----- Original Message ----- 
From: "Iskandar Zulkarnain" <[EMAIL PROTECTED]>
Sent: Monday, July 11, 2005 8:34 AM
Subject: berhati hati memilih menu di restoran malay chan ikebukuro


assalamualaikum warahmatulah hibawarakatuh

 mungkin mereka mereka yg berada di tokyo khususnya tahu mengenai
restoran etnik malaysia ni yg dipunyai oleh orang jepun.restoran
malaychan terletak di ikebukuro dan menawarkan masakan malaysia dari
etnik melayu,china dan India.

restoran ini memaparkan sijil halal yg diperolehi oleh pihak jakim
(sijil beberapa tahun lepas) dan pelanggan yang baru datang tentu akan
menganggap semua menu adalah halal kerana tidak tertulis di menu.

saya adalah salah seorang pengunjung restoran ini beberapa tahun sudah
dan oleh kerana  saya kini menetap di tokyo...saya mengambil
kesempatan untuk bekerja part time di malay chan seminggu sekali di
bahagian dapur.

oleh kerana rasa tanggungjawab saya sebagai umat Islam dan saya dapati
mama(tuan punya restoran) tidak memahami akan sensitivi umat Islam
terhadap makanan halal haram(yang didakwanya halal di situ),maka saya
ingin memberitahu yang tidak semua menu yang terdapat di situ adalah
halal.malah daging lembu yang digunakan nya adalah daging lembu
tempatan(jepun) yang tidak disembelih mengikut syarak.hanya daging
ayam sahaja yang diimport dari brazil( daging ayam halal jenama saidia
dan aurora).

yang memeranjatkan saya,,daging satey yang biasa dihidang kepada semua
pelanggan yang memesannya(tanpa mengira pelanggan tu muslim atau tak)
adalah diimport dari china.

ada sesetengah menu juga menggunakan alkohol dalam masakan terutama
masakan "chu ka ryouri".

saya sendiri kini dalam dilema samada mahu terus bekerja di situ atau
sebaliknya,menasihati tuan punya kedai supaya membezakan  halal haram
di menu nya (yang saya ragu ia akan di kekalkan selepas saya tidak
bekerja di situ).

sebarang pertanyaan dan komen boleh lah di alamatkan di email saya.

iskandar zulkarnain
[EMAIL PROTECTED]






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke