkin masuk Umno sebab mereka tahu Umno tu
baruah!
Tapi bercakap tentang Dato Shahrir, walaupun beliau dalam Umno saya tetap
kagumi beliau. Beliau telah menolak, bukan tak diberi kerusi, untuk
bertanding dalam semua pilihanraya di zaman Tun Dr. M. Dulu, salah satu
sebab saya join Umno pun sebab kagum dengan sifatnya selain kerana DSAI.
Dato Sharir seorang yang humble, friendly dan pemurah. Dato Shahrir seperti
icon penduduk Melayu JB. Ahli Umno atau bukan ahli Umno.
Kalau ada majlis yang dirasmikannya, boleh jumpa dia bila2 masa. Pakaiannya
simple. Baju batik & seluar slack. Takde neck tie, blazer & takde pengawal.
Saya pun dah banyak kali terserempak dengannya di masjid. Beliau juga ada
menganjurkan forum2 agama. Bandingkan dengan pemimpin Umno yang lain...
Hm... Sebab tu sorang pemimpin Pas BBU pernah cakap, lawan dengan Dato
Sharir nih, kalah pun tak risau sebab kami dah kenal Dato...
Itu kejujuran pemimpin Pas. Yang penting rakyat terbela. Tapi... Saya kira
rugi seorang pemimpin sebaik Dato Shahrir dibazirkan dalam Umno.
Kelantangannya menentang pimpinan teratas Umno mungkin menyusahkannya
nanti. Sejarah telah membuktikannya begitu. Semoga Allah membuka pintu
hatinya dan beliau dapat melihat kebenaran lantas terus bersama kita
menterjemahkan erti perjuangan yang sebenarnya... Amin!
Wassalamualaikum...
----- Forwarded by Ruzaihan Junit/U-AsiaPacific/ExxonMobil on 07/24/2005
06:01 PM -----
Roslan SMS
<[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED],
Dr Abdul Rani TPJ3 <[EMAIL PROTECTED]>, Dr LoLo
Ghazali <[EMAIL
PROTECTED]>, Dr Shafie Abu Bakar TPJ2 <[EMAIL PROTECTED]>,
Dr Supyan Hashim <[EMAIL
PROTECTED]>, sabki dppp <[EMAIL PROTECTED]>, mahfuz
07/24/2005 01:02 PM <[EMAIL PROTECTED]>,
Mujahid <[EMAIL PROTECTED]>, ustaz ghani
<[EMAIL PROTECTED]>,
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
natasha azumi <[EMAIL PROTECTED]>,
[EMAIL PROTECTED], Rosmi
binti Mohammad <[EMAIL PROTECTED]>,
aminurraasyid yatiban
<[EMAIL PROTECTED]>, dppk_tgkarang
<[EMAIL PROTECTED]>
cc:
Subject: Apabila pemimpin
Melayu mudah menggadaikan prinsip
APABILA PEMIMPIN MELAYU MUDAH MENGGADAIKAN PRINSIP
ROSLAN SMS
Melihat Rais Yatim membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno
semalam, serta Pak Lah pula dengan manja memanggil Radzi Sheikh Ahmad
sebagai Di sahaja ketika ucapan penggulungannya mengingatkan kita betapa
mereka yang satu ketika dahulu pernah berkerat rotan berpatah arang dengan
bekas PM Dr Mahathir kini selesa bertaut mesra di keliling pinggang
Presiden Umno yang baru.
Rais tanpa diminta oleh sesiapa pun semalam telah cuba menjernihkan imejnya
apabila turut mengulas isu popular yang sering dikait dengan beliau iaitu
MEMBAKAR JAMBATAN. Kata beliau:
Pokok lada tepi tempayan
Kalau dibakar jadi abu
Apa ada pada jembatan
Kalau dibakar buatlah baru
Isu membakar jambatan ini sinonim dengan Rais kerana ketika berlaku krisis
kepimpinan dalam Umno ketika Ku Li mencabar Dr M dahulu, Rais telah
menggunakan ungkapan ini untuk menunjukkan betapa beliau telah tiada lagi
ikatan dengan Dr M dan Umno lalu melangkah keluar bersama Ku Li dengan
menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Ku Li Presidennya manakala Rais
Timbalan.
Umno digodam dan digasak dengan teruk oleh Rais ketika berada di luar.
Demikianlah juga dengan Radzi. Saya teringat sebelum pilihanraya 1990
dahulu pernah mengikuti satu taklimat pilihanraya yang diberikan oleh Radzi
di rumah Mazlan Dato Harun di Sg. Buloh dimana Radzi berkata lebih kurang:
Ini bukan Umno Baru tetapi Umno Baru.... ah, baruah!
Tetapi semua itu telah berlalu. Rais dan Radzi telah kembali melutut pada
Umno. Dr M pun telah berundur dari kepimpinan Umno. Kini Presidennya adalah
Pak Lah, juga regu Ku Li semasa dalam Team B lalu tetapi tidak sebagaimana
Ku Li, Rais dan Radzi, Pak Lah tiada kekuatan politik untuk keluar
bersama-sama. Pak Lah lebih rela menelan pahit duduk di dalam kepompong
Umno walau dipecat dari jawatan dan dipinggirkan. Demikianlah taatnya Pak
Lah pada Umno.
Kini kuasa tertingg Umno ditangan Pak Lah. Tak hairanlah Pak Lah mengambil
Radzi menjadi Setiausaha Agung Umno, memberi kerusi menteri pada Rais,
memberi kembali kerusi parlimen kepada Shahril (yang juga bersama team B
dulu) dan memberi tempat kepada rakan-rakan lamanya dulu samada dalam team
B ataupun 46.
Cuma yang tak dapat Pak Lah beri tempat adalah Ku Li sendiri. Lalu
tinggallah Ku Li menyendiri di Gua Musang, disisihkan oleh rakan-rakannya
yang pernah seia dan sekata termasuklah yang telah membakar jambatan satu
ketika dahulu. Ku Li cuba mencabar Pak Lah tetapi dari segi teknikalnya
digagalkan. Khabarnya kini Ku Li sedang meninjau-ninjau alternatif lain,
eloklah tu, kalau Umno sendiri pun sudah tidak menghargai beliau.
Berbalik kepada isu membakar jambatan tadi, saya kira apa yang lacking
ataupun kekurangan dalam Umno hari ini adalah pemimpin yang berprinsip dan
berwibawa. Kerana itulah Umno mudah dihinggapi pelbagai penyakit, penyakit
politik wang, penyakit salah guna kuasa dan kedudukan, penyakit
cantas-mencatas, penyakit kronisma dan nepotisma.
Pemimpin yang tulin dan tidak menggadaikan prinsip dan maruah untuk
kepentingan diri sudah tiada lagi dalam Umno. Tiada lagi pemimpin yang
setia dan berpegang teguh pada janji. Tiada lagi pemimpin yang berani
sehidup dan semati. Yang ada cumalah sebagaimana diungkapkan oleh
Allahyarham SN Dato Usman Awang dalam sajaknya Melayu yang dipetik oleh Pak
Lah semalam:
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Siapa yang kuat dan gagah maka kesitulah semua akan berebut berteduh di
bawah naungan payungnya walaupun yang kuat dan gagah itu mungkin dip! ihak
yang salah. Segala ungkapan segala janji sumpah setia yang dilafazkan cuma
berguna ketika ada kepentingan, namun jika kepentingan itu telah tiada,
telah hilang, telah tiris dan koyak, maka relailah segala ikatan. Laksana
jambatan tadi walaupun telah dibakar boleh pula dibina yang baru, jambatan
Umno kata Rais!
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menetang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Demikianlah kata-kata keramat Usman Awang yang pada dasarnya sangat
ketandusan dalam Umno pada hari ini. Lantaran itulah Umno akan sentiasa
sukar untuk mengenal-pasti dan menonjolkan pemimpin yang benar-benar jujur
dan berwibawa menepati kehendak sajak Melayu ciptaan Sasterawan Negara itu.
(Sekadar untuk dikongsi: Allahyarham SN Dato Usman Awang kembali ke
rahmatullah pada tanggal 29 November 2001 pada usia 72 tahun. Seorang
penulis terkenal Faisal Tehrani pernah membuat catatan - Di kamar Dato
Usman saya lihat terpampang gambar-gambar beliau dengan pemimpin
pembangkang seperti Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah, ketika ini
juga Dato Usman memberitahu saya yang beliau tidak sabar menanti antologi
puisi Dari Derita Bangsa yang memuatkan puisi terakhir beliau berjudul
SAUDARA ANWAR IBRAHIM diterbitkan.
Beliau meninggal dunia dalam keadaan menghormati dan mengkagumi DSAI dan
saya percaya sajak MELAYU dibaca Pak Lah semalam beliau nukilkan dalam
situasi dan suasana sedemikian. Alfatihah) [EMAIL PROTECTED]
SILA KUNJUNGI BLOG ROSLAN SMS http://n32.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/