KELAB RAKAN SISWA ISLAH    MALAYSIA –KARISMA(KELANTAN).

 

KENYATAAN RASMI

 

 

ISU PENGHINAAN DAN PENYELEWENGAN TERHADAP ISLAM.

 

Melihat kepada kepincangan dan kebobrokkan umat manusia masa kini, KARISMA KELANTAN berpendapat jalan penyelesaian bagi segala masalah ini hanyalah Islam. Kerna  Islam adalah ad-deen yakni cara hidup. Telah lengkap pada Islam itu segala tata cara kehidupan. Dan menjadi kewajipan bagi seluruh umat Islam mematuhi tatacara hidup dan membelanya. sejauh manakah kita sebagai umatnya menjalankan tanggungjawab ini. Kita melihat apabila sebahagian pihak yang cuba menyeleweng dan menghina  Islam sebagai agama yang diredhai Allah.

 Perkara yang menjadi isu adalah apabila beberapa gabungan NGO telah mempertikaikan kuasa yang diberikan kepada Mahkamah Syariah, penubuhan IFC (Suruhanjaya Antara Kepercayaan), isu undang-undang moral , isu membuang pendidikan Islam di sekolah kebangsaan yang dikemukakan oleh Presiden Parti Gerakan iaitu Dato’ Seri Lim Keng Yeik, dan isu peringkat antarabangsa ialah apabila Dr .Amina Wadud iaitu seorang wanita yang bertindak menjadi imam dan membaca khutbah pada solat Jumaat.

Segala perkara yang berlaku ini adalah suatu peringatan dari Allah, disebabkan kealpaan dan kelalaian kita dalam mempertahankan agamanya. Oleh itu sejauh manakah tindakan kita di atas segala perkara yang telah berlaku. Ketahuilah Allah akan segera menurunkan peringatan atau  balanya terhadap mereka yang alpa.

Apakah kita hendak terus membisu terhadap segala penghinaan terhadap agama yang kita sanjung? Apakah Islam sebagai agama rasmi negara hanya retorik sahaja? Sekadar di dalam kertas hitam putih? Adakah ini yang berlaku pada negara yang mengatakan mereka adalah negara Islam? Adakah wajar berlaku pada negara yang menjadi pengerusi OIC? Apakah tindakan Malaysia sebagai pengerusi OIC TERHADAP SEGALA ISU-ISU INI? Perkara ini amat memalukan. Dimanakah sensetiviti umat Islam kini? Sudah hilangkah deria rasa kita? Segala persoalan ini hanya kita yang mampu menjawabnya.

KARISMA KELANTAN melihat akan kepincangan yang berlaku ini, kami menyarankan agar seluruh pihak bersatu dan menentang dengan sekeras-kerasnya tindakan mereka yang tidak berakal ini. Kami juga menyeru pihak kerajaan supaya memandang serius segala isu yang berlaku terhadap Islam,agar kerajaan tidak menyesal di kemudian hari. Pengamal undang-undang, Kesatuan Mahasiswa, Kakitangan Kerajaan, NGO Islam dan Institusi Agama seharusnya bertindak menentang dan menyediakan memorandum bantahan terhadap penghinaan dan penyelewengan yang berlaku terhadap Islam. menunjukkan bahawa betapa prihatin umat Islam. terhadap isu yang berlaku.

Manakala KERAJAAN di bawah pimpinan Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Hj Ahmad Badawi seharusnya memandang serius dan bertindak menghukum atau memberikan peringatan yang keras kepada sesiapa yang cuba menghina dan menyelewengkan islam. PARA ULAMA’ seharusnya berusaha dalam memberikan kefahaman  tehadap umat Islam dan menjelaskan penentangan mereka terhadap isu penyelewengan dan penghinaan yang berlaku terhadap islam.

Seterusnya KARISMA KELANTAN berharap semua pihak yang berkenaan memahami bahawa kita (umat Islam ) tidak pekak dan bisu terhadap apa yang anda lakukan terhadap agama kami, hormati kami.

Akhirnya KARISMA KELANTAN menyeru seluruh umat Islam bersatu dalam menghadapi isu ini, sedarlah dari lena yang panjang, sampai bila kita harus ditindas dan dihina. Pada anda semua terletak jawapan tersebut. Persoalkan diri kita apakah pengorbanan kita terhadap Islam Dan Sejauhmanakah Sensetiviti Kita Terhadap Isu Yang Berlaku, AYUH!!! kita bersatu dan menentang segala penyelewengan dan penghinaan yang berlaku. Semoga allah meredhai dan merahmati segala usaha kita

Sekian wasalam.

 

“MAHASISWA DU’AT TERAS KEPIMPINAN.”

_____________________________________________________________

 

[EMAIL PROTECTED]                                                            ibnuomar al-irsyadi

7 July 2005




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke